wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 6 (Penilaian) - 29/7/2021

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.

a)

Hari Ibu

b)

Hari Guru

c)

Hari Bapa

d)

Hari Pekerja

2.

Pak Dollah mengikat sebilah ________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.

a)

tajak

b)

parang

c)

gunting

d)

pisau

3.

“Perjuangan ________ masih belum berakhir selagi pihak musuh belum mengaku kalah,” kata panglima itu kepada anak-anak buahnya.

a)

kita

b)

kamu

c)

kalian

d)

mereka

4.

“Wakil rakyat itu akan datang ke __________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda yang duduk di sebelahnya.

a)

sana

b)

sini

c)

ini

d)

itu

5.

“____________berpeluk tubuh sahaja. Bantulah mereka mencuci pinggan itu,” kata Arina Syaza.

a)

Minta

b)

Tolong

c)

Usah

d)

Sila

6.

“_______semua murid berkumpul di dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat,” kata Guru Besar.

a)

Minta

b)

Tolong

c)

Pelawa

d)

Jangan

7.

___________ para pelajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh!

a)

Aduh

b)

Aduhai

c)

Wahai

d)

Hai

8.

_________ , aku tidak setuju langsung dengan pendapat engkau itu!

a)

Cis

b)

Nah

c)

Eh

d)

Ah

9.

__________,hebat sungguh pahlawan itu menunggang kuda liar yang baru ditangkapnya.

a)

Hai

b)

Amboi

c)

Wah

d)

Eh

10.

__________________ tarian tradisional masyarakat Melayu perlu dikekalkan?

a)

Di manakah

b)

Apakah

c)

Bilakah

d)

Mengapakah

11.

___________________ yang akan berlaku pada diri kita jika tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang?


a)

Apakah

b)

Siapakah

c)

Mengapakah

d)

Berapakah

12.

____________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.

a)

Pemain

b)

Atlet

c)

Pasukan

d)

Orang

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mary dan adiknya bekerja di Bank rakyat.

b)

Mary dan adiknya bekerja di Bank Rakyat.

c)

Mary dan adiknya bekerja di bank rakyat.

d)

Mary dan Adiknya bekerja di Bank Rakyat.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Malaysia mengeksport kayu kayan seperti kayu meranti, cengal, dan merbau ke luar negeri.

b)

Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti, kayu meranti, cengal,dan merbau ke luar negeri.

c)

Malaysia mengeksport kayu kayan seperti Meranti, Cengal dan Merbau ke luar negeri.

d)

Malaysia mengeksport kayu-kayan seperti kayu meranti, cengal dan merbau ke luar negeri.

15.

Jika tidak ada ___________ aral, kakak saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

mana-mana

d)

siapa-siapa

16.

Salina berdiri _____________________ memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Puan Salmi.

a)

dan

b)

lalu

c)

supaya

d)

hingga

17.

Seniman itu akan mendeklamasikan sajak-sajaknya di _____________?

a)

apa

b)

mana

c)

berapa

d)

bagaimana

18.

Pilih satu atau lebih ayat yang betul.

a)

Mak Cik Salama membuka gerai menjual minuman, buah-buahan dan pisang goreng.

b)

Seri Kampung Restoran yang terletak di Kuala Selangor menyediakan pelbagai sajian kampong yang mampu membuka selera para pelanggan.

c)

Sekumpulan peragawan sedang memperaga koleksi batik kemeja dalam pertunjukan fesyen.

d)

Puan Milah menyediakan puding mangga sebagai hidangan minum petang untuk keluarganya.

19.

Pilih satu atau lebih ayat yang betul.

a)

Ibu menyediakan goreng pisang sebagai juadah minum petang.

b)

Kedai Gunting Rambut Gopal ditutup pada setiap hari Sabtu.

c)

Sukan itu diadakan di sebuah stadium mini.

d)

Encik Hasrul membawa keluarganya makan malam di Mak Limah Restoran.

20.

Jika tidak ada ___________ aral, kakak saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.

a)

apa-apa

b)

bila-bila

c)

mana-mana

d)

siapa-siapa

21.

Tin minuman yang sudah _____________ itu akan dikumpulkan sebelum dihantar ke pusat kitar semula.

a)

kemik

b)

patah

c)

pecah

22.

Ibu ___________ di hadapan televisyen semasa menunggu kepulangan ayah kerana terlalu mengantuk.

a)

tidur

b)

menidurkan

c)

tertidur

23.

Orang yang cerdik dan pandai menipu dikenali sebagai ___________________.

a)

akal kancil

b)

ayam tambatan

c)

anak emas

24.

Siti dan rakan-rakannya _______________ kerana tidak tahu baju yang mana harus dipilih mereka.

a)

campur tangan

b)

rambang mata

c)

dalam tangan

25.

" _______ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka," kata Bendahara kepada baginda Sultan.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

26.

" Bolehkah ________ bermain Bersama-sama kamu? " tanya Aisyah dan Ai Ling kepada Siti.

a)

saya

b)

kami

c)

anda

27.

Azlan mengunci pintu rumah ________ masuk ke dalam kereta ______ ke pejabat.

a)

lalu ... untuk

b)

agar ... oleh

c)

supaya ... untuk

28.

Adik _________ tali kasutnya dengan kemas sebelum ke sekolah.

a)

terikat

b)

ikatan

c)

mengikat

29.

Pak Abu dan Pak Kassin pergi ________________ sotong di perairan Pulau Kapas, Terengganu.

a)

mengait

b)

mengunting

c)

mencandat