wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Tatabahasa 1

Total questions: 100

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

“ ________ ialah Kapten Zuharam, juruterbang anda pada hari ini,” kata juruterbang yang sedang memandu pesawat.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Beliau

d)

Dia

2.

“Angkat tangan kamu ______ingin menjawab soalan,” kata Cikgu Aufa kepada murid-muridnya.

a)

tetapi

b)

meskipun

c)

sekiranya

d)

sambil

3.

Sekolah-sekolah di sekitar daerah Pasir Gudang akan ditutup __________ hari kerana masalah jerebu yang teruk.

a)

sebahagian

b)

segala

c)

semua

d)

beberapa

4.

“Mengapakah tuan puteri bermuram durja? Katakanlah kepada ______,” ujar Dayang Suri kepada Puteri Saadong.

a)

patik

b)

beta

c)

tuanku

d)

baginda

5.

Daniela meletakkan kertas lukisan di atas papan ______ lalu mula melukis gambar.

a)

lelangit

b)

pepejal

c)

kekuda

d)

sesiku

6.

Tangan Puan Wani berbau _______ setelah dia menyiang beberapa ekor ikan haruan.

a)

hanyir

b)

hapak

c)

hamis

d)

hancing

7.

Rosnah menekan loceng bas sekolah yang dinaikinya apabila _____ tiba di hadapan rumahnya.

a)

jauh

b)

nyaris

c)

jarang

d)

hampir

8.

Tasya mengulang kaji pelajaran setiap malam _______ larut malam.

a)

manakala

b)

supaya

c)

terhadap

d)

hingga

9.

Sementara menunggu kereta api yang hendak dinaiki itu tiba, abang______ di hadapan gerai-gerai di stesen tersebut.

a)

lalu-lalang

b)

bolai-balik

c)

simpang-siur

d)

mundar-mandir

10.

Ayah menasihati adik supaya sentiasa sopan ______ orang yang lebih tua.

a)

manakala

b)

terhadap

c)

hingga

d)

tentang

11.

Encik Mamat menebas rumput _______ isterinya membakar sampah.

a)

dan

b)

sambil

c)

manakala

d)

tetapi

12.
a)

jam dinding

b)

jam tangan

c)

jam loceng

d)

jam randik

13.
a)

jam dinding

b)

jam tangan

c)

jam loceng

d)

jam randik

14.

面试 =

a)

temu janji

b)

uji bakat

c)

temu ramah

d)

temu duga

15.

访问=

a)

temu janji

b)

uji bakat

c)

temu ramah

d)

temu duga

16.

本土人民 =

a)

anak yatim

b)

anak buah

c)

anak tiri

d)

anak jati

17.

独生女 =

a)

anak tunggal

b)

anak buah

c)

anak bongsu

d)

anak sulung

18.

试镜 =

a)

temu janji

b)

uji kaji

c)

ulang kaji

d)

uji bakat

19.

Mana satu tidak tergolong dalam kata nama?

a)

beliau

b)

seorang

c)

guru

d)

Matematik

20.

Yang manakah perkataan berikut merupakan kata ganda berentak?

a)

kereta-kereta

b)

berpindah-randah

c)

gegelang

d)

terbayang-bayang

21.

Yang manakah bukan kata ganda penuh?

a)

bermain-main

b)

jalan-jalan

c)

anak-anaknya

d)

cerpen-cerpen

22.

Mana satu bukan kata majmuk?

a)

ibu bapa

b)

terima kasih

c)

sapu tangan

d)

rumah sakit

23.

1._______________ibu berlinangan semasa menonton babak yang menyedihkan dalam drama itu.

a)

Air mata

b)

Air mati

c)

Air suam

d)

Air minum

24.

Pihak polis menggunakan ______________ untuk mengikuti jejak beberapa orang banduan.

a)

anjing pengesan

b)

telefon bimbit

c)

komputer riba

d)

alat pengesanan

25.

Pada setiap malam, Maria membiarkan ____________ itu menerangi biliknya sehingga pagi.

a)

lampu suluh

b)

lampu jalan

c)

lampu tidur

d)

lampu hijau

26.

Adik merangkak ke arah ibu apabila ibu menunjukkan _________________ kepadanya.

a)

botol susu

b)

air suam

c)

botol air

d)

makanan ringan

27.

Pemuda itu terpaksa menggunakan _______________selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

a)

kerusi malas

b)

kerusi roda

c)

kerusi gerak

d)

kerusi elektrik

28.

Murid- murid mesti peka akan keadaan persekitaran sekolah dengan membaca berita pada_________________.

a)

papan hitam

b)

papan akademik

c)

papan kenyataan

d)

papan putih

29.

Bapa menggunakan ____________ untuk membuka dua tin sardin.

a)

penyidai baju

b)

pembuka tin

c)

pisau cukur

d)

pisau lipat

30.

Saya berasa ____________ semasa menunggu giliran untuk mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

a)

serba salah

b)

resah gelisah

c)

kelam kabut

d)

suka duka

31.

