wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa tahun 6

Total questions: 150

Worksheet time: 1hrs 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Jawatan kuasa

b)

Jawatankuasa

2.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Keretapi

b)

Kereta api

3.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Penguat kuasa

b)

Penguatkuasa

4.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Ibu bapa

b)

Ibubapa

c)

Ibu-bapa

d)

IbuBapa

5.

Berikut merupakan kata majmuk yang betul, KECUALI :

a)

Suruhanjaya

b)

Sukaneka

c)

Bumiputera

d)

Senamrobik

6.

Berikut merupakan kata majmuk yang salah, KECUALI :

a)

Keretapi

b)

Antara bangsa

c)

Kakitangan

d)

Kuatkuasa

7.

Bumiputera‘ ialah kata majmuk?

a)

Betul

b)

Salah

8.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Tengah hari

b)

Tengahari

9.

Pilih ejaan kata majmuk dengan betul :

a)

Tengah hari

b)

Tengahari

10.

Keenakan nasi ayam yang dijual oleh Mak Cik Zarrah menjadi _________________ penduduk di sekitarnya.

a)

buah mulut

b)

buah mata

c)

buah hati

d)

buah otak

11.

Kejayaan Amri dalam perniagaan emas telah menjadikannya _______________ dan hanya memilih kawan yang berada sahaja.

a)

hidung panjang

b)

hidung tinggi

c)

hidung mancung

d)

hidung bulat

12.

Sebagai __________, Yusri selalu menjaga hubungan dengan penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggalnya

a)

anak lelaki

b)

anak emas

c)

anak haruan

d)

anak dagang

13.

Sudah empat tahun Melissa ___________ sebagai kerani di kilang membuat sabun itu.

a)

makan gaji

b)

makan hati

c)

makan-makan

d)

makan malam

14.

Julia masih ___________ untuk menjadi seorang penyanyi walaupun keinginannya dihalang oleh keluarganya.

a)

ada hati

b)

makan hati

c)

jauh hati

d)

susah hati

15.

Kebanyakan murid lelaki tidak suka berkawan dengan Kamal kerana dia_______________.

a)

ada hati

b)

ada akal

c)

ada budi

d)

ada angin

16.

Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana harganya _______________ .

a)

naik angin

b)

atas pagar

c)

paku belanda

d)

Kera sumbang

17.

Berita penangkapan pegawai kerajaan yang ___________________itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

makan tuan

d)

makan hati

18.

____________ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.

a)

Pilih bulu

b)

Pilih kasih

c)

Pening lalat

d)

Perang mulut

19.

Pada minggu lepas, saya pergi ——————— ke Pulau Langkawi bersama-sama keluarga saya.

a)

makan hati

b)

makan angin

c)

mandi kerbau

d)

mulut murai

20.

Akibat perangainya yang —————— dia ditangkap polis.

a)

angkat kaki

b)

rambang mata

c)

cepat tangan

d)

ayam tambatan

21.

Datin Maimunah menjadi ——————- apabila melihat baju-baju yang cantik itu.

a)

batu loncatan

b)

batu api

c)

mata duitan

d)

rambang mata

22.

Nini seorang yang __________________ kerana suka membantu ibunya di dapur.

a)

ringan tulang

b)

pemalas

c)

rendah diri

d)

membanting tulang

23.

Encik Lim _______________apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambattan

d)

orang bawahan

24.

Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____________.

a)

buku lima

b)

duit kopi

c)

bendera putih

d)

putih mata

25.

Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.

a)

kaki botol

b)

kaki bangku

c)

kaki ayam

d)

angkat kaki

26.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
27.

Ani _____________ abangnya untuk menjadi seorang peguam.

a)

ikut jejak

b)

bulat hati

c)

anak angkat

d)

anak tunggal

28.

Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.

a)

mandi peluh

b)

memerah keringat

c)

mencuci mata

d)

memeras otak

29.

Mira __________. Dia suka membocorkan rahsia orang.

a)

mulut tempayan

b)

telinga kuali

c)

tangan panjang

d)

kepala angin

30.

Tangan terbuka

a)

Menerima sesuatu perkara dengan tangan

b)

Orang membuka tangan

c)

Menerima sesuatu dengan senang hati

d)

Orang yang suka menolong

31.

1. Nenek menjadikan alunan zikir dan doa sebagai _________________ pada setiap hari.

a)

pasang telinga

b)

halwa telinga

c)

telinga kuali

d)

telinga karat

32.

