wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Denyutan Jantung dan Mekanisme Pembekuan Darah

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi jantung manusia?

a)

berdenyut

b)

mengepam darah ke seluruh badan

c)

membawa darah

d)

mengecut dan mengendur

2.

Sel otot jantung dikenali sebagai otot ... dan bersifat ...

a)

miogenik, kardium

b)

nodus SA, perentak

c)

kardium, miogenik

3.

Sel otot kardium adalah ...

a)

berupaya mengecut dengan serentak dan seragam

b)

bersifat miogenik

c)

mengandungi nutrien

4.

Peredaran darah dalam manusia berlaku kerana ...

a)

pengepaman jantung

b)

pengecutan otot rangka

c)

pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka

5.

Pengecutan jantung dicetuskan oleh ...

a)

otot kardium

b)

aliran darah

c)

perentak jantung

6.

Apakah bahagian yang dilabelkan dengan garisan dalam gambar di atas?

a)

otot jantung

b)

perentak jantung

c)

Nodus sinoatrium

7.

Di manakah terletaknya perentak jantung?

a)

Di dinding atrium kanan

b)

Di dinding atrium kiri

8.

Apabila perentak jantung menjana impuls elektrik, ...

a)

impuls elektrik akan merebak dengan cepat

b)

atrium akan mengecut secara beritma

c)

denyutan jantung akan tercetus

9.

Apakah keadaan ini dalam fasa pengepaman jantung?

a)

Nodus SA menjana impuls elektrik

b)

Impuls elektrik merebak dengan cepat dan atrium mengecut serentak dan darah dipam ke dalam ventrikel

c)

Impuls elektrik merebak melalui berkas His dan gentian Purkinje sehingga ke apeks jantung

d)

Ventrikel mengecut untuk mengepam darah keluar ke peparu dan badan

10.

Apakah bunyi yang dikeluarkan semasa pengepaman jantung?

a)

dub-dab

b)

lub-lub

c)

lub-dub

d)

dub-dub

11.

Bunyi ... dihasilkan apabila injap trikuspid dan injap bikuspid tertutup.

a)

lub

b)

dub

c)

dab

12.

Bunyi 'dub' dihasilkan apabila ...

a)

injap trikuspid dan bikuspid tertutup

b)

injap sabit terbuka

c)

injap sabit tertutup

d)

injap trikuspid dan bikuspid terbuka

13.

Mengapa darah perlu membeku apabila terdapat luka pada kulit?

Plih lebih drp satu jawapan

a)

menghentikan kehilangan darah dari berterusan

b)

meminimumkan kehilangan darah pada salur darah yang tercedera

c)

mencegah kemasukan mikroorganisma melalui salur darah yang telah rosak

d)

mengekalkan tekanan darah supaya sentiasa normal

14.

Pilih laluan yang betul bagi mekanisme pembekuan darah.

a)

Platlet menggumpal, jaringan fibrin terbentuk, protrombin ditukarkan kepada trombin

b)

Platlet menggumpal, enzim trombokinase menukarkan protrombin kepada trombin, jaringan fibrin terbentuk, darah membeku

c)

Platlet menggumpal, fibrinogen ditukarkan menjadi fibrin, enzim trombokinase terbentuk, darah membeku

15.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan penyakit embolism.

a)

Penyakit akibat salur darah arteri tersumbat

b)

Penyakit keturunan

c)

Penyakit kesan daripada pembentukan darah beku di dalam salur darah