NEW
Font size
WorksheetsHadis Memuliakan Tetamu - 1
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
1. Apakah maksud tetamu?
Orang yang datang menziarahi rumah
Orang yang lalu depan rumah kita
Orang yang melihat rumah kita
2. Apakah yang perlu dilakukan ketika tetamu datang ke rumah kita?
Melayan dengan baik dan mengalu-alukan kedatangan mereka
Terpaksa melayan dan berpura-pura baik di depan tetamu
Melayan mereka apabila mereka datang membawa buah tangan
3. Kelebihan tetamu datang ke rumah kita ialah
Kita mendapat buah tangan daripada tetamu
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita
Dapat menunjukkan rumah kita yang cantik
4. Berikut adalah kesan tidak melayan tetamu dengan baik. KECUALI?
Dibenci oleh Allah dan manusia
Hubungan menjadi renggang
Membawa kebahagiaan
5. Arissa telah datang beraya di rumah Ariana. Apakah yang perlu Ariana buat untuk melayan Arissa?
Ariana hendaklah dengan cepat menutup pintu dan berdiam diri sehingga Arissa pulang ke rumahnya
Ariana hendaklah menjemput Arissa masuk ke dalam rumah dan melayan Arissa dengan baik
Ariana hendaklah marah kepada Arissa kerana datang tidak memaklumkan kepada Ariana terlebih dahulu
6. Ketika tetamu datang ke rumah, kita hendaklah...
Menutup aurat dengan sempurna
Mengajak bermain game
Menunjukkan mainan yang ada di rumah
Menyanyi lagu Upin Ipin bersama-sama
7. Ketika tetamu ayah atau ibu datang ke rumah, kita sebagai anak hendaklah...
Salam tetamu dan memberikan senyuman serta tidak menyampuk ketika orang tua tengah berbual
Berlari-lari di ruang tamu untuk menunjukkan kita seorang anak yang cergas
Membuat muka yang masam kerana tidak menyukai tetamu yang datang ke rumah
8. Apakah perkara yang perlu dielakkan sewaktu tetamu berada di rumah?
Menyambut mereka dengan senyuman
Menceritakan keburukan tetamu kepada ahli keluarga
Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan
9. Adakah anda suka apabila tetamu hadir ke rumah anda?
Ya
Tidak
10. Apakah antara adab-adab di hadapan tetamu?
Menjamu dengan makanan atau minuman yang bersesuaian
Meminta tetamu masakkan makanan
Menyuruh tetamu mencuci pinggan dan gelas sendiri
