wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ujian biologi tingkatan 5

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, tisu yang manakah yang berfungsi dalam penyimpanan kanji dan gula?

a)

Tisu meristem

b)

Tisu parenkima

c)

Tisu kolenkima

d)

Tisu sklerenkima

2.

Berdasarkan rajah di atas, proses manakah yang terlibat pada bahagian yang berlabel X?

a)

Pembahagian sel

b)

Pemanjangan sel

c)

Pembezaan sel

d)

Pengkhususan tisu

3.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kepentingan pertumbuhan primer?

a)

Terlibat dalam pemanjangan tumbuhan untuk menyerap cahaya matahari.

b)

Floem primer dapat mengangkut bahan organik dari daun ke bahagian lain.

c)

Xilem primer dapat mengangkut air dan garam mineral dari tanah melalui akar ke daun.

d)

Memberi kestabilan kepada tumbuhan agar tidak mudah ranap.

4.

Apakah yang akan berlaku sekiranya tisu Z gagal terbentuk?

a)

Ketinggian pokok terbantut

b)

Kestabilan pokok yang tinggi menjadi terhad

c)

Tidak dapat mengangkut air dan garam mineral

d)

Translokasi bahan organik tidak berlaku

5.

Penurunan jisim kering berlaku pada peringkat awal percambahan biji benih. Mengapakah keadaan ini berlaku?

a)

Kadar pertumbuhan terlalu cepat sehingga menggunakan semua tenaga yang disimpan dalam biji benih.

b)

Fotosintesis belum berlaku.

c)

Makanan yang disimpan di dalam kotiledon digunakan untuk percambahan sebelum tumbuhnya daun.

d)

Nutrien dalam biji benih telah hilang ke persekitaran apabila testa pada biji benih pecah semasa percambahan.

6.

Bagi kebanyakan tumbuhan, susunan mozek daun terbentuk supaya daun tidak bertindih. Apakah peranan susunan ini?

a)

Daun kelihatan lebih tersusun dan cantik.

b)

Menyerap cahaya matahari secara maksimum.

c)

Meningkatkan luas permukaan daun untuk pertukaran gas.

d)

Pokok menjadi lebih stabil.

7.

Lapisan tisu yang manakah yang paling giat menjalankan fotosintesis?

a)

Epidermis atas

b)

Epidermis bawah

c)

Mesofil palisad

d)

Mesofil berspan

8.

Apakah yang akan berlaku jika pam kalium pada tisu pengawal gagal menjalankannya fungsinya?

a)

Liang stoma tidak dapat dibuka kerana ion kalium tidak dapat dipam masuk ke dalam tisu pengawal.

b)

Liang stoma tidak dapat dibuka kerana ion kalium tidak dapat dipam keluar dari tisu pengawal.

c)

Liang stoma sentiasa terbuka akibat pengumpulan ion kalium di dalam sel pengawal.

d)

Liang stoma sentiasa terbuka kerana ion kalium tidak dapat dipam keluar.

9.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

a)

Kadar transpirasi tumbuhan di kawasan pergunungan tinggi adalah tinggi kerana suhunya yang rendah.

b)

Kadar transpirasi tumbuhan di kawasan pergunungan tinggi adalah tinggi kerana tekanan udara yang rendah.

c)

Kadar transpirasi tumbuhan di kawasan pergunungan tinggi adalah tinggi disebabkan keamatan cahaya yang tinggi.

d)

Kadar transpirasi tumbuhan di kawasan pergunungan tinggi adalah tinggi disebabkan kelembapan relatif udara yang tinggi.

10.

Pernyataan di bawah adalah benar kecuali

a)

Tindak balas bersandarkan cahaya berlaku di granum.

b)

Elektron yang dibebaskan oleh klorofil akan diterima oleh NADP+.

c)

ATP dihasilkan semasa fotolisis air berlaku.

d)

Gas oksigen dibebaskan semasa tindak balas bersandarkan cahaya.

11.

Antara berikut, yang manakah faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

I Kelembapan udara

II Kepekatan gas oksigen

III Keamatan cahaya

IV Suhu

a)

I dan II sahaha

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

12.

Apakah warna cahaya yang paling sesuai untuk memaksimumkan kadar fotosintesis?

a)

ungu dan biru

b)

merah dan biru

c)

biru dan hijau

d)

merah dan hijau

13.

Titik pampasan bagi pokok paku pakis yang tumbuh di lantai hutan tropika berlaku pada jam 10.00 pagi. Pada pukul berapakah pokok ara yang tumbuh tinggi di hutan yang sama mencapai titik pampasannya?

a)

9.00 pagi

b)

10.00 pagi

c)

11.00 pagi

d)

12.00 tengah hari

14.

Antara berikut, yang manakah benar tentang makronutrien dan fungsinya dalam tumbuhan?

a)

Nitrogen mensintesis kanji

b)

Fosforus mensintesis asid nukleik

c)

Kalsium membentuk membran plasma

d)

Magnesium merupakan komponen selulosa

15.

Nutrien yang berikut menyebabkan klorosis sekiranya dalam keadaan kekurangan kecuali

a)

Klorin

b)

Zink

c)

Magnesium

d)

Nitrogen

16.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tisu E?

a)

Mempunyai vakuol yang besar untuk menyimpan air dan garam mineral.

b)

Sebahagian besar tisu ini terdiri daripada sel-sel parenkima.

c)

Terlibat dalam translokasi bahan organik.

d)

Mengangkut air dan garam mineral.

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan tumbuhan karnivor?

a)
b)
c)
d)
18.

Struktur seperti rajah di atas pada sebatang pokok telah dimusnahkan oleh sejenis bakteria. Apakah yang akan berlaku pada pokok itu?

a)

Pokok tersebut akan mati.

b)

Akan berlaku pembengkakan pada pokok itu.

c)

Pengangkutan bahan organik akan terjejas.

d)

Pokok itu akan patah dan tumbang.

19.

Faktor berikut terlibat dalam laluan air dan garam mineral dari tanah ke daun kecuali

a)

Tekanan akar

b)

Tindakan kapilari

c)

Kadar fotosintesis

d)

Tarikan transpirasi

20.

Antara berikut, yang manakah benar tentang translokasi dalam tumbuhan?

a)

Pengangkutan sukrosa ke dalam tiub tapis adalah melalui pengangkutan pasif.

b)

Pengumpulan sukrosa di dalam tiub tapis menyebabkan keupayaan air di dalam tiub tapis meningkat.

c)

Pergerakan kandungan floem di sepanjang tiub tapis disebabkan kesan penolakan oleh tekanan hidrostatik yang tinggi dalam tiub tapis.

d)

Pergerakan kandungan floem di sepanjang tiub tapis adalah secara pengangkutan aktif.