Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pembahagian Sel

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah proses yang melibatkan pembahagian sitoplasma sel?

a)

Meiosis I

b)

Meiosis II

c)

Sitokinesis

d)

Kariokinesis

2.

Antara yang berikut, yang manakah urutan fasa dalam kitar sel yang betul?

a)

G1->G2->S->M

b)

G1->S->G2->M

c)

S->G1->G2->M

d)

S->M->G1->G2

3.

Rajah menunjukkan fasa-fasa berbeza dalam kitar sel. Apakah fasa G1 ?

a)

Replikasi DNA

b)

Sintesis organel

c)

Penghasilan ATP

d)

Pembahagian Nukleus

4.

Antara sel haiwan yang berikut, yang manakah telah menjalani pembahagian meiosis?

a)

Sperma

b)

Sel darah merah

c)

Sel saraf

d)

Sel otot

5.

Apakah yang terhasil daripada pembahagian meiosis?

a)

2 sel anak haploid

b)

2 sel anak diploid

c)

4 sel anak haploid

d)

4 sel anak diploid

6.

Rajah menunjukkan corak kromosom dalam peringkat profasa I meiosis. Berapakah bilangan kromosom yang terdapat dalam setiap sel anak pada akhir meiosis II?

a)

2

b)

4

c)

8

d)

6

7.

Maklumat berikut adalah tentang suatu peristiwa dalam meiosis.


"Pindah silang, iaitu saling pertukaran bahan kromatid berlaku."


Pada fasa manakah peristiwa tersebut berlaku?

a)

Profasa I

b)

Profasa II

c)

Metafasa I

d)

Metafasa II

8.

Rajah menunjukkan kariotip manusia yang menghidap suatu penyakit genetik. Apakah penyakit genetik tersebut?

a)

Albinisme

b)

Sindrom Down

c)

Sindrom Turner

d)

Anemia sel sabit

9.

Apakah yang akan berlaku jika gentian gelendong tidak terbentuk semasa proses meiosis?

i- Kromosom homolog tidak terpisah

ii- Proses pindah silang tidak dapat berlaku

iii- Salah satu sel anak mempunyai bilangan kromosom yang lebih

iv- Mutasi gen berlaku

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

10.

Apakah kepentingan meiosis?


i- Pertumbuhan

ii- Mengekalkan bilangan diploid kromosom dari satu generasi ke generasi yang lain

iii- Memperbaiki tisu yang rosak

iv- Pembentukan gamet

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv