Font size
Worksheets11.4 Pewarisan Manusia
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Bilangan kromosom manusia yang normal adalah
44
46
48
45
Berikut adalah ciri bagi kromosom seks kecuali
terdiri daripada kromosom XX dan XY
mengawal ciri kumpulan darah
mengandungi gen yang menentukan jantina
terdiri daripada pasangan kromosom nombor 23
Kromosom manusia disusun secara berpasangan mengikut pasangan kromosom homolog berdasarkan kepada
saiz kromosom
kedudukan sentromer
bilangan kromosom
corak jalur kromosom
Kegagalan kromosom homolog berpisah semasa anafasa 1 dipanggil sebagai (a)
Contoh-contoh penyakit genetik yang disebabkan oleh tak disjungsi kromosom ialah...
Hemofila
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Sindrom Down
Seorang lelaki sindrom Down mempunyai kariotip...
45 + XX
45 + XY
22 + XX
22 + XY
Sindrom Down mempunyai bilangan 47 kromosom kerana terdapat satu kromosom lebih pada kromosom ke
20
21
23
22
Individu X mempunyai 45 kromosom dimana beliau kekurangan satu kromosom X pada pasangan kromosom seksnya dan menyebabkan ciri seks sekunder perempuan tidak berkembang dengan baik. Apakah penyakit genetik yang dialami oleh indidu X tersebut?
Sindrom Down
Sindrom Klinefelter
Sindrom Turner
Talasemia
Berikut adalah ciri-ciri pesakit Talasemia major
letih dan pucat
sesak nafas
demam dan menggigil
perubahan pembentukan tulang muka dari umur 3-18 bulan
Penyakit Talasemia disebabkan mutasi gen yang berlaku pada kromosom autosom ke ...
12
11
15
16
Contoh bagi penyakit yang disebabkan oleh gen terangkai seks adalah seperti berikut
Buta warna
Talasemia
Hemofilia
Sindrom Klinefelter
Faktor Rhesus (Rh) juga dikenali sebagai
Antigen A
Antigen B
Antigen C
Antigen D
Darah tidak dapat membeku secara normal disebabkan oleh kekurangan faktor pembekuan darah. Penyakit ini dikenali sebagai
Talasemia
Hemofilia
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Berikut adalah contoh trait dominan KECUALI...
Boleh menggulung lidah
Tidak boleh menggulung lidah
Cuping telinga melekap
Cuping telinga bebas
Anak akan mewarisi ciri-ciri daripada ibu, bapa atau
keturunannya seperti warna iris mata, warna kulit, dan
jenis rambut.
Betul
Salah
Nobita Kudo mewarisi warna iris mata bapanya. Warna iris mata ialah satu ciri yang diwarisi daripada ibu, bapa atau keturunan. Ciri ini dikenali sebagai ciri ___________.
pewarisan
penurunan
pembawaan
Apakah ciri-ciri yang diwarisi Nisa?
warna kulit
warna iris mata
jenis rambut
Rambut Ahmad dan ayahnya adalah sama iaitu rambut ikal.
Apakah ciri pewarisan yang diwariskan oleh bapanya?
warna kulit
warna iris mata
jenis rambut
Rambut Jonathan dan ayahnya adalah sama warnanya iaitu warna perang.
Apakah ciri pewarisan yang diwariskan oleh ayahnya?
warna kulit
warna iris mata
jenis rambut
Warna rambut
Antara berikut, yang manakah terdapat dalam ovum manusia yang normal?
23 autosom sahaja
22 autosom dan 1 kromosom Y
22 autosom dan 1 kromosom X
22 autosom dan kromosom XY
Rajah menunjukkan kariotip seorang individu dengan ketidaknormalan genetik.
Antara berikut, yang manakah betul tentang individu tersebut.
Lelaki dengan Sindrom Down
Lelaki dengan Buta Warna
Perempuan dengan Sindrom Klinefelter
Perempuan dengan Sindrom Turner
Salasilah genetik menunjukkan sesetengah penyakit memberi kesan kepada lelaki manakala wanita adalah pembawa. Apakah jenis pewarisan ini?
Terangkai Seks
Monohibrid
Mutan
Karsinogenik
Maklumat berikut menunjukkan beberapa alel untuk trait tertentu dalam manusia.
E - cuping telinga bebas (dominan)
e - cuping telinga melekap (resesif)
T - boleh gulung lidah (dominan)
t - tidak boleh gulung lidah (resesif)
Apakah kebarangkalian satu pasangan mendapat anak dengan genotip EeTt sekiranya suami dan isteri ialah heterozigot?
0%
25%
50%
75%
Genotip kumpulan darah manusia ditentukan oleh tiga alel iaitu IA, IB dan IO. Apakah kemungkinan genotip individu yang mempunyai kumpulan darah A?
IAIA, IBIB
IOIO, IAIA
IOIA, IAIA
IAIA, IAIB
Apakah nama ujian yang digunakan untuk menyaring kecacatan penglihatan warna hijau - merah yang lazim berlaku dalam masyarakat?
Ujian huru hara
Ujian Ishihara
Ujian Ishawaria
Ujian Aishwarya
