wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Amin tidak keterlaluan dalam membuat___________.

a)

keputusan

b)

keganasan

c)

keingkaran

d)

kepastian

2.

Sebagai pemimpin, kita perlu menerima____________ yang diberikan masyarakat.

a)

abaikan

b)

jauhkan

c)

teguran

d)

wang

3.

Seseorang yang mengamalkan sikap sederhana, perlu sentiasa memikirkan_________________masyarakat lain.

a)

kebaikan

b)

kesangsian

c)

kewangan

d)

keperluan

4.

Raju menghadiri sambutan hari sukan di sekolah. Cara dia mengamalkan sikap sederhana dengan__________________.

a)

memakai pakaian sukan

b)

memakai pakaian santai

c)

pakaian yang mahal-mahal

d)

memakai pakaian yang menjolok mata

5.

Semasa menghadiri jemputan rumah terbuka, Loga mengambil makanan mengikut_____________.

a)

hawa nafsu

b)

keperluan

c)

ikut suka

d)

sukatan berat

6.

Ibu bapa kamu memberikan wang perbelanjaan setiap hari. cara kamu bersikap sederhana dengan__________________.

a)

membelanjakan wang sampai habis.

b)

tidak menerima wang saku tersebut.

c)

menyimpan lebihan wang ke dalam tabung.

d)

membuang lebihan wang tersebut

7.

Siva menggunakan dana perasatuan untuk ______________ barangan keperluan persatuan tersebut.

a)

memindahkan

b)

mengedarkan

c)

menjual

d)

membeli

8.

Walaupun tidak sihat, Kelvin turut serta dalam program menjual pakaian terpakai anjuran organisasi setempat. Apakah perasaan Kelvin?

a)

Tidak puas hati

b)

Marah

c)

Bermuka-muka

d)

Ikhlas

9.

Berikut adalah amalan sederhana dalam hidup masyarakat kecuali___________.

a)

Menyimpan wang ke dalam tabung.

b)

Tidak makan berlebihan.

c)

Menggunakan telefon awam tanpa pedulikan orang lain.

d)

Menggunakan barang terpakai untuk hasilkan kraftangan.

10.

Mary_______________baju yang sedia ada untuk ke majlis makan malam.

a)

menggunakan

b)

tidak mamakai

c)

menanda

d)

membuang

11.

Apakah perasaan kita bila mengamalkan sikap kesederhanaan dalam masyarakat?

a)

Gembira

b)

Resah

c)

Duka

d)

Lara

12.

Kumar .................. dengan semua murid di kelas tanpa mengira latar belakang atau budaya mereka.

a)

bergaduh

b)

berkelahi

c)

berkawan

d)

bertumbuk

13.

Nirus tetap ........... kawan sekolahnya yang sakit walaupun kawan tersebut pernah berburuk sangka terhadapnya.

a)

memarahi

b)

melawat

c)

menuduh

d)

dendam

14.

................ dan memahami perasaan kawan adalah satu sikap positif terhadap orang lain.

a)

Menghormati

b)

Melukai

c)

Mambukti

d)

Menyertai

15.

Seseorang pendidik sanggup berkorban .......... dan ........... demi tanggungjawabnya terhadap anak bangsa.

a)

masa, tenaga

b)

harat benda, maruah

c)

diri, nasib

d)

duit, alatan

16.

Tabiat membaca adalah sikap yang ...........

a)

malas

b)

lembap

c)

rajin

d)

harian

17.

Lim mengulang kaji pelajarannya sebagai persiapan untuk peperiksaan. Lim murid yang.............

a)

gigih

b)

yakin

c)

rugi

d)

menunjuk-nunjuk

18.

Peribahasa di bawah melambangkan kerajinan, kecuali .........

a)

bagai aur dengan tebing

b)

ringan tulang

c)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

d)

berat sama dipikul, ringan sam dijinjing

19.

