Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 22
Worksheet time: 11mins
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .
aur ditarik songsang
bumi dengan langit
pinang dibelah dua
ular kena palu
Semua murid __________________ ketika mendengar taklimat Program Perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra pada minggu hadapan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
Alif merupakan ___________________pasukan bola sepak bagi daerah Kota Setar untuk peringkat sekolah rendah.
bekas tangan
lipas kudung
orang tengah
ayam tambatan
Hubungan keluarga Encik Majid dan Dato’ Halim seperti ______________.
melukut di tepi gantang
cincin dengan permata
aur dengan tebing
ular kena palu
Ibu Anita sangat jelita, manakala bapanya tampan dan bergaya. Mereka diibaratkan bagai ________________.
isi dengan kuku
cincin dengan permata
aur dengan tebing
bulan dipagari bintang
Kampung Setia terpilih sebagai kampong contoh pada peringkat kebangsan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup _________________________.
isi dengan kuku
enau dalam belukar
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Juara Sukan Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta telah menjadi_________ rakyat Malaysia.
buah hati
anak buah
buah mulut
buah tangan
Pak Amin dan Mak Bedah memastikan anak-anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana bagi mereka ___________________________.
tepuk dada tanya selera
bersatu teguh, bercerai roboh
bagaimana acuan begitulah kuihnya
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Kehidupan Hadi sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaga dia ______________________________
bagai tikus jatuh ke beras
bagai intan dengan permata
bagai kucing kehilangan anak
bagai menatang minyak yang penuh
Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan
Apakah peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?
Alang-alang berminyak biar licin.
Air beriak tanda tak dalam.
Hendak seribu daya, hendak seribu dalih.
Bagai ayam disambar helang.
Azrina sangat gembira setelah diberikan RM1 juta oleh Cikgu Baharuddin kerana dia memerlukan wang itu untuk membeli kereta Lamborghini Aventador yang baharu.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti orang mengantuk disorongkan bantal
seperti kaduk naik junjung
bagai kacang lupakan kulit
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Nasihat Pak Zul supaya anaknya, Kifli tidak berfoya-foya di Bagan langsung tidak diikuti.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti hujan jatuh ke pasir
bagai mencurah air ke daun kelapa
bagaimana acuan begitulah kuihnya
air dicencang tidak akan putus
Mak Cik Bedah sepatutnya memasak dua kawah gulai pada pagi ini. Namun begitu, dia mengambil keputusan untuk dua kawah gulai lagi sebelum pulang ke rumahnya semula.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
alang-alang berdakwat biar hitam
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
seperti embun di hujung rumput
seperti rusa masuk kampung
Najwa menjawab semua kuiz yang diberikan oleh Cikgu Nadzmi sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan sehingga dia berjaya menjadi murid cemerlang.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga
seperti api di dalam sekam
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Setiap hari, Azwan Ali membaca satu bab Novel Justeru Impian di Jaring sehingga beliau berjaya menghabiskan bacaan novel tersebut dalam masa seminggu sahaja.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
usaha tangga kejayaan
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
biar lambat asalkan selamat
muafakat membawa berkat
Pasangan pengantin iaitu Haji Sufi dan Hajah Sufiah kelihatan sangat cantik apabila bersanding di atas pokok kelapa.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
seperti anjing dengan kucing
seperti cincin dengan permata
seperti cincin dengan pertama
seperti mutiara dan delima
Semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 diisytiharkan mati tanpa dapat dikesan.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
ada udang di sebalik batu
seperti ayam disambar helang
seperti katak di bawah tempurung
genggam bara api biar sampai jadi arang
Perkahwinan antara Haji Sufi dan Hajah Sufiah hanya bertahan selama 5 minit.
Apakah peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas?
berarak mendung kelabu
cinta tidak ke jannah, tidak juga ke neraka
seperti embun di hujung rumput
seperti lintah menghisap darah
bagai tikus membaiki labu
orang yang cuba memiliki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
orang yang cuba menerima sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
orang yang cuba menjual sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
Perniagaan Murni semakin berjaya, namun dia sering boros dan membazir wang dengan perkara yang tidak berfaedah. Akhirnya, perniagaan yang diusahakannya mengalami kerugian dan tidak dapat membayar hutang bank. Dia sangat menyesal kerana bersikap sedemikan. Keadaan Murni seperti...
Embun di hujung daun
Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
Setelah tamat pengajian, Aminah bekerja di ibu kota dengan gaji yang lumayan. Namun, dia tidak pernah pulang menjenguk ibu bapanya di kampung. Dia sudah melupakan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya. Aminah seperti...
Otak udang
Sebatang kara
Lintah darat
Lupa daratan
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup 'hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah' demi mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Nyatakan maksud peribahasa 'hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah'.
Suka menolong orang
Bersikap baik hati
Rajin bertegur sapa
Pengagihan secara adil atau sama banyak
