wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T3 PEMAHAMAN

Total questions: 21

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.

“Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-muridnya.

Pilih perkataan antonim bagi kutip.

a)

angkat

b)

pungut

c)

buang

d)

campak

2.

Jalan masuk ke kampung itu sunyi selepas pukul lapan malam.


Perkataan sinonim bagi perkataan sunyi.

a)

riuh

b)

sepi

c)

diam

d)

gelap

3.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita  terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
4.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
5.

Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.

a)

atas

b)

bawah

c)

tengah

d)

belakang

6.

Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu disegerakan?

a)

Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.

b)

Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.

c)

Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat semalam.

d)

Mereka ingin membincangkan masalah yang berleluasa sekarang.

7.

Nenek Esah menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.

a)

minyak angin

b)

minyak masak

c)

minyak-minyak

d)

minyak sayur

8.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.    
a)
buah hati
b)
buah pena
c)
buah mulut
d)
buah tangan
9.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
a)
tutur kata
b)
tutur nista
c)
tutur bicara
d)
tutur bahasa
10.

10. Abang Jamilah____________pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.

a)

menebang

b)

mencantas

c)

mengait

d)

memanjat

11.

Jelaskan jenis ayat berikut.

sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru.

a)

ayat suruhan

b)

ayat silaan

c)

ayat perintah

d)

ayat permintaan

12.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.


Faizal dan Haris ___________ basikal dengan laju ketika pulang dari sekolah.

a)

menaiki

b)

memandu

c)

menuntun

d)

menunggang

13.

Walaupun Borhan tinggal berjauhan dengan ibu bapanya, dia sering ______________ dan menghubungi mereka untuk bertanya khabar pada setiap masa.

a)

ringan tulang

b)

ambil berat

c)

jaga hati

d)

ambil hati

14.

Pak Hussin tidak mampu __________ rumahnya yang rosak selepas banjir kerana kesempitan wang.

a)

membuka

b)

membina

c)

membaiki

d)

membasuh

15.

Mengapa kita perlu menutup mulut dan hidung ketika bersin?

a)

Supaya hingus tidak keluar

b)

Supaya dapat mengelakkan jangkitan penyakit

c)

Supaya tidak bising

d)

Supaya nampak sopan

16.

Soalan 16-20 berdasarkan petikan di bawah.

Baca petikan di bawah dengan teliti.


JOHOR BAHRU, KHAMIS- Satu pertandingan bercerita peringkat daerah Johor Bahru telah berlangsung di dewan SK Kampung Pulai, di sini semalam. Sebanyak 10 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir telah menunjukkan persembahan yang menarik.


Arif bin Mansor dari SK Kejora telah muncul sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Walaupun Arif bin Mansor baru berusia sembilan tahun, bakatnya begitu menyerlah. Dia dapat menyampaikan cerita "Sang Buaya Yang Cerdik" dengan penuh perasaan.


Arif sungguh petah berbahasa Melayu. Semasa bercerita, dia tidak berasa takut dan gementar. Dia bercerita dengan penuh yakin.

4 lines
17.

Di manakah pertandingan itu diadakan?

a)

SK Kejora

b)

Dewan SK Kampung Pulai

c)

Dewan Johor Bahru

18.

Berapakah bilangan peserta yang mengambil bahagian?

(a)  

19.

Siapakah yang muncul sebagai pemenang pertandingan?

a)

Mansor bin Arif

b)

Arif bin Malik

c)

Arif bin Mansor

d)

Muhammad Arif

20.

Berapakah umur Arif?

a)

9 tahun

b)

10 tahun

c)

3 tahun

d)

12 tahun

21.

Apakah tajuk cerita yang disampaikan oleh pemenang?

(a)