NEW
Font size
Worksheetse-CAT BSKM-4 (Bab 17: BERBAHAGIALAH ORANG YANG BERDUKACITA)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Berbahagialah orang yang bukan saja turut bersedih tetapi turut membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Benar
Salah
2. Menurut Injil Matius 5:1-3 Tuhan menyatakan bahawa "Berbahagialah orang yang berdukacita,kerana mereka akan dihibur"
Benar
Salah
3. Berdukacita adalah perasaan sedih akibat kehilangan seseorang yang dikasihi dan dicintai.
Benar
Salah
4. "Yesus didera" adalah merupakan peristiwa sedih yang pertama di dalam Doa Rosari.
Benar
Salah
5. Allah telah mengutus Musa dan adiknya Harun untuk membebaskan umat Israel daripada orang Mesir.
Benar
Salah
6. Bagaimanakah Allah membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir?
a) Mengutus Musa membebaskan umat Israel
b) Mengutus Yosua membebaskan umat Israel
c) Mengutus Daud membebaskan umat Israel
7. ........................bererti memperlakukan dengan tidak adil dan secara kejam terhadap orang lain.
a) Mengumpat
b) Menindas
c) Mengasihi
8. Penindasan terhadap orang yang miskin dan lemah serta tidak berdaya adalah merupakan suatu perbuatan dosa. Apakah dosa tersebut?
a) Dosa jasmani
b) Dosa rohani
c) Dosa sosial
9. Ketika saya merasa kecewa dan berdukacita akibat difitnah, maka tindakan yang harus saya lakukan adalah..
a) Berdoa memohon penghiburan dan kekuatan daripada Tuhan
b) Memaparkan di ruangan medai sosial seperti "facebook"
c) Bertindak balas terhadap fitnah tersebut
10. Menurut Santo Tomas Aquinas dosa adalah satu "perkataan, perbuatan, atau satu keinginan yang........................ dengan hukum abadi."
a) Bersesuaian
b) Bertentangan
c) Bersesuaian
11. Orang-orang miskin yang tinggal di Israel pada zaman Yesus dikenali sebagai..................
a) Amawi
b) Israk
c) Anawim
12. Perkataan 'Yesus" atau nama Yesus bererti ......................
a) Allah yang menyelamatkan
b) Allah yang mengasihi
c) Allah yang setia
13. Perkataan 'Juakim" atau nama Juakim , ayah Bonda Maria bererti ......................
a) Tuhan Mengampuni
b) Tuhan Menganugerahi
c) Tuhan Mengasihi
14. Perkataan 'Anna" atau nama Anna, ibu Bonda Maria bererti ......................
a) Cinta
b) Kudus
c) Rahmat
15. Katekis pertama dan utama bagi diri saya adalah...
a) Ibu dan bapa
b) Datuk dan nenek
c) Paderi dan religius
16. Manakah antara yang berikut merupakan Sakramen Penyembuhan menurut ajaran Gereja Katolik.
I Pembaptisan
II Pengurapan Orang Sakit
III Pengakuan Dosa
a) I dan II
b) II dan III
c) I dan III
17. Berapakah tempoh perjalanan umat Israel di bawah pimpinan Musa keluar dari tanah Mesir ke tanah Perjanjian?
a) 30 tahun
b) 40 tahun
c) 50 tahun
18. Menurut ajaran Gereja Katolik semua umat Katolik yang dewasa dan sihat diwajibkan untuk menjalani puasa penuh sebanyak ...................... kali dalam setahun.
a) Sekali
b) Dua
c) Tiga
19. Pada Hari Minggu biasa, warna liturgi yang digunakan dalam perayaan Ekaristi adalah warna.................
a) Putih
b) Ungu
c) Hijau
20. Paus Yohanes Paulus II adalah merupakan Paus kedua yang paling lama menjawat jabatan kepausan. Paus Yohanes Paulus II adalah merupakan paus yang ke..............dalam Gereja Katolik.
a) 263
b) 264
c) 265