4. Sebagai __________, Yusri selalu menjaga hubungan dengan penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggalnya

a)

anak lelaki

b)

anak emas

c)

anak haruan

d)

anak dagang

33.

5. Sudah empat tahun Melissa ___________ sebagai kerani di kilang membuat sabun itu.

a)

makan gaji

b)

makan hati

c)

makan-makan

d)

makan malam

34.

6. Penat lelah Syukri mem__________ mencari rezeki telah membuahkan hasil hingga dia berjaya membeli sebuah banglo.

a)

putih tulang

b)

ringan tulang

c)

banting tulang

d)

berat tulang

35.

7. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hanif telah mem____________ penduduk kampung supaya tidak mempercayai perkara tahyul.

a)

buka pandangan

b)

buka mata

c)

buka cerita

d)

buka jalan

36.

8. Julia masih ___________ untuk menjadi seorang penyanyi walaupun keinginannya dihalang oleh keluarganya.

a)

ada hati

b)

makan hati

c)

jauh hati

d)

susah hati

37.

9. Shah tidak suka bergaul dengan rakan-rakannya kerana sikapnya yang ____________ dan pemalu.

a)

pandang rendah

b)

rendah diri

c)

rendah badan

d)

rendah suara

38.

10. Perniagaan atas talian yang dijalankan Amira menjadi __________ untuk dia memperkenalkan baju rekaannya.

a)

batu hati

b)

batu api

c)

batu meloncat

d)

batu loncatan

39.

Permaisuri agong masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum ............

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersemayam

40.

Sultan Azrul Shah ..........untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan Coway di Seri Iskandar.

a)

berkenaan

b)

bertitah

c)

bertakhta

41.

Nakhoda kapal menghadap Sultan Ali di Istana Mentara Wali ketika baginda sultan...........di atas.............

a)

bertakhta...pancapersada

b)

beradu.....cokma

c)

bersemayam...tandu

42.

Petugas istana membawa .........yang bertatahkan perak ketika perarakan masuk baginda Sultan Ramli Shah ke perkarangan istana.

a)

cogan alam

b)

singgahsana

c)

ubur-ubur

43.

Semua masyarakat ........... sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika negeri ditimpa bencana.

a)

menjunjung tinggi

b)

menjunjung titah

c)

menjunjung duli

44.

"......... telah mendapat perintah daripada ............untuk memperketat kawalan di sempadan kota", kata Temenggong kepada Shahbandar.

a)

Hamba..... tuanku

b)

Hamba....tuan hamba

c)

Hamba....baginda

45.

"Adakah ........... berhajat untuk mengikuti ..........ke Gunung Keledang ?", tanya Laksamana kepada Penghulu Bendahari.

a)

tuan hamba........hamba

b)

tuanku.....patik

c)

hamba .......tuan hamba

46.

Permaisuri Jamilah memakai ...........yang bertatahkan emas pada dahi ketika upacara pertabalan puteri baginda.

a)

gandik

b)

jogar

c)

mutiara

47.

Tuanku Sultan Halim Mu'adzam Shah..........di Istana Langkapura sebelum berangkat ke Majapahit atas urusan perdagangan.

a)

bersemayam

b)

tinggal

c)

bertakhta

48.

Baginda Sultan Alauddin Riayat Shah...........bahawa rakyat yang berjaya membawa pulang puteri yang diculik oleh perompak akan diberikan ganjaran berupa wang emas.

a)

bertitah

b)

bercakap

c)

gering

49.

"............. menitahkan Laksamana membunuh lanun yang membuat kacau di Kampung Raja Parit ", kata Bendahara kepada Laksamana Hang Tuah di anjung rumahnya.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

50.

"............tuanku sembah......... harap di ampun", kata Hang Nadim di hadapan Sultan Mizan Alaudin Riayat Shah di Balai Seri Istana.

a)

Ampun......patik

b)

Patik..... ampun

c)

Ampun...... sultan

51.

"Keadaan baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dalam keadaan..........", kata Bendahara Tun Perak kepada pembesar istana.

a)

gering

b)

sakit

c)

Mangkat

52.

2) Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Beliau - Baginda

b)

Abang - Kekanda

c)

Adik - Adinda

d)

Kakak - Kakanda

53.

3) Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Anak - Anakanda

b)

Saya (Raja) - Beta

c)

Saya (Rakyat) - Patik

d)

Kamu (Raja) - Baginda

54.

4) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Murka - Marah

b)

Buang air - Ke sungai

c)

Duduk / Tinggal - Semayam

d)

Mandi - Menyucikan diri

55.

5) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Mandi - Bersiram

b)

Makan - Santap

c)

Rumah - Kediaman

d)

Pergi - Berangkat

56.

6) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Rumah - Istana

b)

Sampai - Berangkat

c)

Sudi berkunjung - Mencemar duli

d)

Setuju - Berkenan

57.

7) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Sampai - Berangkat tiba

b)

Tidur - Beradu

c)

Berjumpa - Mengadap

d)

Dewan Makan - Dewan Istana

58.

8) Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Izin - Limpah

b)

Hadiah - Anugerah

c)

Maaf - Ampun

d)

Berjumpa - Bertemu

59.

9) Baginda telah .................. untuk menyempurnakan Acara Istiadat Majlis Konvokesyen di salah sebuah universiti awam.

a)

bersetuju

b)

berkenan

c)

berangkat

d)

bertitah

60.

10) Baginda biasanya akan ................. pada pukul 11.00 malam.

a)

gering

b)

mangkat

c)

beradu

d)

bersiram

61.

11) Baginda akan .................. ke Masjid Negara esok.

a)

bertitah

b)

menuju

c)

bergerak

d)

berangkat

62.

12) Baginda yang baru sahaja ............ semalam akan ............. pada pagi ini.

a)

pergi ............. ditanam

b)

meninggal dunia ................. dikuburkan

c)

mangkat ................. dikebumikan

d)

mangkat ................. dimakamkan

63.

13) Rakyat yang ............. kepada raja dipercayai akan terkena ............

a)

biadap ............. malang

b)

menderhaka ............. tulah

c)

tidak hormat ........... sial

d)

menderhaka ........... kutukan

64.

Maksud mangkat ialah

a)

Dilahirkan

b)

Meninggal dunia

c)

Berangkat pergi

d)

Dianugerahkan pangkat

65.

Sultan Mahmud memakai ___ sebelum berangkat ke balairung seri untuk upacara pertabalan tersebut.

a)

kaus (kasut)

b)

iram-iram (payung di raja)

c)

destar (topi)

d)

celana (seluar)

66.

Sultan Azlan _____ di Istana Merak Kayangan semenjak pertabalan baginda sebagai Sultan Selangor.

a)

berangkat

b)

beradu

c)

bersemayam

d)

bertitah

67.

Sultan Mahmud merasa ____ menunggu jawapan kepada lamaran baginda untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

a)

gering

b)

murka

c)

masghul

d)

sukacita

68.

Seluruh rakyat jelata berdukacita dengan keadaan Sultan Azlan yang sedang ___ di Institut Jantung Negara.

a)

mangkat

b)

masghul

c)

gering

d)

murka

69.

Sultan Mahmud Syah telah berkenan untuk menerima menghadap Perdana Menteri yang ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad di ______.

a)

iram-iram

b)

singgahsana

c)

mahkota

d)

pejabat

70.

Sultan Mahmud Syah ____ apabila Puteri Gunung Ledang menolak pinangan baginda.

a)

murka

b)

gering

c)

mangkat

d)

masghul

71.

" _____________ sedang gering. Khabarnya sudah hampir sepurnama lamanya namun masih belum sembuh," kata Laksamana kepada Panglima.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Tuanku

72.

" Marilah ____ temankan tuan puteri ke taman," kata inang.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

73.

"Mohon ampun, ________. Sembah _______ harap diampun," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Muzaffar

a)

baginda, hamba

b)

tuanku, hamba

c)

beta, patik

d)

tuanku, patik

74.

"_________ akan segera melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh _______ itu," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

Patik, tuanku

b)

Hamba, baginda

c)

Patik, baginda

d)

Hamba, tuanku

75.

" Sultan Ahmad sedang bersiram. ______ baru pulang dari berburu," kata hulubalang kepada Temenggung

a)

Tuanku

b)

Baginda

c)

Beliau

d)

Beta

76.

"______ hendak ke mana? Boleh _____ ikut bersama ?" kata pemuda itu kepada Dang Wangi.

a)

Saudara, hamba

b)

Tuanku, patik

c)

Saudara, patik

d)

Tuanku, hamba

77.

"_________ Sultan Mahmud sedang ________ kerana kepenatan semalaman berkelana ke Gunung Ledang," bisik Laksamana kepada Temenggung.

a)

Tuanku, bersemayam

b)

Tuanku, bersantap

c)

Baginda, beradu

d)

Baginda, bersiram

78.

