wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Modul 6.0 Kerja Kemasan I (Part 3) 01/08/2021

Total questions: 5

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

"Bancuhan ini dilepa pada tempat-tempat yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi seperti tangki septik dan kolam takungan air".


Penyataan di atas menunjukkan kerja lepaan yang boleh di buat bagi sesuatu nisbah bancuhan. Berapakah nisbah bancuhan berikut?

a)

1 : 5 (simen : pasir)

b)

1 : 4 (simen : pasir)

c)

1 : 3 (simen : pasir)

d)

1 : 2 (simen : pasir)

2.

Apakah kerja lepaan yang boleh di buat bagi nisbah bancuhan 1 : 3 (simen : pasir)?

a)

Bancuhan ini dilepa pada tempat-tempat yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi seperti tangki septik dan kolam takungan air.

b)

Bancuhan dilepa pada tempat yang menanggung beban seperti bangunan kilang, bengkel berjentera dan lain-lain.

c)

Bancuhan ini dilepa pada bahagian dinding dalam bangunan dengan ketebalan 10-15 mm.

d)

Bancuhan ini dilepa pada lantai bagi sesebuah bangunan

3.

Apakah langkah pertama bagi kerja melepa?

a)

Membersihkan permukaan tembok supaya dalam keadaan bersih daripada sebarang kekotoran.

b)

Ketebalan kesemua mortar ini diukur dengan menggunakan pemaras kayu panjang bersama aras spirit bagi mengukur kerataan permukaan dinding dari semua sudut.

c)

Membancuh mortar mengikut nisbah yang diperlukan.

d)

Teknik lepaan ini bermula dari bawah membawa ke atas permukaan tembok dengan menggunakan pemaras keluli dan juga pemegang mortar.

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan anak merah yang dilabelkan di dalam foto di atas?

a)

Teknik lepaan ini bermula dari bawah membawa ke atas permukaan tembok dengan menggunakan pemaras keluli dan juga pemegang mortar.

b)

Proses penandaan perlu dijalankan pada permukaan tembok yang hendak dilepa. Proses ini ditandakan dengan melekatkan tompokan mortar pada ketebalan yang dikehendaki pada tembok berkenaan.

c)

Memulakan lepaan dari permukaan tembok yang tinggi dahulu kemudian turun ke bawah.

d)

Melakukan lapisan akhir (finishing) bagi meratakan permukaan tembok luar menggunakan

pemaras kayu panjang.

5.

Foto di atas menunjukkan kerja melepa yang telah dilakukan. Apakah alatan-alatan yang digunakan dalam kerja melepa tersebut? Pilih 3 sahaja.

a)

Kayu pemaras panjang

b)

Cangkul

c)

Pemaras keluli

d)

Bantalan

e)

Bekas pemegang mortar