wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SUMBER HUTAN

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Fungsi hutan kepada masyarakat setempat penting sebagai sumber bahan makanan, ________________, menyediakan pelbagai peralatan dan sebagai sumber pendapatan.

a)

membina empangan

b)

membina tempat tinggal

c)

sumber tenaga

d)

sumber sejarah

2.

Antara contoh hasil hutan ialah __________, gaharu dan rotan.

a)

air

b)

petroleum

c)

arang batu

d)

daun mengkuang

3.

Sumber hutan penting dalam membangunkan aktiviti ______________.

a)

pertanian

b)

pertukangan

c)

ekopelancongan

d)

pembelajaran

4.

Malaysian terdiri daripada kawasan berhutan seluas ___________ hektar.

a)

14.65 juta

b)

17.56 juta

c)

18.65 juta

d)

18.56 juta

5.

Negeri _______________ merupakan kawasan yang mempunyai jumlah hutan terbesar di Malysia.

a)

Pahang

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Pulau Pinang

6.

Sumber hutan merupakan sumber yang ________________

a)

boleh baharu

b)

tidak boleh baharu

7.

Berikut merupakan antara kepentingan pengurusan sumber hutan di Malaysia, kecuali:

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Ekopelancongan

c)

Kemajuan teknologi

d)

Keperluan masyarakat setempat

8.

_______________ boleh digunakan untuk membuat perabot dan kraftangan.

a)

Kayu keras

b)

Rotan dan buluh

c)

Daun mengkuang

d)

Batang nibung

9.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang menggalakkan pertumbuhan sumber hutan

a)

Iklim

b)

Jenis batuan

c)

Hidupan liar

d)

Taburan hujan

10.

Malaysia mempunyai sumber hutan yang banyak kerana mengalami iklim

a)

Monsun tropika

b)

Khatulistiwa

c)

Siberia

d)

China

11.

Antara berikut, manakah merupakan usaha pemuliharaan hutan di Malaysia?

a)

Taman Negara

b)

Hutan Simpan

c)

Penghutanan semula

d)

Penubuhan ladang hutan

12.

Mengapakah kawasan yang berikut diwujudkan di Malaysia?

  • Pulau Kukup (Johor)
  • Tasik Bera (Pahang)
a)

Taman lestari

b)

Pusat perikanan

c)

Menjaga tanah lembap

d)

Pemeliharaan hidupan liar

13.

Apakah usaha pemuliharaan yang dikaitkan maklumat di bawah?

  • Pemuliharaan bersepadu antara warisan budaya dengan alam semula jadi
a)

Geopark

b)

Hutan simpan

c)

Taman Negara

d)

Pembangunan lestari

14.

Foto menunjukkan Taman Negara Pulau Pinang di Malaysia.

Apakah usaha pemeliharaan yang berkaitan dengan kawasan tersebut?

a)

Menjaga paya bakau

b)

Pemuliharaan biologi

c)

Memelihara flora dan fauna

d)

Dijadikan sebagai pusat ekopelancongan

15.

Apakah lokasi yang dikaitkan dengan contoh pembangunan lestari di Malaysia?

a)

Putrajaya

b)

Senawang

c)

Pulau Kukup

d)

Petaling Jaya

16.

Apakah tujuan penubuhan Taman Etnobotani di Putrajaya?

a)

Kawasan rekreasi

b)

Pusat perikanan air tawar

c)

Pembangunan hutan bandar

d)

Pusat tumbuh-tumbuhan ubatan dan beraroma

17.

APAKAH MAKSUD PEMULIHARAAN?

a)

Usaha melindungi, merancang dan mengurus sumber hutan agar tidak musnah

b)

Usaha membaik pulih sumber hutan yang telah diganggu supaya kembali kepada keadaan asal

c)

Usaha membangunkan sumber hutan ke luar negara

d)

Usaha mempromosikan sumber hutan kepada negara luar

18.

ANTARA BERIKUT YANG MANAKAH BUKAN USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER HUTAN?

a)

Pembangunan Hutan

b)

Geopark

c)

Tapak Ramsar

d)

Taman Negara

19.

APAKAH MAKSUD TAPAK RAMSAR?

a)

sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak

b)

satu kawasan atau tempat yang dilindungi oleh kerajaan

c)

pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan generasi akan datang

d)

tanah lembap yang dipersetujui melalui konvokesyen tanah lembap

20.

APAKAH PERANAN GEOPARK?

a)

menjaga tanah lembap

b)

mementingkan pembangunan sesebuah kawasan secara lestari

c)

melindungi kepelbagaian biologi

d)

menangani isu antara tuntutan pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar

21.

ANTARA BERIKUT YANG MANAKAH PEMELIHARAAN BAGI TAPAK RAMSAR?

a)

Pelihara flora dan fauna

b)

Pembangunan bandar pentadbiran

c)

Kawasan ekopelancongan

d)

Aktiviti pembangunan

22.

Contoh usaha pemuliharaan ialah......

a)

Penghutanan semula

b)

Mewartakan hutan simpan

c)

Taman negara

d)

Penubuhan ladang hutan

23.

Apakah tujuan penghutanan semula di Malaysia? (pilih dua jawapan)

a)

Mengawal hakisan

b)

Mengawal kualiti udara

c)

Mengekalkan keasidan tanih

d)

Mengekalkan keseimbangan ekosistem