Tun Dr Mahathir Mohamad _______ ke bawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sirajuddin setelah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh pada pilihanraya, semalam.

a)

mencemar duli

b)

menjunjung titah

c)

merafak sembah

d)

menerima menghadap

79.

Santap

a)

tidur

b)

makan

c)

sakit

d)

penat

80.

Bersiram

a)

mandi

b)

bersiar-siar

c)

berjumpa

d)

takut

81.

Gering

a)

tidur

b)

meninggal dunia

c)

lapar

d)

sakit

82.

Sultan Azrul Shah ..........untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan Coway di Seri Iskandar.

a)

berkenan

b)

bertitah

c)

bertakhta

83.

Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ____________ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.

a)

dan

b)

lantas

c)

manakala

d)

bagaimanapun

84.

Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ______________ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

a)

jika

b)

hingga

c)

ketika

d)

sementara

85.

Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah __________ ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.

a)

jadi

b)

oleh itu

c)

dengan demikian

d)

walau bagaimanapun

86.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.

a)

Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.

b)

Awak hendak beli baju ini atau baju itu?

c)

Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya.

d)

Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.

87.

Dia bersiap-siap lebih awal __________ tidak lewat tiba di sekolah.

a)

jika

b)

agar

c)

meskipun

d)

setelah

88.

Encik Raihan memandu keretanya setiap hari __________ pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya.

a)

kerana

b)

setelah

c)

demi

d)

walaupun

89.

Jalil didenda oleh pengetua __________ berkelahi dengan Osman.

a)

justeru

b)

yang

c)

kerana

d)

jika

90.

Askar itu telah dinaikkan pangkat _________ berani menentang musuh.

a)

setelah

b)

meskipun

c)

lantas

d)

sekiranya

91.

Bolehkah saya meminjam buku anda __________ anda tidak keberatan ?

a)

kerana

b)

jika

c)

yang

d)

dengan demikian

92.

___________ ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya.

a)

Hanya

b)

kerana

c)

walaupun

d)

bahawa

93.

__________ anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari.

a)

sekiranya

b)

bahawa

c)

demi

d)

agar

94.
Kenyataan yang diberikan itu _____ tidak benar
a)
akan
b)
di
c)
adalah
d)
ialah
95.
______ Bukit Bowi itulah mereka menerap selama ini.
a)
ke
b)
di
c)
dari
d)
tatkala
96.
Beberapa orang pelancong dari England ______ ke Singapura esok.
a)
juga
b)
kemudian
c)
akan
d)
tatkala
97.
Mereka ke Scotland selama sebulan, ____ ke Perancis.
a)
akan
b)
kemudian
c)
tatkala 
d)
kerana
98.
_____ Jepun menyerang Tanah Melayu, mereka masih kecil lagi.
a)
tatkala
b)
lalu
c)
kerana
d)
demikian
99.
"______, cantiknya ruang tamu engkau!" kata Faiz kepada rakannya.
a)
aduh
b)
cis
c)
wah
d)
eh
100.
Aini _____ turut berasa gembira mendengar berita mengenai pernikahan rakan karibnya itu.
a)
adalah
b)
ialah
c)
tatkala
d)
juga
101.
Wanita tua itu betul-betul gembira _____  anaknya yang telah lama terpisah akan pulang.
a)
atas
b)
dalam
c)
ialah
d)
kerana
102.
Bahasa yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita _____ bahasa Melayu.
a)
ialah
b)
adalah
c)
akan
d)
juga
103.
Bungkusan hadiah besar yang diterima Alisa tadi ______ kakaknya yang tinggal di New York.
a)
pada
b)
kepada
c)
dari
d)
daripada
104.

Kata tugas ialah

a)

kata tugas yang menghubungkan dua satuan bahasa yang sedarjat.

b)

satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam


ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya.

c)

perkataan yang menunjukkan perbuatan.

d)

kata yang mempunyai tugas dalam ayat.

105.

________________ , besar sungguh rumah Pak Cik Rahim!

a)

Aduhai

b)

Aduh

c)

Wah

d)

Syabas

106.

Pak Murad bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada

107.

2) Berapakah jenis kata penguat?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

108.

1) Pilih makna kata penguat yang betul

a)

Perkataan yang menguatkan hati dan perasaan.

b)

Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.

c)

Perkataan yang memberi kekuatan terhadap penggunaan frasa adjektif.

d)

Perkataan yang hanya hadir sebelum frasa.

109.

