wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CARA MENCEGAH PENGARATAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat jika terdedah kepada ______________ serentak.

a)

air dan minyak

b)

air dan karbon dioksida

c)

air dan udara

d)

udara dan minyak

2.

Apakah cara yang terbaik untuk mencegah pengaratan bagi objek ini?

a)

menyapu objek dengan gris

b)

menyalut objek dengan lapisan antikarat seperti plastik

c)

menyadur objek dengan logam lain

d)

mengecat objek

3.

Apakah cara terbaik untuk mencegah tin minuman daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyapu gris

c)

Menyalut dengan plastik

d)

Menyadur dengan timah

4.

Gambar menunjukkan rantai motosikal Hazim yang berkarat. Bagaimanakah Hazim dapat mencegah pengaratan yang lebih teruk pada rantai motosikalnya?

a)

Tidak menggunakan motosikal itu

b)

Sentiasa membasuh rantai motosikalnya

c)

Menyapu gris pada rantai motosikalnya

d)

Menutup rantai motosikalnya dengan plastik

5.

Shafiza sedang mengecat pagar rumahnya. Mengapakah dia mengecat pagar itu?

a)

Untuk melindungi pagar daripada panas terik Matahari

b)

Untuk mencegah pagar daripada terdedah pada air hujan

c)

Untuk mencegah pagar daripada berkarat

d)

Untuk melicinkan permukaan pagar

6.

Antara berikut, yang manakah BENAR mengenai kepentingan mencegah pengaratan?

a)

Menjana ekonomi

b)

Menghindari penyakit kulit

c)

Memastikan objek tahan lebih lama

d)

Memastikan objek sentiasa diganti dengan objek yang baharu

7.

Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai untuk mencegah klip kertas daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyapu gris

c)

Menyalut dengan plastik

d)

Membalut dengan kain lembap

8.

Lapisan cat dapat menghalang _________dan __________daripada terkena permukaan besi

a)

udara,air

b)

cat,udara

c)

cat,air

d)

air,logam

9.

Menyadur ialah proses _____________________permukaan besi dengan logam lain yang tidak berkarat.

a)

melapiskan

b)

mengikis

c)

menghakis

d)

menggosok

10.

Menyapu ______________atau ___________pada objek besi dapat mencegah pengaratan.

a)

gris,air

b)

air,udara

c)

minyak,air

d)

minyak,gris

11.

Antara kaedah berikut, yang manakah paling sesuai untuk mencegah mata gergaji itu daripada berkarat?

a)

Mengecat

b)

Menyapu gris

c)

Menyalut dengan plastik

d)

Membalut dengan kain lembap

12.

Periuk ini bersifat anti karat kerana _____________.

a)

Disalut dengan plastik

b)

Dibasuh bersih setelah digunakan

c)

Disadur dengan lapisan logam lain

d)

Dicat dengan warna putih

13.

Berikut adalah kepentingan pencegahan pengaratan kecuali....

a)

objek selamat digunakan

b)

objek tahan lama dan tidak mudah rosak

c)

kos penyelengaraan yang tinggi

d)

kelihatan cantik

14.

Apakah kesan buruk penggunaan objek yang berkarat?PILIH DUA JAWAPAN.

a)

Menyebabkan jangkitan penyakit kancing gigi

b)

Boleh menyebabkan keracunan makanan

c)

Tidak selamat digunakan

d)

Menggunakan kos yang tinggi

15.

Menyadur objek dengan lapisan logam tahan karat merupakan salah satu langkah pencegahan.Antara berikut yang manakah lapisan logam anti karat?PILIH DUA JAWAPAN.

a)

PLASTIK

b)

TIMAH

c)

ALUMINIUM

d)

BESI