NEW
Font size
WorksheetsLatihan Kata Ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sejak kematian bapa, kehidupan mereka adik-beradik ___________.
terumbang-ambing
selerak-tabak
compang-camping
bercerai-berai
Orang tidak menyangka umurnya telah menjangkau akhir 20-an kerana perangainya yang ______________.
kebaik-baikan
kelawak-lawakan
keanak-anakan
ketua-tuaan
Dia bermain __________ untuk menewaskan lawannya dalam pusingan akhir pertandingan badminton itu.
berpada-pada
bersimpang-perenang
berhentak-hentakan
bermatian-matian
_________ tingkap itu dipasang oleh ayah semalam.
Tetupai
Lelayang
Pepalang
Kekisi
Kakak ______________ untuk memilih sama ada kasut berwarna hitam atau merah.
terkekeh-kekeh
teragak-agak
terkinja-kinja
tersengeh-sengeh
Sikap __________ adalah perbuatan yang tidak baik.
meminta-minta
meleret-leret
mahu-mahu
Pak Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.
kelat-kelat
pahit-pahit
pekat-pekat
Saya berasa kasihan melihat kebanyakan mangsa peperangan yang ______ itu.
bulat-bulat
kurus-kurus
nipis-nipis
Perkataan RAMA - RAMA ialah jenis kata ganda________
KATA GANDA PENUH
KATA GANDA SEPARA
KATA GANDA BERIRAMA
Perkataan LELAKI ialah jenis kata ganda _________
KATA GANDA PENUH
KATA GANDA SEPARA
KATA GANDA BERIRAMA
Perkataan LAUK-PAUK ialah jenis kata ganda _______
KATA GANDA PENUH
KATA GANDA SEPARA
KATA GANDA BERIRAMA
Suasana di pasar malam ini ________.
riuh-rendah
kacau-bilau
lintang-pukang
gelap-gelita
Rambut pengemis itu _______ dan badannya berbau busuk.
calar-balar
compang-camping
pucat lesi
kusut-masai
Puan Lina menggunakan ________ untuk menyedapkan masakannya.
lauk-pauk
kuih-muih
rempah-ratus
tali-temali
Budak yang terjatuh ke dalam sungai itu ________ sambil menjerit meminta tolong.
terkapai-kapai
tercungap-cungap
terkenyit-kenyit
termengah-mengah
Pertandingan mengira dengan menggunakan _______ sedang dijalankan di dewan sekolah.
kelip-kelip
guli-guli
dekak-dekak
ubur-ubur
Kain kakak_____ dicakar oleh Si Comel.
kacau-bilau
koyak-rabak
calar-balar
Aiman berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
lintang-pukang
bengkang-bengkok
haru-biru
Muka adik ____ setelah bermain dalam lumpur.
tawar-hambar
segar-bugar
comot-momot
Hal _____ itu tidak patut diperbesarkan.
remeh-temeh
senang-lenang
lambat-laun
