WorksheetsAYAT TERBITAN
Total questions: 24
Worksheet time: 14mins
Yang mana ialah kata hubung?
makan
dan
orang
cantik
Apakah definisi ayat majmuk?
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih
ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat terbitan
Mereka berjalan kaki ke sekolah.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Pilih ayat yang merupakan ayat majmuk.
Siti Nurhaliza merupakan penyanyi yang tersohor di Malaysia.
Adik Ahmad sedang makan di dapur.
Encik Marzuki bekerja sebagai seorang guru.
Pilih ayat majmuk berdasarkan senarai ayat di bawah.
Sharveen aktif dalam bidang sukan olahraga.
Mei Mei tidak suka memegang kucing dan arnab.
Lily memakai baju kebaya berwarna hijau hari ini.
Kakak membasuh pinggan manakala adik memotong sayur.
Yang manakah merupakan ayat tunggal:
Edwin menggemari makanan ringan tetapi adiknya tidak.
Amirul merupakan seorang doktor pakar jantung.
Wong dan adiknya makan sambil menonton televisyen.
Adik dan abah pergi ke kedai.
Yang manakah antara berikut merupakan ayat majmuk
Doktor menyuntik ubat kepada pesakit itu.
Mereka perlu memilih permainan video atau sukan olahraga.
Ayah Dania seorang guru.
Kereta ibu Aiman berwarna merah.
Pilih ayat tunggal yang betul
Aminah dan Christian merupakan ahli Pengakap.
Dia menonton televisyen itu.
Izzat mencari gerai burger sambil menunggang basikal.
Wong sering berkunjung ke perpustakaan sekolah.
Abang menonton televisyen.
Abang makan bertih jagung.
Pilih ayat majmuk yang betul berdasarkan dua ayat tunggal di atas.
Abang menonton televisyen sambil makan bertih jagung.
Abang menonton televisyen dan makan bertih jagung.
Abang menonton televisyen tetapi makan bertih jagung.
Abang menonton televisyen atau makan bertih jagung.
PRAKTIS 1:SINTAKSIS
Tukarkan ayat pasif bergaris kepada ayat aktif.
2. Pertandingan menanam dan mengubah pokok bunga turut saya sertai setiap tahun.
Setiap tahun saya turut menyertai pertandingan menanam dan mengubah pokok bunga.
Saya turut menyertai pertandingan menanam dan mengubah pokok bunga setiap tahun.
Setiap tahun, pertandingan menanam dan mengubah pokok bunga turut saya sertai.
Saya turut sertai pertandingan menanam dan mengubah pokok bunga setiap tahun.
PRAKTIS 1:SINTAKSIS
Tukarkan ayat pasif bergaris kepada ayat aktif.
1. Di bandar, pertandingan 'Taman Perumahan Terhijau' harus diadakan oleh pihak berkuasa.
Pihak berkuasa harus mengadakan pertandingan 'Taman Perumahan Terhijau' di bandar.
Di bandar, pihak berkuasa harus mengadakan pertandingan 'Taman Perumahan Terhijau'.
'Taman Perumahan Terhijau' harus diadakan oleh pihak berkuasa di bandar.
Di bandar, harus diadakan oleh pihak berkuasa 'Taman Perumahan Terhijau'.
Yang manakah merupakan Proses Penerbitan Ayat?
Pengguguran
Ayat Terbitan
Penyusunan Semula
Peluasan
Kakak suka memasak. + Kakak suka menjahit.
> Kakak suka memasak dan menjahit.
Proses apakah yang dilalui oleh ayat di atas?
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
Pengguguran frasa predikat
Pengguguran frasa nama sebagai subjek
Ayat manakah melalui pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif?
Aiman membeli jam itu. Jam itu sangat mahal.
Amalan bersahur lewat dituntut dalam Islam.
Yang berkasut tinggi itu artis terkenal.
Yang manakah tidak menunjukkan jenis peluasan ayat?
Peluasan frasa nama sebagai subjek
Peluasan melalui proses komplementasi
Peluasan dengan kata hubung
Peluasan melalui ayat songsang
a) Amir membaca buku.
b) Amir mendengar radio.
c) Amir membaca buku (a) mendengar radio.
Antara yang berikut, yang manakah bukan ayat terbitan?
Pemuda itu ahli muzik?
Usah pergi sekiranya tidak diizinkan.
Kenderaan berat itu terlanggar pokok.
Masih belum tiba peserta maraton negara itu.
Yang manakah ayat terbitan?
Tempat itu tidak jauh sangat dari sini.
Kesemua anak Pak Ali berjaya dalam pelajaran.
Kedua-dua ekor haiwan itu ditembak oleh pemburu.
Kebun buah-buahan datuk sudah mengeluarkan hasil.
Pilih padanan yang salah antara pola ayat dasar dengan contoh ayatnya.
FN + FN : Gadis bertudung itu gadis Johor.
FN + FK : Adik saya selalu ke sekolah dengan kawannya.
FN + FA : Cadangan daripada ketua pelajar itu wajar sekali.
FN + FS : Hadiah istimewa ini untuk pelajar-pelajar cemerlang.
Pilih ayat aktif yang betul.
Mimi membuka pintu pagar rumahnya.
Pintu pagar rumahnya dibuka oleh Mimi.
Pasifkan ayat di bawah :
Mereka tidak dapat menjelaskan hutang sebelum hujung bulan ini.
hutang sebelum hujung bulan ini mereka tidak dapat menjelaskan
hutang sebelum hujung bulan ini tidak dapat di jelaskankan oleh mereka
hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka sebelum hujung bulan ini
Tukar ayat aktif kepada ayat pasif
Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.
untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar Encik Sofiah membuat pinjaman bank
pinjaman bank dibuat oleh Encik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar
pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar dibuat oleh Encik Sofiah
