WorksheetsGEOGRAFI TING 5 KSSM BAB 9 (B2)
Total questions: 19
Worksheet time: 12mins
Apakah faktor yang menyebabkan perkembangan aktiviti agropelancongan di Malaysia?
Terdapat pulau-pulau yang cantik
Penganjuran acara sukan bertema
Terdapat banyak tempat bersejarah
Pelbagai spesies buah-buahan tempatan
Maklumat berikut adalah merujuk kepada faktor yang menggalakan aktiviti pelancongan di Malaysia?
*Air terjun
*Gua batu kapur
Apakah jenis pelancongan yang dapat dikaitkan dengan maklumat di atas?
Ekopelancongan
Agropelancongan
Pelancongan bertema
Pelancongan budaya dan warisan
Berikut adalah lokasi industri di Malaysia.
*Shah Alam
*Tg Malim
Apakah jenis industri utama yang terdapat di kawasan tersebut?
Besi dan keluli
Elektrik dan elektronik
Industri besi dan keluli
Pemasangan kenderaan
Berikut adalah kawasan tanah rancangan di Malaysia.
*FELDA Jengka, Pahang
*FELDA Sahabat, Sabah
Apakah kegiatan ekonomi yang mempengaruhi petempatan di kawasan tersebut?
Pertanian
Perikanan
Pelancongan
Perindustrian
Apakah kepentingan pengangkutan darat di Malaysia dari aspek ekonomi?
Mewujudkan petempatan baru
Meningkatkan mobiliti penduduk
Memajukan sektor perindustrian
Memperkembangkan sistem pendidikan
Bagaimanakah faktor fizikal menggalakan kegiatan pertanian di Malaysia?
Memberi pinjaman modal
Jaringan pengangkutan yang baik
Pembinaan sistem pengairan yang cekap
Kawasan tanah beralun yang bersaliran baik
Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan industri elektrik dan elektronik di Malaysia?
Pemindahan teknologi
Kemasukan pelabur asing
Perkembangan petempatan
Mempunyai modal yang banyak
Apakah faktor yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi seperti dalam foto di atas?
Sungai yang bersih dan panjang
Terdapat benih ikan dari luar negara
Banyak kawasan terumbu karang
Mendapat permintaan yang tinggi
Apakah aktiviti ekonomi yang dijalankan di lokasi X?
Perindustrian
Pembalakan
Pelancongan
Pertanian
Apakah kepentingan perkhidmatan pengangkutan udara kepada ekonomi Malaysia?
Meningkatkan inflasi
Menambah jumlah buruh asing
Menurunkan jumlah kemalangan
Menggalakkan aktiviti pelancongan
Apakah kepentingan jaringan pengangkutan terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia?
Mencantikkan landskap
Peningkatan mobiliti penduduk
Meningkatkan intergrasi nasional
Memudahkan mengangkut hasil pertanian
Apakah kegiatan ekonomi utama yang dijalankan di Thailand?
Pembuatan tayar
Pembalakan
Ekopelancongan
Penanaman padi
Antara berikut, yang manakah kesan kemasukan pelabur asing ke Malaysia?
Kos buruh menurun
Pemindahan teknologi
Peningkatan modal asing
Perluasan pasaran barangan Malaysia
Apakah faktor yang mempengaruhi aktiviti penanaman kelapa sawit di Indonesia?
Tanih gambut
Suhu kurang 27 darjah celcius
Kawasan beralun
Hujan tahunan 2600 mm
Mengapakah kegiatan ekonomi automatif boleh berkembang pesat di negara Jepun?
Subsidi daripada pihak kerajaan
Bekalan tenaga buruh yang ramai
Teknologi tinggi dalam kejuruteraan robotik
Mempunyai kawasan tanah pamah yang subur
Apakah kepentingan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) kepada negara-negara anggotanya?
Mengurangkan tarif barangan
Menggunakan mata wang yang sama
Kemudahan industri gas dan petroleum
Kerjasam dalam pembuatan automotif
*Terdapat pulau-pulau yang menarik
*Diiktiiraf sebagai kawasan geopark
Lokasi ekopelancongan dalam maklumat di atas mungkin sekali dikaitkan dengan kawasan
Pulau Sipadan
Pulau Pangkor
Pulau Langkawi
Pulau Perhentian
Apakah kepentingan negara Malaysia menyertai pertubuhan ASEAN?
Meluaskan pasaran barangan
Pertambahan cukai import
Peningkatan harga barangan eksport
Peningkatan perdagangan antarabangsa
Apakah faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan sektor pembuatan di Malaysia?
Permintaan yang tinggi
Terdapat kemudahan jalan raya
Tanah pamah yang rata dan luas
Bekalan bahan mentah yang banyak