Kami dihidangkan dengan pelbagai program semasa menjalani minggu ______________.

a)

temu ramah

b)

derma kilat

c)

temu janji

d)

suai kenal

32.

Pengarang akhbar tempatan itu sedang ________________ Perdana Menteri.

a)

menguji kaji

b)

menyoal selidik

c)

menemu ramah

d)

menemu duga

33.

ce _ _ _

a)

rak

b)

rek

c)

rik

d)

ruk

34.

ke _ _ _

a)

tam

b)

tem

c)

tim

d)

tom

35.

te _ _

a)

ka

b)

ke

c)

ki

d)

ko

36.

"______ perlu mencari jalan penyelesaian setiap kali berdepan dengan masalah," kata kaunselor itu kepada muridnya.

a)

Dia

b)

Saya

c)

Anda

d)

Beliau

37.

Pemain badminton tersohor negara sedang _______ bulu tangkis itu.

a)

menampan

b)

menangkis

c)

menahan

d)

menepis

38.

Rohaimi menyatakan ______ abangnya seorang doktor pakar di Hospital Pakar Sri Avisena.

a)

tentang

b)

bahawa

c)

semoga

d)

yang

39.

Suasana pada malam hari di kampung itu menjadi ________ dengan suara kanak-kanak yang bermain bunga api.

a)

huru-hara

b)

kelam-kelibut

c)

ramah-mesra

d)

riuh-rendah

40.

Kapal dari India telah lama _______ di pelabuhan kerana mengalami kerosakan.

a)

berhenti

b)

berehat

c)

berlabuh

d)

bersantai

41.

Kelihatan mulut pawang itu ______ ketika membaca jampi untuk pesakitnya.

a)

herot-berot

b)

senget-benget

c)

kumat-kamit

d)

simpang-siur

42.

Kemalangan ngeri itu berlaku kerana sebuah lori _______ lalu merempuh sekumpulan pekerja yang sedang menunggu bas.

a)

tergelincir

b)

tersasar

c)

terbabas

d)

terlompat

43.

Kelazimannya, pengalaman pahit sudah pasti akan menjadi _______ kepada diri seseorang.

a)

pengajaran

b)

teladan

c)

peringatan

d)

trauma

44.

Penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai diingatkan supaya ________ kerana paras air mungkin naik pada musim tengkujuh nanti.

a)

berjaga-jaga

b)

bersiap-siap

c)

berhati-hati

d)

bersiap-sedia

45.

Zaki sering mengambil berat ______ Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai.

a)

pada

b)

tentang

c)

akan

d)

terhadap

46.

Aiman sentiasa teringat _______ kenangan manis semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia.

a)

akan

b)

pada

c)

dengan

d)

terhadap

47.

Berdasarkan gambar, keadaan angin kencang menyebabkan api ______ dengan pantas di rumah yang sedang terbakar itu.

a)

menular

b)

melarat

c)

merebak

d)

menjulang

48.

Pihak berkuasa melakukan ________ ketat di kawasan sempadan negara dalam usaha mengelakkan kegiatan penyeludupan.

a)

penambahbaikan

b)

pengawasan

c)

pengawalan

d)

pemantauan

49.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.

seperti katak di bawah tempurung


Peribahasa di atas bermaksud seseorang yang ........

a)

hanya mengetahui suatu perkara

b)

mempunyai pengetahuan yang sedikit

c)

menyembunyikan pengetahuan yang dimiliki

d)

mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara

50.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.


Suhana hanya menyusun buku yang berselerak di atas meja setelah disuruh oleh ibunya. Sikapnya itu samalah seperti

a)

lalang ditiup angin

b)

gunting dalam lipatan

c)

pahat dengan penukul

d)

kacang melupakan kulit

51.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.


Peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa membawa maksud .....

a)

kita haruslah membalas budi orang yang telah berjasa kepada kita

b)

kita hendaklah mengenang budi orang yang telah meninggal dunia

c)

kita perlulah berbudi kepada orang lain.

d)

kita patut mengenang budi yang baik

52.

Jika kita rajin berusaha, kita pasti akan berjaya _________ usaha tangga kejayaan.

a)

supaya

b)

kerana

c)

jika

d)

untuk

53.

Hubungan Chun Han dan kawannya baik ________________.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai bulan purnama

d)

bagai mencurahkan air ke daun keladi

54.

Lameh dan Hao Tang suka beriadah sambil ______________.

a)

susah hati

b)

ambil angin

55.

Penduduk kampung Bandar Seri Alam bergotong-royong membersihkan taman ___________________________.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai bulan purnama

d)

bagai mencurahkan air ke daun keladi

56.

Ayah Christopher dan Adrian bersama-sama _____________ papan tanda.

a)

memasang

b)

membina

c)

menanam

57.

Pada cuti yang lepas, kami bercuti ________Langkawi.

a)

di

b)

ke

c)

dari

d)

kepada

58.

Saya membuat ___________ tangan.

a)

buah

b)

kraf

c)

bekas

d)

lepas

59.

