wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GOLONGAN KATA - KATA NAMA

Total questions: 50

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.

KATA NAMA tergolong dalam . . . . .

a)

Jenis Ayat

b)

Kata Tugas

c)

Golongan Kata

d)

Ragam Ayat

2.

Kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhan, tempat, benda.


Pengertian di atas merujuk jenis kata nama apa ?

a)

Kata Nama Am

b)

Kata Nama Khas

c)

Kata Ganti Nama

3.

Kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.


Pengertian di atas merujuk jenis kata nama apa ?

a)

Kata Nama Am

b)

Kata Nama Khas

c)

Kata Ganti Nama

4.

KATA NAMA dibahagikan kepada tiga pecahan iaitu . . . . .

a)

Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama

b)

Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama Diri

c)

Kata Nama Am, Kata Ganti Nama Diri

d)

Kata Nama Am, Kata Nama Khas

5.

KATA GANTI NAMA terdiri daripada . . . . .

a)

Diri , Tunjuk

b)

Diri , Tunjuk , Tak Tentu

c)

Tunjuk , Tak Tentu

6.

Anggota bomba sedang menyelamatkan mangsa kemalangan yang tersepit di dalam Kereta Toyota Vios.


Kenal pasti KATA NAMA KHAS dan tulis jawapan yang betul.

(a)  

7.

Aisyah dan Sarah menerima panggilan telefon daripada datuk mereka yang tinggal di Kelantan.


Kenal pasti KATA NAMA AM dan tulis jawapan yang betul.

(a)  

8.

Dia memotong daging dengan sebilah pisau yang tajam.


Kenal pasti KATA NAMA AM dan tulis jawapan yang betul.

(a)  

9.

Aisyah dan Sarah menerima panggilan telefon daripada datuk mereka yang tinggal di Kelantan.


Kenal pasti KATA NAMA KHAS dan tulis jawapan yang betul.

(a)  

10.

Mereka sedang menangkap ikan di sungai itu.


Kenal pasti KATA NAMA AM dan tulis jawapan yang betul.

(a)  

11.

Majalah bulanan yang saya langgan daripada ______________________ ialah Dewan Siswa.

a)

Kedai Ubat Khairul

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Perpustakaan Negara

12.

________________ kacak itu memperagakan pakaian tradisional yang dijahit oleh tukang jahit terkenal.

a)

Pramugara

b)

Peragawan

c)

Peragawati

13.

Keselamatan sesebuah negara amat penting untuk dipelihara dan dijaga bagi memastikan ________________ negara dapat dikekalkan.

a)

ketenangan

b)

keharmonian

c)

keamanan

d)

kesejahteraan

14.

Anak kucing kesayangan adik perempuan saya bernama ________________ .

a)

Si Merak

b)

Sang Kancil

c)

Si Comel

15.

Saya menemani ibu pergi ke _________________ petang kelmarin untuk membeli keperluan dapur.

a)

Klinik Raju

b)

Pasaraya Tesco

c)

Hospital Sultanah Aminah

d)

Pasar Raya Tesco

16.

(Bunga Raya / Bunga Ros) ialah bunga rasmi negara kita.


Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .

(a)  

17.

Aiman dan keluarganya pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highland yang terletak di (Pahang / Kuala Lumpur).


Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .

(a)  

18.

Tumbuhan dalam pasu itu menjadi layu kerana tidak mendapat (cahaya / air) matahari yang mencukupi.


Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .

(a)  

19.

Ali sangat meminati mata pelajaran (Sains / Sejarah) kerana mata pelajaran ini dapat memupuk semangat patriotik.


Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .

(a)  

20.

Negara kita memerlukan (sasterawan / cendekiawan) yang boleh memberikan idea yang bernas dalam usaha membangunkan negara.


Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .

(a)  

21.

Perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.


Penyataan di atas merujuk . . . . .

a)

Kata Ganti Nama

b)

Kata Nama

22.

Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Pertama ?


“Nama _________ Aira Medina,” kata murid baharu itu.

a)

engkau

b)

mereka

c)

saya

d)

aku

23.

“_________ akan berangkat ke Jepun minggu depan,” kata Sultan Amirudin.


Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Pertama ?

a)

Saya

b)

Beta

c)

Kita

d)

Kami

24.

Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Kedua ?


“________________ haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh,” pesan Cikgu Zahari.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Kalian

d)

Aku

25.

Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Kedua ?


“Kerja rumah _____________ sudah siap?” tanya ibu.

a)

aku

b)

kami

c)

kita

d)

kamu

26.