Seseorang itu mesti membuat ............... sebelum mengambil tindakan.

a)

tak sengaja

b)

sengih

c)

pertimbangan

d)

pengurusan

20.

Ravin ............ wang sebanyak RM10.00 yang dijumpainya di padang sekolah kepada guru kelasnya.

a)

menyimpan

b)

menyerahkan

c)

menginfakkan

d)

membelanjakan

21.

Orang yang terlibat dalam penyelewengan wang dan kuasa melakukan ........... di sisi undang-undang.

a)

kebaikan

b)

kebetulan

c)

kesalahan

d)

kekesalan

22.

Hassan seorang anak yang ........... . Dia selalu membantu ayahnya di kebun.

a)

bersyukur

b)

pemalas

c)

prihatin

d)

bertanggungjawab

23.

Kita perlu ................ masa suka dan duka dengan anggota keluarga.

a)

mengelakkan

b)

berkongsi

c)

mengungkit

d)

melupakan

24.

Setiap anggota keluarga mempunyai ............... yang perlu dilaksanakan.

a)

keusahawanan

b)

kewajipan

c)

kesopanan

d)

kesusilaan

25.

Encik Chandra berhasrat untuk mengkalkan kahidupan berkeluarga yang ............... .

a)

berkualiti

b)

berkelahi

c)

berjaya

d)

berseronok

26.

Rukun Negara terdiri daripada ................. prinsip.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

27.

Antara berikut, yang manakah bukan prinsip Rukun Negara?

a)

Kepercayaan kepada Mahkamah Agong

b)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

c)

Kedaulatan Undang-Undang

d)

Kesopanan Dan Kesusilaan

28.

Antara berikut, yang manakah perbuatan mematuhi peraturan dan undang-undang?

a)

Tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal

b)

Menconteng tanda awam

c)

Melintas jalan raya menggunakan jejantas yang disediakan

d)

Membakar sampah di ruang terbuka

29.

Apakah faktor utama untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan?

a)

Didikan

b)

Kasih sayang

c)

Harta modal

d)

Rumah banglo mewah

30.

Tin-tin dan botol yang telah digunakan boleh ..........................

a)

dibakar

b)

dikitar semula

c)

dijual

d)

dibuang

31.

Saya sanggup ............. bersungguh -sungguh dalam bidang yang diceburi demi negara.

a)

berusaha

b)

abai

c)

rajin

32.

Jordan ................. sampah yang terdapat di kaki lima kelas.

a)

A. membiarkan

b)

B. melemparkan

c)

C. mengutip

d)

D. membakar

33.

Mengapa kita perlu menjaga kesihatan diri kita?

a)

A. Untuk jadi kaya

b)

B. Takut dimarahi ibubapa

c)

C. Kerana suka-suka

d)

D. Sebagai tanda mensyukuri nikmat Tuhan

34.

Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah lebih bersikap ............... dan proaktif.

a)

A. malas

b)

B. cuai

c)

C. leka

d)

D. positif

35.

Kita hendaklah bersedia ....................secara ikhlas dan terbuka jika terdapat salah seorang rakan kita yang melakukan kesilapan secara tidak sengaja.

a)

A. bergaduh

b)

B. memaafkan

c)

C. memarahi

d)

D. memulaukan

36.

Salah seorang rakan kamu telah tertinggal wang sakunya di rumah. Apakah yang kamu boleh lakukan sebagai rakannya?

a)

A. Berkongsi bekal yang kamu bawa.

b)

B. Mengejek.

c)

C. Melaporkan kepada guru disiplin.

d)

D. Tidak menghiraukannya.

37.

Kita mensyukuri anugerah yang dikurniakan Tuhan dengan cara yang berikut, kecuali...

a)

menjaga harta benda dan wang

b)

menjaga hubungan baik sesama anggota keluarga

c)

menjaga kesihatan diri

d)

menjaga kebersihan diri

38.

Camelia sering _____________________ adiknya kerana adiknya seorang insan yang kurang upaya.

a)

menengking

b)

membantu

c)

memarahi

d)

mengganggu

39.