3) Pilih pasangan kata penguat belakang yang betul.

a)

Sekali, amat, nian

b)

Sekali, benar, betul

c)

Amat, sungguh, sangat

d)

Terlalu, agak, paling

110.

5) Pilih pasangan kata penguat bebas yang betul.

a)

Terlalu, paling, agak

b)

Amat, sangat, agak

c)

Amat, sungguh, sangat

d)

Sangat, benar, nian

111.

3) Pilih pasangan kata penguat hadapan yang betul.

a)

Terlalu, agak, makin

b)

Terlalu, cukup, nian

c)

Makin, kurang, sekali

d)

sungguh, amat, sangat

112.

Murid itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu _______ jika dia hendak.

a)

tah

b)

lah

c)

kah

d)

pun

113.

Abang ______ yang bekerja keras untuk menyara keluarga kami.

a)

tah

b)

lah

c)

kah

d)

pun

114.

Budak itu ______ yang handal bermain badminton?

a)

lah

b)

tah

c)

kah

d)

pun

115.

“Apa ______ dayaku yang miskin ini”. Keluh lelaki tua itu.

a)

lah

b)

kah

c)

jua

d)

tah

116.

Selain menyulam, Siti ______ pandai menggubah bunga.

a)

juga

b)

lagi

c)

sahaja

d)

memang

117.

Pilih ayat tanya yang sesuai.


Salmah: _________________________________________?

Siti : Saya yang beli buku itu.

a)

Kamu beli buku?

b)

Kamu yang jual buku?

c)

Kamu yang beli buku itu?

118.

Pilih ayat tanya yang sesuai


Qisya:_______________________________?

Wardah: Ya, budak lelaki di bawah pokok itu adik saya.

a)

Budak lelaki itukah adik kamu?

b)

Budak lelaki di bawah pokok itu adik kamu?

c)

Budak itukah lelaki?

119.

Lengkapkn ayat tanya


Cikgu: ___________________ di Jalan Merak?

Fatin: Tidak cikgu. Rumah Saya di Jalan Rajawali.

a)

Sekolah kamu

b)

Kedai kamu

c)

Rumah kamu

120.

Lengkapkan ayat tanya tanpa kata tanya


Hashim: ______________________ dia akan tiba sebentar

lagi?

Norman: Ya betul, dia akan tiba sebentar lagi.

a)

Adakah

b)

Betulkah

c)

Bilakah

121.

Pilh ayat tanya tanpa kata tanya yang sesuai.


Guru besar: ________________________________?

Murid-murid: Ya benar. Cikgu Lee guru kelas kami.

a)

Cikgu Lee atau Cikgu Sufian guru kelas kamu?

b)

Cikgu Lee guru kelas kamu?

c)

Cikgu Lee yang mengajar kamu?

122.

Pilih ayat tanya tanpa kata tanya yang sesuai.


Ibu : ________________________________?

Kakak : Tidak ibu. Mereka berlepas malam tadi.

a)

Mereka berlepas bila?

b)

Merekakah yang berlepas?

c)

Mereka berlepas pagi tadi?

123.

Pilih ayat tanya tanpa kata tanya yang sesuai.


Ibu : ________________________________?

Kakak : Tidak ibu. Mereka berlepas malam tadi.

a)

Mereka berlepas bila?

b)

Merekakah yang berlepas?

c)

Mereka berlepas pagi tadi?

124.

Lengkapkan ayat tanya tanpa kata tanya berikut.


Kishen : Aiman, pertandingan bercerita itu pada ________________________?

Aiman: Ya, Kishen. Pertandingan bercerita itu pada minggu hadapan.

a)

minggu ini

b)

minggu hadapan

c)

minggu lepas

125.

Lengkapkan ayat tanya berikut.


Ayah :Adik masih____________________?

Adik : Ya ayah. Saya masih belum makan.

a)

belum mandi

b)

belum makan

c)

belum tidur

126.

Lengkapkan ayat tanya berikut.


Abang : Di situkah buku-buku itu ___________________?

Adik: Di situ lah buku-buku itu diletakkan.

a)

diletakkan

b)

diambil

c)

disusunkan

127.

Lengkapkan ayat tanya berikut.


Dira : _______________________kerja sekolah lagi?

Aini : Ya, saya tidak siap kerja sekolah lagi.

a)

Awak tidak siap

b)

Awak belum siap

c)

Awak belum buat

128.

Sudahkah kamu menyapu lantai ini?


Pilih jenis ayat ini.

a)

ayat perintah

b)

ayat seruan

c)

ayat penyata

d)

ayat tanya

129.