___________ tidak datang ke sekolah kerana demam.


Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Ketiga ?

a)

Saya

b)

Aku

c)

Dia

d)

Engkau

27.

Pengetua sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ______________ menasihati murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah.


Yang manakah menunjukkan Kata Ganti Nama Diri Ketiga ?

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Awak

d)

Saya

28.

Kata Ganti Nama Tempat terdiri daripada ........

a)

ku , mu , kau , nya

b)

sana , situ , sini

c)

itu , ini

29.

Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .


“Kamu datang ke (a)   (sana / sini) sekejap,” kata Cikgu Norita.

30.

Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .


“Saya telah meletakkan beg itu di (a)   (sini / situ),” kata Ali sambil menunjukkan jarinya ke arah meja besar itu.

31.

Pilih dan tulis jawapan yang BETUL .


Minggu lepas, kami pergi ke Pulau Tioman. Semasa di (a)   (sini / sana), kami berjalan-jalan di sekitar pantai.

32.

Kata Ganti Nama Tunjuk terdiri daripada ........

a)

ku , mu , kau , nya

b)

sana , situ , sini

c)

itu , ini

33.

Ulang tahun kemerdekaan negara kita pada kali (ini / itu) jatuh pada hari Sabtu.


Pilih Kata Ganti Nama Tunjuk yang BETUL .

(a)  

34.

Pilih Kata Ganti Nama Tunjuk yang BETUL .


“Puisi (ini / itu) saya tujukan untuk ayah tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya,” kata Syidah.

(a)  

35.

“Rumah yang terletak di atas bukit (ini / itu) kepunyaan seorang doktor,” kata Rizal sambil menunjukkan ke arah rumah itu.


Pilih Kata Ganti Nama Tunjuk yang BETUL .

(a)  

36.

Pilih Kata Ganti Nama Tunjuk yang BETUL .


Peristiwa (ini / itu) masih segar dalam ingatan Pak Ali.

(a)  

37.

Kata Ganti Nama Tak Tentu terdiri daripada ........

a)

ku , mu , kau , nya

b)

sana , situ , sini

c)

itu , ini

d)

apa-apa , mana-mana , siapa-siapa , bila-bila

38.

Pilih Kata Ganti Nama Tak Tentu yang BETUL .


Jika ada (mana-mana / apa-apa) perkara yang tidak diingini, sila maklumkan kepada pihak polis dengan segera.

(a)  

39.

Suria tidak ke (siapa-siapa / mana-mana) sepanjang cuti persekolahan yang lalu.


Pilih Kata Ganti Nama Tak Tentu yang BETUL .

(a)  

40.

Pilih Kata Ganti Nama Tak Tentu yang BETUL .


“Datanglah ke rumah saya pada (bila-bila / apa-apa) masa sahaja,” pelawa Huzair.

(a)  

41.

“Tidak ada (siapa-siapa / apa-apa) pun yang dibenarkan masuk ke sini lagi,” kata pengawal keselamatan itu.


Pilih Kata Ganti Nama Tak Tentu yang BETUL .

(a)  

42.

" ___________________ gemar bersendirian sejak kemalangan jalan raya yang dialaminya sebulan yang lalu," kata ibu kepada nenek.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Dia

d)

Awak

43.

Tiga orang penagih dadah itu telah ditangkap oleh pihak polis. _____________ akan dihantar ke pusat serenti untuk tindakan selanjutnya.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Dia

d)

Kamu

44.

Kematian Tan Sri Daniel diratapi oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana _____________ sangat pemurah.

a)

dia

b)

bagindaa

c)

kami

d)

beliau

45.

"Adakah ______________ mahu mengikut saya ke kedai buku?" kata Azrul kepada keempat-empat orang rakannya.

a)

awak

b)

saya

c)

kalian

d)

engkau

46.

Kejayaan Azizulhasni Awang dalam Kejohanan Berbasikal Dunia baru-baru ini menjadi kenangan sepanjang hayat____ .

a)

ku

b)

kau

c)

mu

d)

nya

47.

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ ketika bersenam di padang.

a)

pakaian adat

b)

pakaian sukan

c)

pakaian seragam

d)

pakaian angkatan

48.

_____________ Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.

a)

Ibu pejabat

b)

Ibu negara

c)

Ibu pertiwi

d)

Ibu jari

49.

Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah terbuka

d)

rumah tumpangan

50.

Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku kedatangan

b)

buku catatan

c)

buku rujukan

d)

buku lima