Seorang pelajar yang baik akan _________________________________.

a)

mengejek orang tua

b)

memaki hamun sesuka hati

c)

menghormati guru-guru

d)

mengabaikan nasihat ibu bapa

40.

Nilai kendiri yang positif haruslah dipupuk dan diamalkan ___________________________.

a)

kadang kala

b)

bermusim

c)

setiap masa

d)

mengikut minat

41.

Kita hendaklah bersedia _________________________________ secara ikhlas dan terbuka jika terdapat salah seorang rakan kita yang melakukan kesilapan secara tidak sengaja.

a)

memarahi

b)

bergaduh

c)

memulaukan

d)

memaafkan

42.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Hospital Sultan Ismail kekurangan bekalan darah untuk penggunaan pada masa kecemasan.

b)

Adi mengambil gambar mangsa yang tercedera.

c)

Kempen menderma darah bertujuan untuk memastikan bekalan darah di hospital mencukupi.

d)

Penderma darah akan menerima hadiah wang tunai daripada penganjur.

43.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Longkang di hadapan rumah penghulu sahaja yang dibersihkan semasa gotong-royong semalam.

b)

Anggota komuniti Kampung Maju melakukan kerja gotong-royong di kampung mereka setiap bulan.

c)

Aktiviti gotong-royong memberikan banyak manfaat kepada semua masyarakat setempat.

d)

Pak Salim hanya memberikan arahan sahaja sepanjang aktiviti gotong-royong dijalankan.

44.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Persatuan Ibu Taman Sentosa telah menyediakan pelbagai makanan untuk jualan amal.

b)

Wang yang diperoleh daripada hasil jualan digunakan untuk kegunaan Persatuan Ibu Taman Sentosa sahaja.

c)

Keuntungan hasil jualan amal akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

d)

Harga barangan yang dijual semasa jualan amal adalah lebih mahal.

45.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Sumbangan seperti bahan makanan akan dijual semula.

b)

YB Rosli menyerahkan sumbangan berbentuk makanan kepada golongan yang memerlukan.

c)

Kebanyakan bahan makanan yang disumbangkan sudah hampir luput tarikhnya.

d)

Pemberian sumbangan tersebut untuk meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.

46.

Pilih pernyataan berkaitan yang benar mengenai gambar di atas. (Pilih 2 jawapan)

a)

Kelas 6 Biru membuat tabung derma untuk membantu rakan sekelas, Aina yang ditimpa musibah kebakaran rumah.

b)

Aina menolak penerimaan wang derma kerana tidak mahu dianggap mengharapkan simpati orang lain.

c)

Guru dan rakan sekolah menghulurkan sumbangan derma dengan penuh ikhlas.

d)

Wang derma tersebut akan dibahagikan separuh untuk majlis akhir tahun Kelas 6 Biru dan selebihnya untuk membantu Aina.

47.

Khaleeda sanggup mengambil wang dari tabungan adiknya semata-mata untuk menghulurkan derma kepada rakan sekelasnya yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyertai lawatan sekolah.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

48.

Mei Ling ialah pengerusi Persatuan St. John Ambulance di sekolahnya. Dia memaksa ahli keluarganya untuk menyertai program derma darah yang dianjurkan oleh persatuan tersebut pada minggu hadapan.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU.

49.

Ganesh meminta ibunya menunjuk cara membuat kek cawan kerana dia ingin membuat kek cawan untuk jualan amal sempena Hari Autisme Sedunia yang akan dianjurkan di sekolahnya.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

50.

Lila memberikan cadangan untuk menghadiahkan cenderahati yang agak mahal kepada seorang bekas perajurit negara bersempena Hari Pahlawan.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

51.

Raina menulis surat kepada wakil rakyat di kawasan tersebut bagi memohon sumbangan untuk membaik pulih perpustakaan komuniti yang rosak akibat ribut.

a)

SETUJU

b)

TIDAK SETUJU

52.

