wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 : CERGAS DAN TEGAS

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Sebagai seorang ketua pengawas, Rafi perlu mempunyai ciri-ciri peribadi berikut kecuali.....

a)

berwibawa

b)

adil

c)

berani

d)

sombong

2.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri kemahiran asertif?

a)

Menyatakan pendapat mengikut perasaan orang lain

b)

Menghormati idea, keperluan dan perasaan orang lain

c)

Bijak untuk meluahkan perasaan dan mementingkan diri sendiri

d)

Sentiasa mengutamakan pendirian sendiri

3.

Apakah maksud pola tingkah laku submisif?

a)

Tingkah laku yang melihat semua perkara tentang dirinya dan orang lain sebagai negatif

b)

Tingkah laku yang melihat semua perkara yang baik

c)

Tingkah laku yang mementingkan tingkah laku positif

d)

Tingkah laku yang positif terhadap orang lain

4.

"UTAMAKAN HAK SENDIRI, HORMATI HAK ORANG LAIN"


Pernyataan di atas menyatakan tentang pola tingkah laku .........

a)

agresif

b)

pasif

c)

aktif

d)

asertif

5.

Antara berikut merupakan kemahiran asertif verbal kecuali ......

a)

nada yang jelas

b)

postur badan yang baik

c)

rentak bicara

d)

ketepatan bahasa lisan

6.

Antara situasi-situasi di bawah, yang manakah perlu kemahiran asertif?

a)

Mengikut rakan ke pusat sumber

b)

Mengikut rakan ke gimnasium

c)

Menerima hadiah pada hari lahir

d)

Menolak pelawaan rakan untuk ponteng sekolah

7.

Hubungan mata, postur dan ekspresi wajah merujuk kepada ..........

a)

kemahiran asertif verbal

b)

kemahiran submisif

c)

kemahiran asertif bukan verbal

d)

kemahiran agresif

8.

Mengapakah kemahiran asertif penting dalam perhubungan?

a)

Mengekalkan perhubungan

b)

Menggalakkan pertelingkahan

c)

Membalas dendam

d)

Menimbulkan situasi konflik

9.

Berikut ialah asas mengaplikasi dalam kemahiran asertif kecuali .........

a)

mempertimbangkan hak diri sendiri dan pendapat orang lain

b)

biasakan diri untuk mengatakan "Tidak" dengan tertib

c)

tidak menerima pendapat orang lain

d)

yakin kepada kebolehan diri untuk melakukan sesuatu

10.

Antara nilai yang diberi, nilai manakah yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin?

a)

Pasif

b)

Adil

c)

Pemarah

d)

Penipu

11.

Ciri-ciri kemahiran asertif

a)

menghormati pendapat dan perasaan orang lain

b)

suka memendam

c)

bijak menguruskan emosi

d)

tidak mudah dipergunakan

12.

Pilih pola tingkah lagi terbaik bagi seorang individu

a)

asertif

b)

pasif

c)

agresif

13.

Menyatakan ' tidak kepada perkara negatif' adalah peranan kemahiran

a)

pasif

b)

agresif

c)

asertif

14.

Berikut adalah sifat-sifat individu asertif

a)

berterus terang

b)

mengalah

c)

tegas

d)

saya menang kamu kalah

15.

Pilih perbualan individu asertif

a)

Maaf, perkara ini salah. Saya tak mahu ikut.

b)

Baiklah, saya ikut kali ini sahaja. Lain kali saya tak mahu ikut.

c)

Kamu ni nakallah...

d)

Saya memang jahat.

16.

Pilih sifat sifat yang harus ada pada seorang pemimpin

a)

Pemalu

b)

Amanah

c)

Berwibawa

d)

Mengalah

e)

Berwawasan

17.

Abu sering menundukan pandangan dan bersuara dengan perlahan apabila disoal oleh guru. Abu mempunyai ciri-ciri ...

a)

pasif

b)

agresif

c)

submasif

d)

asertif

18.

Kepentingan Kemahiran asertif berdasarkan gambar di atas ialah

a)

Kebolehan meluahkan perasaan

b)

Kebolehan cintakan seseorang

c)

Kebolehan mempertahankan hak individu

d)

Kebolehan menyatakan pendapat secara terbuka

19.

Tandakan 4 asas membina kemahiran Asertif

a)

Pendamkan apa yang kamu rasa

b)

Nyatakan apa yang kamu lihat

c)

Luahkan apa yang kamu rasa

d)

Katakan apa yang kamu mahu

e)

Elakkan konflik demi keselamatan diri

20.

Apakah kemahiran asertif yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam rajah di atas?

a)

Kebolehan menyatakan pendapat secara terbuka

b)

Kebolehan berkumpul beramai-ramai

c)

Kebolehan mempertahankan hak individu

d)

Kebolehan meluahkan perasaan