Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA T4-Ulangkaji Asid, Bes dan Alkali

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Asid hidroklorik menunjukkan sifat asid kerana

a)

bertindak balas dengan logam reaktif secara cergas

b)

larut sangat sedikit dalam air

c)

bercerai lengkap dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen

d)

mengkonduksi elektrik dengan baik

2.

Asid etanoik tulen tidak mengkonduksikan elektrik kerana

a)

terdiri daripada molekul-molekul

b)

merupakan asid lemah

c)

merupakan bahan organik

d)

mengandungi ion-ion yang tidak bebas bergerak

3.

Antara bahan berikut, yang manakah paling sesuai disapu di tempat yang digigit oleh semut yang mengandungi asid?

a)

Etanol

b)

Ubat gigi

c)

Garam biasa

d)

Cuka

4.

Antara berikut, yang manakah benar tentang asid lemah?

a)

Nilai pH lebihbesar daripada 7

b)

Tidak bersifat mengakis

c)

Mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen

d)

Menukar warna kertas litmus merah menjadi biru

5.

Antara berikut, yang manakah benar tentang alkali?

a)

Bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen

b)

Bertindak balas dengan karbonat logam untuk menghasilkan gas karbon dioksida

c)

Bertindak balas dengan oksida logam untuk menghasilkan gas oksigen

d)

Bertindak balas dengan asd untuk menghasilkan garam dan air

6.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan sifat-sifat keasidan?

a)

Hidrohen klorida dalam toluena (metilbenzena)

b)

Gas hidrogen dalam air

c)

Gas sulfur dioksida dalam air

d)

Gas ammonia dalam triklorometana

7.

Antara berikut, yang manakah benar tentang suatu asid dengan kepekatan 1 mol dm-3 yang menunjukkan pH 6?

a)

Sejenis asid cair

b)

Darjah pengionan dalam air adalah rendah

c)

Tidak bertindak balas dengan alkali lemah

d)

Mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi

8.

Terdapat empat larutan alkali yang mempunyai kepekatan yang sama. Larutan yang manakah mempunyai darjah penceraian yang paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Antara ion yang berikut, yang manakah terdapat dalam larutan ammonia yang bertanggungjawab ke atas sifat alkalinya?

a)

OH-

b)

H+

c)

NH3

d)

NH4+

10.

Antara berikut, yang manakah mempunyai nilai pH yang paling rendah?

a)

Larutan natrium klorida, 1 mol dm-3

b)

Asid nitrik, 1 mol dm-3

c)

Asid etanoik, 1 mol dm-3

d)

Larutan kalium hidroksida, 1 mol dm-3

11.

Sifat bagi suatu larutan yang mempunyai nilai pH 6 ialah

a)

berasa pahit

b)

bertindak balas dengan asid secara cergas

c)

mempunyai ion hidrogen dalam larutannya

d)

menukarkan warna kertas litmus merah ke biru

12.

Antara sebatian berikut, yang manakah akan larut dalam air untuk menghasilkan larutan dengan nilai pH 14?

a)

Asid etanoik

b)

Natrium oksida

c)

Zink nitrat

d)

Natrium klorida

13.

Antara larutan K, L, M dan N di dalam jadual, yang manakah akan bertindak balas dengan kalsium karbonat untuk membebaskan karbon dioksida?

a)

K

b)

L

c)

M

d)

N

14.

Gas ammonia tidak menukarkan warna kertas litmus merah kering kepada biru. Mengapa?

a)

Gas ammonia bersifat asid

b)

Tiada kehadiran air

c)

Gas ammonia perlu dilarutkan di dalam pelarut organik

15.

Antara larutan alkali berikut, yang manakah mengion separa di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH- dan menghasilkan pH lebih rendah?

a)

Larutan natrium hidroksida

b)

Larutan ammonia

c)

Larutan kalium hidroksida