Chongsam merupakan pakaian tradisi masyarakat.........................

a)

India

b)

Iban

c)

Cina

53.

Masjid merupakan rumah ibadat penganut agama ....................

a)

Kristian

b)

Islam

c)

Buddha

54.

Malaysia sebuah negara yang menggalakan rakyatnya yang berbeza fahaman agama agar saling..............................

a)

membenci

b)

bertelagah

c)

bersatu hati

55.

Ketupat merupakan makanan perayaan masyarakat ..................

a)

Melayu

b)

India

c)

Sikh

56.

Batu Caves di Selangor terkenal sebagai tempat ibadat penganut ...................

a)

Buddha

b)

Hindu

c)

Kristian

57.

Taat kepada negara akan menjadikan kita rakyat yang.......................

a)

bertanggingjawab

b)

sombong

c)

pemarah

58.

Colok merupakan alat ibadat penganut agama...............

a)

Islam

b)

Buddha

c)

Semai

59.

Amalan masyarakat penyayang merupakan amalan yang diajar oleh semua agama di Malaysia.Pilih amalan yang paling tepat dari jawapan dibawah.

a)

Menengking adik yang meminta bantuan.

b)

Menolong ibu memasak di dapur.

c)

Menjauhkan diri dari kawan-kawan.

60.

Semua agama melarang penganutnya..................

a)

membantu orang yang susah.

b)

berbohong dengan ayah dan ibu.

c)

bergotong royong membersihkan rumah ibadat.

61.

Kawan yang baik dan mentaati ajaran agama akan .....................................

a)

membantu kawan dalam pelajaran

b)

mengejek kawan yang kurang bijak.

c)

memarahi rakan yang meminta bantuan.

62.

Setiap agama mengajar penganutnya bersikap jujur.Sikap jujur akan menjadikan kita insan yang.................

a)

sombong

b)

baik hati

c)

penakut

63.

Jika ingin rantaian virus COVID19 dihapuskan kita harus .............................

a)

amalkan 3S dan 3W

b)

amalkan budaya buang sampah merata-rata.

c)

Sering meludah.

64.

Kita patut _____ setiap amalan agama dan kepercayaan kaum lain.

a)

merendah-rendahkan

b)

memahami dan menghormati

c)

memecah-belahkan

65.

Antara berikut, yang manakah sikap tidak memperlekehkan agama dan kepercayaan?

a)

Mementingkan diri sendiri.

b)

Bersangka buruk.

c)

Bertoleransi

66.

Kita wajar menghadiri majlis kebudayaan yang dianjurkan oleh pelbagai agama dan kepercayaan. Hal ini dapat mengelakkan _______ sesama sendiri.

a)

persengketaan

b)

perpaduan

c)

perdamaian

67.

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan salah satu doktrin dalam

a)

perlembagaan negara.

b)

Rukun Negara

c)

Tonggak 12.

68.

Antara berikut merupakan kepentingan menghormati agama dan kepercayaan pelbagai kaum KECUALI

a)

saling membenci dan berprasangka buruk sesama rakyat.

b)

dapat bertolak ansur dengan penganut agama lain.

c)

kehidupan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.

69.

Amalan rasuah dalam kehidupan menyebabkan kita dipandang hina oleh masyarakat.

a)

Betul

b)

Salah

70.

Rakyat yang boleh dipercayai ialah mereka yang menolak tawaran rasuah dengan tegas.

a)

Betul

b)

Salah

71.

Pilih padanan yang salah mengikut kepercayaan agama.

a)

Penganut agama Buddha hidup aman dan menyelesaikan sengketa dengan baik

b)

Penganut Sikh disuruh sentiasa bersangka buruk kepada orang di sekelilingnya

c)

Agama Islam menyuruh umatnya menghormati penganut agama lain

d)

Agama Hindu mementingkan ikatan persaudaraan

72.

Rumah rakan sekelas Ryan terbakar semalam”.