Sultan Ali bertitiah, " ____________ berharap agar penduduk kampung hidup sejahtera."

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

60.

Apabila duduk, kita mesti menjaga ________ kita.

a)

postur

b)

badan

c)

kebersihan

d)

kesihatan

61.

Ibu menggunting kertas dengan se___________ gunting.

a)

buah

b)

naskhah

c)

rangkap

d)

bilah

62.

Wei En menampalkan se_________ poster pada papan kenyataan.

a)

keping

b)

naskhah

63.

Hani membaca se__________ surat khabar.

a)

naskhah

b)

keping

c)

rangkap

64.
Ahmad suka ............... sekolah.
a)
ponteng
b)
poteng
65.
Program itu memberi banyak ..........
a)
manfaat
b)
manafaat
66.
Pihak sekolah sedang .........fail-fail di pejabat.
a)
mengemas kini
b)
mengemaskini
67.
Pelajar tidak dibenarkan membawa ..... ke sekolah
a)
mercun
b)
mercon
68.
Kita tidak boleh ........ kepada orang lain kelak akan dibenci.
a)
khianat
b)
kianat
69.
Pelajar harus lulus dalam ....................... Bahasa Melayu dan Sejarah.
a)
matapelajaran
b)
mata pelajaran
70.
....... tangan gadis itu telah diragut.
a)
Beg
b)
Bag
71.
Untuk menetapkan tarikh perkahwinan, mereka perlu merujuk ........ dahulu.
a)
kelender
b)
kalender
72.
Drama......itu mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat.
a)
komidi
b)
komedi
73.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
a)
kecil
b)
tebal
c)
besar
d)
panjang
74.
 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Muram
b)
Indah 
c)
Kelam
d)
Sayup
75.
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.
a)
hapak
b)
hancing
c)
tengik
d)
hanyir
76.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
77.
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
a)
sombong
b)
ramah
c)
senang
d)
kasar
78.
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
a)
bengkok
b)
lekuk
c)
bengkak
d)
botak
79.
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
a)
sengsara
b)
murung
c)
terkilan
d)
runsing
80.
Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .
a)
nyaris
b)
jauh
c)
cepat
d)
dekat
81.
Kakak tidak suka akan daging kambing kerana baunya yang ___________
a)
hapak
b)
tengik
c)
hamis
d)
haring
82.
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
a)
kelajuan
b)
kesibukan
c)
keberanian
d)
kelalaian
83.
Pak Cik Samad ________________ penduduk asal Kampung Permatang.
a)
bukan
b)
tidak
84.
Seluruh kawasan pedalaman itu ______________ mendapat bekalan air yang bersih.
a)
kelak
b)
sudah
85.
Kelakuan budak lelaki yang berbaju kuning itu kelihatan ______________ ganjil.
a)
agak
b)
paling
86.
_______________ kah mesyuarat bulanan Persatuan Penduduk Taman Indah akan diadakan?
a)
Bagaimanakah
b)
Bila
87.
Nazirah dan keluarganya _____________ berpindah ke Pulau Pinang pada bulan hadapan.
a)
akan
b)
telah
88.
Saya _____________ ingat akan pesan ibu dan ayah agar berbudi bahasa dan menghormati orang lain.
a)
saling 
b)
sentiasa
89.
Pak Amin _____________ ke kebun kerana dia membawa parang dan cangkul.
a)
barangkali
b)
langsung
90.
Pengetahuan kita akan bertambah luas jika kita ___________ berbahasa asing.
a)
cekap
b)
fasih
91.
Pemandu kereta itu disaman oleh seorang anggota polis kerana memandu dengan _____________.
a)
laju
b)
tangkas
92.
Ukiran bunga-bungaan pada kerusi kayu itu sangat ____________ buatannya.
a)
halus
b)
licin
93.
Walaupun Encik Baharum tidak berpelajaran tinggi, beliau mempunyai pengalaman yang _____________ dalam selok-belok perniagaan.
a)
besar
b)
luas
94.
Rumah di hujung kampung itu tidak berpenghuni lagi kerana sudah _____________. 
a)
lama
b)
usang
95.
Mak Long Hajar merebus ubi kayu itu hingga ______________.
a)
empuk
b)
lembut
96.
Kita perlu bersenam supaya tubuh badan kita sentiasa _____________ dan cergas.
a)
kukuh
b)
sihat
97.
Ketua kampung berasa kesal kerana kempen kitar semula yang diadakan mendapat sambutan yang ______________ daripada penduduk.
a)
dingin
b)
sejuk
98.
Pasu bunga di ____________ ruang tamu rumah Puan Mariani itu dihadiahkan oleh rakannya dari Sarawak.
a)
pinggir
b)
sudut
99.
Murid baharu itu diminta oleh Cikgu Athirah supaya duduk di __________ Fadilah.
a)
tengah
b)
belakang
100.
Beberapa buah negeri di pantai ___________ semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir.
a)
barat
b)
timur