WorksheetsSEJARAH BAB 9 TINGKATAN 4 KSSM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Keadaan selepas Perang Dunia Kedua menunjukkan usaha beberapa negara membebaskan diri daripada penjajahan. Apakah negara tersebut?
I India III Thailand
II Jepun IV Filipina
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
2. Apakah kepentingan rundingan kemerdekaan berikut?
A. Membincangkan soal perlembagaan
B. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu
C. Mewujudkan hubungan baik dengan British
D. Mendapatkan bantuan kewangan dan pertahanan
3. Senarai berikut menunjukkan ahli Rombongan Merdeka ke London.
H.S.Lee
Tunku Abdul Rahman
Dr. Ismail Abdul Rahman
Dato’ Abdul Razak Hussein
Apakah kedudukan mereka dalam rundingan kemerdekaan?
A. Pemerhati bebas
B. Wakil Menteri Besar
C. Wakil Parti Perikatan
D. Wakil Raja-raja Melayu
4. Apakah perkara yang dituntut oleh perwakilan dari Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan?
I.Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan
II.Melantik Menteri Pelajaran daripada rakyat tempatan
III.Membayar ganti rugi kepada pegawai yang diberhentikan
IV.Meminta tarikh kemerdekaan tidak lewat dari tarikh 31 Ogos 1957
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
5. Apakah nilai yang dipelajari daripada kejayaan Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
A.Kebijaksanaan
B. Permuafakatan
C. Toleransi
D. Patriotisme
6. Rajah berikut menunjukkan usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu
Dibentuk pada 8 Mac 1956 untuk membincang dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Apakah nama usaha tersebut?
A. Suruhanjaya Reid
B. Perlembagaan Rakyat
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Perlembagaan Tanah Melayu
7. Pernyataan di bawah merupakan antara isu yang menjadi panduan dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
X
Corak Pentadbiran
Kedudukan Raja-raja Melayu
Apakah X?
A.Pertahanan
B.Pilihan raya
C.Kewarganegaraan
D. Hubungan diplomatik
8. Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli?
A. Mengukuhkan penguasaan British
B. Melambatkan proses kemerdekaan
C. Menjejaskan status Raja-raja Melayu
D. Menggugat kedudukan istimewa orang Melayu
9. Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?
I.Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
II.Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
III. Perdana Menteri dilantik sebagai ketua negara
IV. Sistem pentadbiran negara bercorak demokrasi berparlimen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Senarai berikut menunjukkan jenis kerakyatan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
X
Naturalisasi
Penguatkuasaan Undang-undang
Apakah X?
A. Sukarela
B. Sementara
C. Permohonan
D. Pengiktirafan
11. Apakah yang menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
A Rundingan di London
B Pilihan raya umum 1955
C. Memorandum parti politik
D Perundingan antara raja-raja Melayu dengan Perikatan
12. Maklumat berikut berkaitan negara luar yang rakyatnya bangkit menentang penjajah.
Mesir
India
Burma
Apakah tujuan mereka menentang penjajah?
A Membina prasarana
B Memohon rundingan
C Menuntut kerakyatan
D Mencapai kemerdekaan
13. Apakah kepentingan misi rundingan di London?
I.Membentuk suruhanjaya
II.Mempercepatkan kemerdekaan
III.Hubungan British-Tanah Melayu
IV. membincangkan hal keselamatan
A I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14. Mengapakah Tunku Abdul Rahman merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut?
A Menjimatkan kos
B Mendapatkan kata sepakat rundingan
C Merangka strategi bagi menjayakan misi
D Dapat menggunakan masa pelayaran untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu
15. Apakah peranan Tunku Abdul Rahman dalam rombongan tersebut?
A Menjadi juru bahasa
B Pemerhati rundingan
C Mengetuai rombongan
D Setiausaha rombongan
16. Apakah yang berkaitan dengan maklumat berikut?
Menghapuskan jawatan setiausaha kewangan dan digantikan dengan menteri kewangan
Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957
A Memorandum parti politik
B Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
C Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
D Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London.
17. Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
Pelaksanaan pilihan raya Persekutuan
Penentuan corak pemerintahan negara
Melucutkan jawatan Setiausaha Kewangan
18. Apakah nama suruhanjaya yang dibentuk untuk merangka perlembagaan negara kita?
A. Suruhanjaya Perlembagaan
B. Suruhanjaya British
C. Suruhanjaya Merdeka
D. Suruhanjaya Komunis
19. Apakah antara peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
A. Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan
B. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
C Menetapkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
D Menentukan misi rombongan kemerdekaan
20. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai ……………….
A. Suruhanjaya Reid
B. Suruhanjaya Persekutuan
C. Suruhanjaya Perikatan
D. Suruhanjaya Kemerdekaan