Apakah yang boleh Ryan lakukan untuk membantu rakan sekelasnya?

a)

Menangis kerana sedih

b)

Membuat kutipan derma kilat

c)

Mengajak rakannya keluar makan

d)

Membina rumah baharu untuk rakannya

73.

Apakah tujuan kempen kemanusiaan dijalankan?

a)

untuk menyumbang kepada golongan miskin sahaja

b)

untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara negara

c)

untuk memupuk sikap tanggungjawab rakyat Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan

d)

untuk mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membasmi kemiskinan

74.

Bagaimanakah kamu menunjukkan sokongan terhadap kempen kemanusiaan yang dijalankan oleh pelbagai pihak?

a)

melibatkan diri dalam kempen kemanusiaan

b)

terlalu sibuk untuk menyertai kempen kemanusiaan

c)

mencari alasan untuk tidak menghadiri kempen kemanusiaan

d)

tidak bersedia untuk melaksanakan tugas yang diberikan semasa kempen kemanusiaan

75.

Berikut merupakan nilai hemah tinggi dalam negara, kecuali

a)

bercakap perkara-perkara yang boleh membuatkan pelanggan tersinggung

b)

memberikan senyuman yang manis dan melayan penumpang dengan sopan

c)

menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mengambil kira pelbagai aspek

d)

beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian dalam masyarakat

76.

Raju mematuhi prinsip Rukun Negara dengan melakukan perkara yang tidak bertentangan dengan peraturan dan undang-undang negara

Mengapakah Raja perlu mematuhi prinsip Rukun Negara?

a)

Menunjukkan sikap adil kepada negara

b)

Bertoleransi terhadap semua kaum

c)

Mengamalkan sikap baik hati

d)

Menunjukkan cara menghormati undang-undang negara

77.

Alam sekitar yang bersih dan sihat amat penting kepada manusia dan haiwan kerana menyeimbangkan ekosistem

Mengapakah alam sekitar perlu dipelihara oleh manusia?

a)

Bagi memudahkan kegiatan pembalakan dilakukan

b)

Bagi mengelakkan pembuangan sampah di merata-rata tempat

c)

Bagi membangunkan kawasan yang bebas daripada pencemaran

d)

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem

78.

Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyayangi dan melindungi alam sekitar?

a)

Kerajaan perlu mengharamkan penebangan hutan yang berlaku secara berleluasa

b)

Tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan pencemaran alam sekitar

c)

Membiarkan pencemaran seperti pencemaran udara berlaku tanpa sebarang usaha untuk mencegahnya

d)

Membenarkan habitat haiwan dan tumbuhan diterokai secara haram

79.

Kakak kamu mempunyai kelayakan yang sesuai untuk bekerja di sebuah syarikat. Namun demikian, syarikat tersebut hanya mahu mengambil pekerja berdasarkan kaum tertentu sahaja”.

Apakah tindakan yang boleh kamu ambil bagi mengatasi layanan tidak adil tersebut?

a)

Membuat aduan kepada pihak yang berkenaan

b)

Menulis surat kepada syarikat berkenaan

c)

Menyuruh kakak mencari kerja di tempat lain

d)

Mengadakan tunjuk perasaan di luar syarikat berkenaan

80.

Semasa menyertai Kem Bina Insan peringkat kebangsaan, Shirley telah terambil kasut salah seorang peserta lain yang turut menyertai kem tersebut”.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Shirley?

a)

Menyorokkan kasut tersebut di dalam almari

b)

Mencampakkan kasut tersebut ke dalam longkang

c)

Memulangkan kembali kasut tersebut kepada tuannya

d)

Menggunakan kasut tersebut kerana dia tidak mengetahui siapa pemiliknya

81.

Antara yang berikut merupakan cara untuk meringankan beban dan kesusahan golongan ibu tunggal, KECUALI

a)

menziarahi mereka.

b)

menghina mereka.

c)

menghulurkan derma dan bantuan lin yang diperlukan oleh mereka.

