wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berikut ialah tema Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Menjaga tingkah laku dan adab sopan.

b)

Bertemakan perasaan cinta, kasih, dan sayang kepada seseorang.

c)

Pengadilan dan perbicaraan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan.

d)

Nasihat daripada bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja/menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujurnya dan ikhlasnya.

2.

Menuntut ilmu janganlah segan merupakan gaya bahasa_______________.

a)

Inversi

b)

Responsi

c)

Asonansi

d)

Simile

3.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa simile.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

4.

Yang manakah berikut bukan nilai dalam Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)?

a)

Kerajinan

b)

Kepatuhan

c)

Keadilan

d)

Kesyukuran

5.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa anafora.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak menghukumkan tiada tahu,

hendak diam hati tak mahu

6.

Yang manakah berikut merupakan contoh gaya bahasa sinkope.

a)

Menuntut ilmu janganlah segan.

b)

Seperti air di dalam gelas.

c)

Kerja kebajikan janganlah malas.

d)

Hendak diam hati tak mahu.

7.

Apakah yang akan berlaku jika hukuman yang dijatuhkan tidak mengikut hukum syarak dan tidak setimpal dengan kesalahan?

a)

akan dikeji oleh rakyat.

b)

akan dikeji oleh rakyat dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

c)

menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

d)

rakyat akur akan keputusan hukuman.

8.

Yang berikut merupakan ciri-ciri seorang pemimpin , kecuali

a)

Seseorang pemimpin haruslah berilmu pengetahuan.

b)

Seseorang pemimpin haruslah menggunakan kuasa sesuka hati.

c)

Seseorang pemimpin haruslah sering melakukan kebajikan.

d)

Seseorang pemimpin haruslah melakukan perkara berdasarkan ilmu pengetahuan.

9.

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) ditulis oleh ...

a)

Abu Hassan Sham

b)

Abu Hassan Alwi

c)

Abu Hassan Hisham

d)

Abu Hassan Qadrawi

10.

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis dalam rangkap kelima?

a)

Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

b)

Kita hendaklah menghindarkan diri daripada bersikap malas.

c)

Kita hendaklah rajin menuntut ilmu seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

d)

Kita hendaklah rajin berbuat kebajikan dan hati perlulah ikhlas dan bersih.

11.

Pernyataan yang manakah benar tentang bentuk syair ini?

a)

Syair ini terdiri daripada lapan belas rangkap.

b)

Bilangan baris pada setiap rangkap adalah berbeza.

c)

Panjang pendek barisnya sama.

d)

Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata.

12.

Antara pengajaran yang dapat diambil melalui syair ini ialah kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.


Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya seorang pemimpin menjalankan pemerintahan tanpa berdasarkan syariat?

a)

Keputusan yang dibuat adil.

b)

Mengakibatkan ketidakstabilan politik.

c)

Negara akan menjadi aman dan harmoni.

d)

Pemimpin tersebut akan disanjungi.

13.

Dalam rangkap kedua, penyajak ingin menyampaikan bahawa ...

a)

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

b)

Jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.

c)

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

d)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.

14.

Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis dalam rangkap kelima?

a)

Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

b)

Kita hendaklah menghindarkan diri daripada bersikap malas.

c)

Kita hendaklah rajin menuntut ilmu seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

d)

Kita hendaklah rajin berbuat kebajikan dan hati perlulah ikhlas dan bersih.

15.

Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.


Pernyataan di atas ialah maksud rangkap ke-8 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah). Nyatakan peribahasa yang menggambarkan maksud ayat tersebut.

a)

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati.

b)

Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

c)

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

d)

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.