WorksheetsPertandingan Ujian Bertulis BM Peringkat Sekolah
Total questions: 30
Worksheet time: 10mins
1.Bendera Jalur Gemilang _______________________ dengan megah apabila ditiup angin.
bergegar
berkibar
berdiri
berbuai
2. Pilih kata sama maksud bagi perkataan yang digarisi.
Makanan yang Puan Halimah jual di pasar malam itu sungguh laris.
habis
laku
lazat
terkenal
3.Oleh sebab, selalu menggorek telinga, _____________________ telinganya menjadi rosak.
gegendang
lelangit
cecuping
bebuli
4. Keropok ubi kentang _________________________ kerana botolnya tidak tutup dengan rapi.
garing
basi
hangit
lemau
5.Pilih kata antonim untuk perkataan yang digarisi.
Persahabatan mereka sangat rapat sejak kecil.
jauh
renggang
lama
baik
6. ____________________________ kawasan lapang di belakang rumah Pak Abu ditanam dengan sayur-sayuran.
Setiap
Segelintir
Sebahagian
Sebilangan
7. Cikgu Raman bukan sahaja pemurah ____________________ baik hati.
walaupun
dan
manakala
tetapi
8. Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, Cik Meena tidak henti-henti berbual dengan kawannya kerana Cik Meena seorang _____________________________.
mulut tempayan
mulut murai
otak cair
otak udang
9. Se_______________________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam Kanna menghadap meja tulisnya.
keping
puntung
patah
potong
10. Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan _______________________ pagi esok.
hingga
sejak
dari
daripada
11. Jothi kelihatan sangat letih. ____________________, dia menolong ibunya di warung makanan sehingga lewat malam.
Kemudian
Mungkin
Selain itu,
Namun
12. KIta _________________ digalakkan memandang ke arah cahaya matahari ketika gerhana berlaku.
bukan
tidak
13. Murid-murid tahun 5 ____________________ berada di kantin walaupun loceng berbunyi.
perlu
telah
masih
harus
"___________, tingginya bangunan itu !" kata Azil kepada kawannya.
Wahai
Wah
Nah
Aduhai
15. Rajin _____________________ dia membantu ibunya.
paling
benar
16. Pawagam menjadi _________________________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
17. Shiva _______________ antara murid cemerlang di sekolah SJK(T) Saraswathy.
ialah
adalah
18. Pilih kata sinonim bagi perkataan yang digarisi.
Manjula tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
selesa
mudah
19. _______________________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
Gadis
Wanita
Pemudi
Pemuda
20. Beberapa _____________________ jalan raya dan dua _______________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
jalur ............. pintu
kaki ............. baris
batang ............ deret
baris .......... buah
21. Banglo lama itu merupakan antara banglo __________________ di kampung tersebut.
terbesar
dibesarkan
membesar
kebesaran
22. Siti dan Salmah _________________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara yang kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai kata di bawah tempurung
bagai kumbang putus tali
23. Cuba terangkan kepada saya, _______________________ adik kamu menangis tadi?
adakah
siapakah
bagaimanakah
mengapakah
24. " ________________________ lengkapkan borang ini dengan butir-butir peribadi," kata kerani itu sambil memberikan borang kepada peserta pertandingan.
Harap
Jangan
Sila
Usah
25. ______________________ senapang dan beberapa ___________________ telah dijumpai di tepi bangunan lama itu semalam.
Sebatang ........... biji
Sedas ......... buah
Selaras ........... butir
Sekaki ........... butir
26. Lisa duduk di ____________________ Raju dan William di dalam kelasnya.
sisi
depan
belakang
antara
27. Gadis yang berbaju tradisional India kelihatan cantik seperti ___________________.
permata
permaisuri
bidadari
merak
28. Itu kawan-kawan saya. _____________________ sangat baik hati dan suka menolong orang lain.
Mereka
Kami
Kita
Dia
29. Sang kancil yang cerdik itu berjaya __________________________ sungai yang dalam menggunakan tipu helahnya.
melepasi
melangkahi
menyeberangi
mengharungi
30. Sultan Mansoor Shah merupakan sultan yang peramah. _____________________ selalu bergaul dengan rakyat jelata.
Tuanku
Baginda
Beliau
Patik