82.

Apakah agensi yang terlibat dalam melaksanakan misi kemanusiaan?

a)

MERCY Malaysia

b)

Persatuan Pengakap

c)

Persatuan Hoki

83.

Amalan menuding jari dan mengetuk-ngetuk meja ialah bahasa yang tidak sopan dilakukan semasa berurusan.

a)

Betul

b)

Salah

84.

Ciri etika perniagaan yang baik ialah menjual makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan pelanggan.

a)

Betul

b)

Salah

85.

Antara berikut merupakan adab apabila mendapatkan perkhidmatan, KECUALI

a)

meninggikan suara ketika bercakap dengan kakitangan yang bertugas.

b)

menggunakan bahasa yang sopan dan lembut.

c)

menunujukkan reaksi muka yang manis semasa menjalankan urusan.

86.

Bagaimanakah cara kamu menghargai jasa dan sumbangan tokoh yang mengharumkan nama negara?

a)

Menghina tokoh tersebut.

b)

Memulau ketibaan tokoh ke tempat kamu.

c)

Menziarahi dan mendoakan kesejahteraan tokoh.

87.

Sikap tekun dan gigih berusaha mendorong seseorang untuk gagal dalam hidup.

a)

Betul

b)

Salah

88.

Rakyat yang boleh dipercayai ialah mereka yang menolak tawaran rasuah dengan tegas.

a)

Betul

b)

Salah

89.

Shamita menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi kepen kemanusiaan dengan sambil lewa.

a)

Betul

b)

Salah

90.

Hospital berdekatan sekolah kamu menganjurkan kempen darah. Kamu patut

a)

berdiam diri.

b)

mengajak ibu bapa kamu menderma darah.

91.

Rakan mengajak kamu merosakkan papan iklan 'Tak Nak Merokok' di kawasan awam. kamu patut

a)

menegur rakan kamu dengan berhemah.

b)

menurut ajakan rakan kamu.

92.

Kamu mengetahui rakan kamu ponteng kelas. Kamu patut

a)

tidak mengendahkan perkara itu.

b)

melaporkan kepada pihak sekolah.

93.

Berkongsi kereta dapat mengurangkan masalah

a)

membeli kereta

b)

menjual kereta

c)

kesesakan kereta

d)

kesesakan lalulintas

94.

Ranjit dan adik-adiknya disukai oleh jiran-jiran kerana mereka peramah dan _____________ pekerti mulia

a)

berjasa

b)

berbudi

c)

berhati

d)

berjiwa

95.

Kita perlu menjaga perasaan kawan-kawan melalui ________ dan perlakuan.

a)

berpakaian

b)

berbelanja

c)

pertuturan

d)

berfesyen terkini

96.

Setiap sumbangan yang __________ akan dikenang sepanjang masa.

a)

ikhlas

b)

sederhana

c)

berlagak

d)

baik

97.

Apakah yang patut kita lakukan apabila jiran kita ingin mengadakan majlis perkahwinan anaknya?

a)

Mengelak dari berjumpa jiran

b)

Mementingkan diri

c)

Mendiamkan diri

d)

Memberikan pertolongan

98.

Satu cara untuk menjaga imej dan maruah keluarga ialah ___________

a)

memikirkan kesan perbuatan diri sendiri kepada keluarga

b)

melakukan apa-apa sahaja yang menyeronokkan

c)

bergaul dengan rakan yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik

d)

bergaduh dengan setiap ahli keluarga

99.

Negara akan aman dan sentosa sekiranya masyarakat dapat __________ dengan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing.

a)

bertoleransi

b)

mementingkan diri sendiri

c)

bersangka baik

100.

rakan kamu telah memberi maklumat yang salah kepada pelancong asing. Apakah tindakan kamu?

a)

memarahi rakan.

b)

memperbetulkan maklumat yang diberikan oleh rakan tersebut.

c)

tidak memperdulikan kesalahan rakan.