wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KERJA BERSAMA CIKGU ROZ

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.
Ketawa pelajar yang dirasuk itu umpama pontianak (ilai).
a)
mengilai
b)
berilai
2.
Setelah (telaah) pelajarannya, pelajar itu ke kafe siber di pekan. 
a)
bertelaah
b)
menelaah
3.
Kesediaan untuk (taruh) nama baiknya prisip lelaki itu.
a)
mempertaruhkan
b)
mempertaruhi
4.
Guru berkelulusan diploma pendidikan (ajar) Matematik di sekolah kami. 
a)
mengajar
b)
mengajarkan
5.
Gelagat pelawak yang sedang (ketawa) itu sungguh lucu.
a)
mengetawa
b)
tertawa
6.
Tatkala suara azan magrib (imbau) dari masjid, perasaannya sangat sayu. 
a)
mengimbaukan
b)
mengimbau
7.
Anan (basikal) ke sekolah setiap hari untuk menjaga kesihatannya.
a)
terbasikal
b)
berbasikal
8.
Bintang (tabur) di langit pada malam yang hening itu.
a)
mentaburi
b)
bertaburan
9.
Dumbel seberat 150kg tidak (angkat) oleh atklet negara itu.
a)
terangkat
b)
diangkat
10.
Bungkusan yang (terima) oleh Hakiem daripada teman karibnya.
a)
menerimakan
b)
diterima
11.
Pertandingan Boggle antara sekolah-sekolah sudah pun (atur) oleh Sekolah Menengah Evergreen.
a)
diatur
b)
teratur
12.
Buku yang (susun) rapi di rak perpustakaan kepunyaan penulis muda itu.
a)
tersusun
b)
bersusun
13.
Dian (sudah) syarahannya itu dengan serangkap pantun. 
a)
sudahkan
b)
menyudahi
14.
Bas ekspres yang akan (lengkap) ciri-ciri yang lebih selamat itu lebih canggih. 
a)
melengkapkan
b)
dilengkapi
15.
Bahasa kebangsaan yang sudah (maktub) dalam Perlambangan Malaysia ialah bahasa Melayu.
a)
bermaktub
b)
termaktub
16.
Perbuatan (biar) lembu berkeliaran di atas jalan raya satu amalan yang berbahaya. 
a)
membiari
b)
membiarkan
17.
Peneroka tanah pinggir (diam) kawasan tersebut sejak lima tahun dahulu.
a)
mendiami
b)
didiami
18.
Setiap manusia harus berusaha (baik) kelemahan diri.
a)
membaikkan
b)
memperbaik
19.
Jarak antara sekolah dan rumah Aminah tidak (jalan) kerana terlalu jauh.
a)
berjauhan
b)
terjalan
20.
 Emak menegur sikap Mimi yang suka __________ percakapan orang tua.
a)
mengekang
b)
menyindir
c)
menahan
d)
menyampuk
21.
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
a)
mendukung
b)
mengelek
c)
membawa
d)
mengepit
22.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
23.
Bancian menunjukkan bahawa rancangan drama Hindi yang __________ oleh Televisyen Swasta mendapat sambutan hangat daripada penonton.
a)
disiarkan
b)
dipaparkan
c)
dipamerkan
d)
ditunjukkan
24.
Kami ............. bola sepak di padang.
a)
bermain
b)
dimain
c)
memain
25.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
26.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
27.
Rumah yang rosak akibat dilanda ribut itu ____________ secara gotong-royong.
a)
diruntuhkan
b)
dibaiki
c)
dipulihkan
d)
dikemaskan
28.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
29.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.

a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
30.
Buah epal yang sudah ______ itu disimpan ke dalam peti sejuk
a)
dikupas
b)
dikopek
c)
ditarah
d)
disiang
31.
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
a)
terjatuh
b)
tercegat
c)
terhenti
d)
terduduk
32.
Shahrul _______ kesejukan kerana kehujanan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
a)
menggigil 
b)
mengecut
c)
menggoyang
d)
meracau
33.
Dari beranda rumah nenek, Eda dapat melihat ombak _______ di pantai.
a)
menguning
b)
memutih
c)
membiru
d)
menghitam
34.
Puan Idah _______ tepung itu bulat-bulat sebelum memasukkannya ke dalam air yang mendidih.
a)
mencanai
b)
menggentel
c)
menguli
d)
mengisar
35.
Puan Hidayah.... rendang ayam dan ketupat untuk hidangan makan malam.
a)
menggoreng
b)
memasak
c)
menjerang
36.
Encik  Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
a)
mengecat
b)
menconteng
c)
menghias
d)
mengemas
37.
Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
a)
menjemput
b)
meminta
c)
menghantar
d)
menerima
38.
Dollah sedang ..... lubang untuk menanam bangkai haiwan yang telah mati.
a)
menimbus
b)
menanam
c)
menggali
d)
mencakar
39.
Adik ...... tayangan Didi dan rakan-rakan di ruang tamu sambal menghisap susu.
a)
melihat
b)
memasang
c)
memandang
d)
menonton
40.

Panglima Damak ... keris itu di pinggangnya kemas-kemas.

a)

mencelahkan

b)

menanamkan

c)

memasukkan

d)

menyisipkan

41.

Keluarga saya telah ... di pekan ini sejak sepuluh tahun yang lalu.

a)

bermastautin

b)

berziarah

c)

bernaung

d)

bertukar

42.

Hati Rokiah ... oleh sindiran sahabat baiknya itu.

a)

tersentak

b)

tercuit

c)

tersinggung

d)

tercengang

43.

Sebelum ke pejabat, ayah ... tali lehernya kemas-kemas.

a)

memasang

b)

menyimpul

c)

memintal

d)

mengikat

44.

Pertandingan ... bunga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

a)

mengubah

b)

menggarang

c)

munggubah

d)

menjerang

45.

Siti dan Ani ... tangan dengan erat apabila bersua kerana sudah lama mereka terputus hubungan.

a)

bermesra

b)

berjabat

c)

bersentuh

d)

bersatu

46.

Anjing itu ... seketul tulang.

a)

menjinjit

b)

menganga

c)

membimbit

d)

mengonggong

47.

Fitri dan Didi berasa gayat apabila kereta kabel yang dinaki mereka ... ditiup angin sebelum sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.

a)

berbuai-buai

b)

berenjut-renjut

c)

bergetar-getar

d)

bergantung-gantung

48.

Kegigihan Shafiq ... kolam ikannya telah menarik perhatian Jabatan Perikanan untuk memberikan bantuan tambahan.

a)

melaksanakan

b)

mengusahakan

c)

membuatkan

d)

menjadikan

49.

Bot nelayan itu berolang-aling di laut apabila ... ombak yang kuat.

a)

diangkat

b)

ditampar

c)

dilambung

d)

ditentang

50.

Setiap rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk ... perpaduan yang telah terjalin antara kaum demi kemakmuran negara.

a)

mewujudkan

b)

mengekalkan

c)

menjadikan

d)

memikirkan