wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 8.1 Sistem Pengelasan Organisma

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Taksonomi ialah satu bidang biologi yang melibatkan pengelasan, pengecaman dan penamaan organisma mengikut satu sistem yang teratur

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Taksonomi bertujuan untuk menguruskan bahan, maklumat dan data yang dikumpulkan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur untuk memudahkan rujukan dalam komuniti saintifik.

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

PENGELASAN TAKSONOMI ADALAH BERDASARKAN PENGELASAN BERIKUT ;

a)

HIERAKI TAKSONOMI

b)

PENAMAAN BINOMIAL

c)

PENAMAAN TURUN TEMURUN

d)

KEKUNCI DIKOTOMI

4.

Semua organisma di dalam dunia dikelaskan kepada enam kumpulan besar yang mengikut sistem enam alam. Antaranya adalah...

a)

Archaebacteria

b)

Kulat

c)

Fungi

d)

Plantae

5.

Organisma-organisma ini dikelaskan ke dalam alam masing-masing berdasarkan kepada ciri-ciri serupa yang boleh diperhatikan, iaitu jenis sel, bilangan sel dan jenis nutrisi. Apakah kategori dalam jenis nutrisi?

a)

autotrof dan heterotrof

b)

unisel dan multisel

c)

eukariot dan prokariot

d)

berkayu dan tidak berkayu

6.

 Prokariot  Organisma unisel  Autotrof atau heterotrof

Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri bagi;

a)

Protista

b)

Fungi

c)

Plantae

d)

Archaebacteria

7.

 Eukariot  Organisma unisel atau multisel  Autotrof atau heterotrof

Pernyataan yang berikut adalah ciri-ciri bagi ;

a)

Fungi

b)

Protista

c)

Eubacteria

d)

Archaebacteria

8.

Gambar di atas adalah satu contoh tumbuhan yang berada dalam alam....

a)

Animalia

b)

Archaebacteria

c)

Fungi

d)

Protista

9.

Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai alam Archaebacteria kecuali..

a)

Habitatnya di kawasan yang sangat panas, berasid, masin atau di persekitaran anaerob

b)

Merupakan bakteria sebenar

c)

Merupakan bakteria primitif

d)

Mempunyai dinding sel yang tidak mempunyai peptidoglikan

10.

Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai eubacteria kecuali..

a)

Merupakan organisma prokariot

b)

Merupakan organisma unisel, biasanya sel-sel bakteria terhimpun untuk membentuk koloni

c)

Merupakan bakteria sebenar

d)

Merupakan bakteria primitif