NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
“Mengapakah ____________bersedih”? tanya Hang Tuah
kepada Hang Jebat.
tuan hamba
beta
hamba
patik
“ _______ akan menurut perintah tuanku,” kata Hang
Tuah kepada sultan.
Patik
Baginda
Hamba
Beta
“Izinkan __________ menumpang di rumah tuan
hamba,” kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.
patik
hamba
beta
tuanku
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan
diiringi oleh Menteri Besar Johor.
Beta
Tuanku
Baginda
Patik
“ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini,”
titah Sultan Sulaiman.
Baginda
Hamba
Beta
Patik
“Bilakah ___________ akan berjumpa dengan duta dari
negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan
Iskandar.
beta
tuan hamba
tuanku
hamba
Baginda Sultan Perak telah __________ke Istana Negara
bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.
beradu
bertitah
berkenan
berangkat
Baginda telah _____________ untuk merasmikan kempen
masyarakat penyayang yang akan diadakan di
Kompleks Rakan Muda Bera esok.
berkenan
bersiram
bersemayam
bertitah
Baginda akan _______di Istana Kayangan mulai tahun
2021.
beradu
bersantap
bersemayam
berangkat
Raja akan _________sekiranya rakyat baginda
mengingkari perintahnya.
gering
murka
masyghul
mangkat
Raja akan _________sekiranya rakyat baginda
mengingkari perintahnya.
gering
murka
masyghul
mangkat
"Buat sementara waktu,____________ akan bersemayam di istana ini,"kata Bendahara Tun Perak kepada Tun Telani.
dia
beliau
tuanku
baginda
"Data yang lengkap ini ____________ peroleh daripada Internet,"kata Liana kepada Cikgu Haris.
aku
saya
kami
hamba
Amah itu membuntuti Puan Maria sambil __________bayi majikannya itu.
mengepit
mengelek
menjunjung
mengandar
Rotan perlu______ di atas api agar mudah untuk dibengkokkan.
dilentul
dilentur
dilentung
direntung
Yasmin berasa__________apabila melihat seekor ulat di dalam buah jambu yang dibelahnya.
geli
ngilu
ngeri
seram
Bau___________ ikan air tawar dapat dihilangkan jika direndam di dalam air perahan asam jawa.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Sikap pelayan di restoran itu ___________sopan apabila berurusan dengan pelanggan.
amat sekali
tersangat amat
sungguh kurang
sungguh paling
Adik memaut pinggang ayah ____________ketika memboncengi ayah ke bandar
erat-erat
kuat-kuat
ketat-ketat
betul-betul
Penonton melonjak______________ apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama semasa menentang Lin Dan.
kegilaan
kemeriahan
kesenangan
kegembiraan
Mereka yang ingin memiliki "Rumah Mesra Rakyat" perlu menghadiri satu sesi ___________.
temu bual
janji temu
temu duga
temu ramah
Suasana menjadi ____________ apabila sebuah lori tiba-tiba meluncur laju ke arah warung yang dipenuhi pelanggan.
kalang-kabut
lintang-pukang
pontang-panting
tunggang-langgang
Pak Halim duduk di bawah se___________ pokok buluh sambil menghulurkan se____________ joran ke sungai.
ruas.....bilah
buku.....katam
batang.....kaki
rumpun .....batang
Oleh sebab suami isteri itu tidak mempunyai zuriat, mereka mengambil seorang __________.
anak tiri
anak emas
anak watan
anak angkat
Belakangan ini, gejala salah laku pendatang asing _________ dibahaskan oleh media massa.
riuh
panas
bising
hangat