Saya tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang.

a)

Di manakah kamu tinggal?

b)

Bilakah kamu tinggal di sana?

c)

Mengapakah kamu tinggal di sana?

d)

Siapakah yang tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang?

130.

Susun kata-kata di bawah supaya menjadi ayat tanya.


berbincang - di mana ? - Mereka

a)

Mereka berbincang di mana ?

b)

Di mana mereka berbincang ?

131.

Susun kata-kata di bawah supaya menjadi ayat tanya.


pasar - ke - apa ? - menaiki - Ibu - pergi

a)

Ibu pergi ke pasar menaiki apa ?

b)

ibu menaiki apa pergi ke pasa ?

132.

Susun kata-kata di bawah supaya menjadi ayat tanya.


ayah - Mengapakah - belum - pulang ?

a)

Ayah belum pulang mengapakah ?

b)

Mengapakah ayah belum pulang ?

133.

Susun kata-kata di bawah supaya menjadi ayat tanya.


mengutip - itu ? - rambutan - Siapakah - yang - buah

a)

Siapakah yang mengutip buah rambutan itu ?

b)

Yang mengutip buah rambutan itu siapakah ?

134.

Ibu : __________________________

Diana : Ya, saya yang menyusun buku-buku itu.

a)

Kamukah yang menyusun buku-buku itu ?

b)

Siapakah yang menyusun buku-buku itu ?

135.

Azeem : ______________________

Kamil : Benar, dia tidak hadir ke sekolah kerana demam.

a)

Betulkah Yusuf tidak hadir ke sekolah ?

b)

Salahkah sekiranya Yusuf tidak hadir ke sekolah ?

136.

Pilih ayat pasif yang betul.

a)

Ikan telah makan kucing itu.

b)

Kucing itu telah makan ikan.

c)

Kucing itu telah dimakan oleh ikan.

d)

Ikan itu telah dimakan oleh kucing.

137.

Air kopi itu _____________ oleh Puan Marina untuk dihidangkan kepada tetamu.

a)

dibancuh

b)

dijerang

c)

dimasak

d)

ditanak

138.

Bawang merah itu _____________ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak kari ikan .

a)

digunting

b)

dibelah

c)

disiang

d)

dihiris

139.

Pilih ayat pasif yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Phui Le telah dibuang oleh sampah itu.

b)

Phui Le sedang membuang sampah itu.

c)

Phui Le telah terbuang sampah itu.

d)

Sampah itu dibuang oleh Phui Le.

140.

Bulatkan jawapan yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.

a)

Beg tangan itu telah diragut oleh pencuri.

b)

Pencuri telah diragut beg tangan itu.

c)

Beg tangan itu meragut pencuri itu.

d)

Pencuri itu meragut beg tangan itu.

141.

__________, bergaya sungguh kamu memakai baju kebaya itu!

a)

Nah

b)

Cis

c)

Amboi

d)

Eh

142.

__________, cantiknya pemandangan matahari terbenam pada waktu senja!

a)

Wah

b)

Syabas

c)

Aduh

d)

Aduhai

143.

''__________, berani sungguh tuan hamba menderhaka kepada sultan, Jebat!'' marah Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

Syabas

b)

Wah

c)

Aduhai

d)

Cis

144.

__________, anda telah memenangi wang tunai berjumlah RM200.00!

a)

Wah

b)

Amboi

c)

Syabas

d)

Aduhai

145.

2) Berikut merupakan contoh kata seru yang betul kecuali

a)

Aduh, amboi

b)

Cis, Oh

c)

Ku, Mu

d)

Wahai, Syabas

146.

4) Ayat manakah yang menggunakan kata seru dengan betul?

a)

Eh, malangnya nasibku!

b)

Celaka, aku cintakan kau sepenuh hati!

c)

Wahai anak muridku, tuntutlah ilmu hingga akhir usiamu!

d)

Cis, cantik sungguh kamu hari ni.

147.

Letakkan Kata Seru berdasarkan situasi dalam gambar di bawah.

( nah / cis / aduh / syabas / hai )

(a)  

148.

Letakkan Kata Seru berdasarkan situasi dalam gambar di bawah.

( nah / cis / aduh / syabas / hai )

(a)  

149.

Letakkan Kata Seru berdasarkan situasi dalam gambar di bawah.

( nah / cis / aduh / syabas / hai )

(a)  

150.

Letakkan Kata Seru berdasarkan situasi dalam gambar di bawah.

( nah / cis / aduh / syabas / hai )

(a)