WorksheetsT.Islam T5P2 SISTEM KEWANGAN ISLAM
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Hubungan antara manusia dengan manusia lain dalam segenap segi kehidupan yang merangkumi kekeluargaan, ekonomi, politik, pemerintahan, jenayah dan sebagainya.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ....
muamalah
munakahat
jenayah
faraid
Tatacara urusan harian sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing melibatkan transaksi kewangan berlandaskan syariat Islam
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ....
muamalah
munakahat
muamalah dalam sistem kewangan Islam
munakahat dalam kekeluargaan Islam
Antara prinsip muamalat Islam ialah ....
(2M)
Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
Kerelaan dalam berurus niaga
Adil dan mendatangkan manfaat
Tiada elemen haram seperti riba, judi dan gharar
Antara ciri muamalat Islam ialah ....
(2M)
Bersumberkan al-Quran dan al-Hadis
Kerelaan dalam berurus niaga
Reda-meredai dalam urusan antara kedua-dua belah pihak.
Urus niaga tidak membawa kerosakan terhadap struktur ekonomi dan sosial masyarakat
Ketidakpastian dalam sesuatu akad atau kontrak jual beli sama ada dari segi kuantiti, kualiti, harga, waktu penyerahan dan sebagainya.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ....
muamalah
perjudian
riba
gharar
Zulkifli mengamanahkan wangnya kepada pihak bank untuk disimpan. Bank pula memberikan jaminan bahawa wang tersebut akan dikembalikan kepadanya apabila diminta.
Situasi di atas merujuk kepada ....
al-Wadiah
al-Mudarabah
al-Murabahah
al-Musyarakah
Ismail (pemodal) bersetuju untuk membiayai projek yang akan dilaksanakan oleh Habib (pengusaha) menurut nisbah keuntungan yang telah dipersetujui bersama.
Situasi di atas merujuk kepada ....
al-Wadiah
al-Mudarabah
al-Murabahah
al-Musyarakah
Faizul mendapatkan modal daripada rakan kongsinya bagi memulakan perniagaan melalui perkongsian. Keuntungan atau kerugian ditanggung bersama sebagaimana dipersetujui berdasarkan modal masing-masing sama ada besar atau kecil.
Situasi di atas merujuk kepada ....
al-Wadiah
al-Mudarabah
al-Murabahah
al-Musyarakah
Tolong-menolong antara rakan peserta skim takaful yang ditimpa musibah tertentu.
Pernyataan di atas merujuk kepada ....
Ta'awun
Tabarru'
al-Rahnu
al-Bai Bithaman Ajil
Pilih antara berikut jenis muamalah yang mempunyai kontrak jual beli?
(2M)
al-Rahnu
al-Murabahah
al-Bai Bithaman Ajil
al-Ijarah
Pilih antara berikut jenis muamalah yang membantu orang yang memerlukan pembiayaan tunai segera atau perkhidmatan
(2M)
al-Rahnu
al-Murabahah
al-Bai Bithaman Ajil
al-Ijarah
Pilih antara berikut jenis muamalah yang mempunyai simpanan dan pelaburan.
(3M)
al-Wadiah
al-Murabahah
al-Mudarabah
al-Musyarakah
Apakah perbezaan antara al-Rahnu dengan al-Ijarah?
(2M)
Pembiayaan wang dengan menjadikan barang yang berharga sebagai cagaran
Keberhasilan syarikat menentukan keuntungan atau kerugian pemodal
Pemilikan manfaat barangan atau perkhidmatan dengan bayaran sewaan
Simpanan pamilik dijamin dan tiada sebarang keuntungan dijanjikan.
Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang menetap dan berlindung dalam sebuah negara Islam.
Pernyataan di atas merujuk kepada ....
Ghanimah
Fai'
Jizyah
Zakat
Harta rampasan dalam peperangan.
Pernyataan di atas merujuk kepada ....
Ghanimah
Fai'
Jizyah
Zakat
Harta yang dikuasai daripada orang bukan Islam tanpa melalui jalan perang.
Pernyataan di atas merujuk kepada ....
Ghanimah
Fai'
Jizyah
Zakat
Pililh contoh Institusi Kewangan Islam di Malaysia.
(2M)
Tabung Haji
PERKIM
Baitul Maal
JAKIM
* Menyediakan urusan perbankan Islam yang patuh syariah
* Mempromosi produk-produk kewangan Islam
Pernyataan di atas merujuk kepada peranan .....
Tabung Haji
Perbankan Islam
Baitul Maal
Pusat Zakat
* Mengutip zakat daripada pembayar zakat
* Mengagihkan zakat secara efisien dan adil kepada asnaf zakat.
Pernyataan di atas merujuk kepada peranan .....
Tabung Haji
Perbankan Islam
Baitul Maal
Pusat Zakat
Apakah kesan jika tidak bermuamalat dengan muamalat Islam terhadap negara?
Dilaknat oleh Allah SWT kerana ingkar suruhan syariat-Nya
Wujudnya jurang ekonomi yang ketara antara golongan kaya dengan miskin.
Masyarakat akan bersikap prejudis antara satu sama lain
Jiwa menjadi resah kerana takut harta ditipu oleh orang lain.
