wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penilaian Bahasa Melayu Tahun 5

Total questions: 30

Worksheet time: 1hrs 3mins

Name
Class
Date
1.

Ravi dan Murugan pergi ke perpustakaan kerana __________ ingin meminjam buku.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

2.

"Mohon ampun, ________. Sembah _______ harap diampun," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Muzaffar.

a)

baginda, hamba

b)

tuanku, hamba

c)

beta, patik

d)

tuanku, patik

3.
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
a)
punah-ranah
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
riuh-rendah
4.

Temasya sukan tahunan sekolah kami ____________ tidak dapat diadakan kerana wabak pandemik Covid-19 semakin berleluasa.

a)

akan

b)

pernah

c)

masih

d)

telah

5.

Saya dan murid-murid Tahun 5 merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. ___________________ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Saya

d)

Kita

6.

Kakak menceritakan ______ pahit manis semasa mengikuti kursus jururawat.

a)

lukisan

b)

harapan

c)

gambaran

d)

kenangan

7.

Puteri itu kelihatan jelita apabila memakai kalung emas yang terdapat beberapa ............... mutiara di atasnya.

a)

biji

b)

potong

c)

ketul

d)

butir

8.

Pallavi membantu ibunya ______________ bawang putih untuk ditumis ke dalam periuk.

a)

membelah

b)

menghiris

c)

menyiang

d)

mencantas

9.

____________, kamu terpilih untuk menyertai pertandingan hafazan kali ini !

a)

Syabas

b)

Amboi

c)

Aduh

d)

Aduhai

10.

Jam itu tergantung ___________ dinding.

a)

dari

b)

pada

c)

kepada

d)

di

11.
Kereta ____________________ ialah kereta buatan Malaysia.
a)
Proton Perdana
b)
Camry
c)
Honda
d)
Toyota
12.

Jalur gemilang _____________ dengan megahnya.

a)

bersinar

b)

berkibar

c)

terbang

d)

menari

13.

Berdasarkan gambar di atas sila pilih kata kerja yang sesuai.

a)

membersihkan rumah

b)

mencuci longkang

c)

membasuh baju

d)

menonton televisyen

14.

Ibu .................................adik saya yang masih kecil.

a)

menatang

b)

membawa

c)

menjunjung

d)

mendukung

15.

Pak cik : Serahkan surat-surat ini kepada ayah kamu.

a)

Ya, pak cik. Saya akan menyerahkan surat-surat ini kepada ayah.

b)

Baiklah, pak cik. Saya akan memberitahu ayah.

c)

Baik, pak cik. Saya akan membawa surat-surat ini balik ke rumah.

16.

Datuk : Simpanlah cangkul ini ke dalam stor.

a)

Baik, datuk. Saya menyimpan cangkul ini.

b)

Baiklah, datuk. Saya akan ke stor.

c)

Ya, datuk. Saya akan menyimpan cangkul ini ke dalam stor.

17.

Suhaila : Simpan buku teks saya ke dalam beg supaya tidak hilang.

a)

Baik, Suhaila. Saya tidak akan menghilangkan buku teks kamu.

b)

Ya, Suhaila. Saya akan menyimpan buku teks saya ke dalam beg.

c)

Baiklah, Suhaila. Saya akan menyimpan buku teks kamu ke dalam beg.

18.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Virus Covid-19 boleh merebak melalui sentuhan.

a)

Mengapakah virus Covid-19 merebak?

b)

Apakah virus covid-19?

c)

Di manakah virus Covid-19 boleh merebak?

d)

Bagaimanakah virus Covid-19 boleh merebak?

19.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Encik Ram berasal daripada Teluk Intan.

b)

Encik Ram berasal dari Teluk Intan.

20.

Murid-murid Tahun Lima Merah akan menyertai lawatan ke ________ pada cuti sekolah ini.

a)

Kedai Jahit Esma

b)

Restoran Maimai

c)

Perpustakaan Negara

d)

Klinik Satu Malaysia

21.

Malaysia ______________ sebuah negara yang aman damai.

a)

ialah

b)

adalah

22.

Kakak En Qi bekerja sebagai juruwang di sebuah ____________.

a)

kota raya

b)

balai raya

c)

pasar raya

d)

jalan raya

23.

Rumah sukan yang memenangi Sukan Tahunan SK Seri Sekamat pada tahun 2020 ___________________ Rumah Merah.

a)

ialah

b)

adalah

24.

Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Beliau

d)

Patik

25.

Hao Kwang tersedar daripada tidurnya apabila ____________ di sisinya berbunyi.

a)

jam loceng

b)

jam randik

c)

jam dinding

d)

jam tangan

26.
 Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar.
a)
batang
b)
pohon
c)
kaki
d)
pucuk
27.

Kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat secara global. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat global.


Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...

a)

facebook

b)

youtube

c)

twitter

d)

wikipedia

28.

Media sosial turut menjadi dasar untuk menjalankan aktiviti pemiagaan secara dalam talian. Peniaga dapat mempromosikan produk-produk melalui media sosial seperti Wechat dan Facebook. Mereka juga dapat berinteraksi dengan pelanggan secara langsung tanpa batasan masa dan geografi.


Mengapakah media sosial kini menjadi pilihan para peniaga dalam talian?

a)

Peniaga mudah mendapat pelanggan

b)

Peniaga dapat menjual produk sekelip mata

c)

Peniaga tidak perlu membuat promosi untuk menjual produk

d)

Peniaga dapat menjual produk mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

29.

Rangkaian media sosial telah memberikan akses kepada semua pengguna Intemet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Mesej penting dapat dihantar secara dalam talian pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah diakses dengan kemudahan Internet. Tindakan seperti ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos.


Berikut merupakan manfaat media sosial kepada pengguna, kecuali...

a)

pengguna dapat berhubung dengan lebih cepat

b)

pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan Internet

c)

pengguna dapat menghantar mesej penting dengan mudah

d)

pengguna dapat menjimatkan masa daripada membuat penghantaran melalui pos

30.

Media sosial juga digunakan sebagai medium hiburan oleh golongan remaja untuk meredakan tekanan yang dialami oleh mereka. Reka bentuk dan gaya persembahan media sosial yang interaktif membuatkan pengguna tidak mudah berasa jemu terutama golongan remaja.


Mengapakah media sosial menjadi pilihan golongan remaja?

a)

Media sosial menambah tekanan yang dialami remaja

b)

Persembahan media sosial yang interaktif menjemukan remaja

c)

Persembahan media sosial yang interaktif membosankan remaja

d)

Media sosial mengurangkan tekanan yang dialami remaja