WorksheetsKata majmuk
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Cikgu Wan Hassan telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.
reka bentuk
reka cipta
rupa bentuk
tanda mata
Mereka memotong kepingan papan menggunakan __________ berdasarkan lakaran rumah yang telah dilukis dengan berhati-hati.
gerudi tangan
gergaji tangan
pemutar skru
pita ukur
Jamal dan kumpulannya sedang bertungkus-lumus menyiapkan __________ untuk dibentangkan pada hari esok.
alat tulis
atur cara
kertas kerja
hak cipta
Saya berasa bangga kerana hasil kraf tangan negara kita terkenal di peringkat __________.
bumiputera
antarabangsa
pesuruhjaya
warganegara
Daniel dan keluarganya menaiki __________ ketika bercuti ke Sarawak.
kapal kontena
kapal selam
kapal terbang
kapal korek
Muka Chong Lee menjadi __________ akibat menahan malu apabila terjatuh di atas pentas.
merah padam
kuning langsat
kelabu asap
biru laut
Linda pergi ke __________ bersama-sama ibunya untuk membeli ayam, ikan dan sayur.
balai raya
pasar awam
pejabat pos
balai bomba
Sokongan dan __________ daripada penduduk kampung penting untuk menjayakan gotong-royong itu.
tandatangan
jawatankuasa
beritahu
kerjasama
Mesyuarat tahunan Persatuan Belia Kampung Ria itu akan diadakan di __________ pada hari Sabtu.
balai polis
dewan komuniti
pasar tani
padang bola
Menara Berkembar Petronas adalah antara __________ kebanggaan rakyat Malaysia.
gambar rajah
mercu tanda
kraf tangan
susun atur
Encik Abu mengukir corak pada kayu itu dengan menggunakan __________.
pahat kayu
ketam kayu
gergaji tangan
gerudi tangan
Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
pakaian sukan
pakaian seragam
pakaian angkatan
_____________Ah Kang berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
Ibu negara
Ibu jari
Ibu pejabat
Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah tumpangan
________________yang dijaga oleh Hakimi tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Pintu jendela
Pintu gol
Pintu keluar
__________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
Sukarela
Tanggungjawab
Tandatangan
Jin Yong mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
buku kedatangan
buku lima
buku rujukan
Pei Ying menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
cahaya mata
cermin mata
mata pisau
__________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pilihanraya
Olahraga
Kakitangan
Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
budi bicara
budi pekerti
budi bahasa
