wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tingkatan 3: 6.1 Penjanaan Tenaga Elektrik

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai sumber tenaga. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga boleh baharu?

a)

Sumber tenaga yang boleh digunakan selama 10 tahun sahaja

b)

Sumber tenaga yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti

c)

Sumber tenaga yang tidak akan habis digunakan

d)

Sumber tenaga yang dihasilkan oleh mineral daripada kerak Bumi

2.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan contoh tenaga yang boleh baharu?

a)
b)
c)
d)
3.

Rajah di bawah menunjukkan generator ringkas yang digunakan untuk mengkaji penghasilan arus elektrik. Apakah komponen utama dalam alat di bawah yang digunakan untuk menjana arus?

a)

Magnet dan LED

b)

Engkol dan solenoid

c)

Solenoid dan dawai

d)

Magnet dan dawai

4.

Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen mengkaji penghasilan tenaga elektrik. Bagaimanakah arus elektrik terhasil?

a)

Pemotongan medan magnet oleh magnet

b)

Gerakan pantas magnet

c)

Pemotongan medan magnet oleh solenoid

d)

Pemotongan medan magnet oleh dawai

5.

Rajah menunjukkan satu eksperimen. Bagaimanakah arus aruhan dapat dikesan dalam esperimen di bawah?

a)

Jarum Galvanometer terpesong

b)

Pusingan dawai menjadi perlahan

c)

Magnet menghasilkan medan magnet

d)

Jarum ammeter bergerak laju

6.

Nyatakan BENAR dan PALSU pada pernyataan di bawah :

a)

Benar

b)

Palsu

7.

Rajah di bawah menunjukkan prinsip kerja generator. Antara stesen jana kuasa berikut, yang manakah tidak menggunakan alat di atas untuk menghasilkan tenaga elektrik?

a)

Stesen Jana Kuasa Hidroelektrik

b)

Stesen Janakuasa Solar

c)

Stesen Jana Kuasa Arang Batu

d)

Stesen Jana Kuasa Diesel

8.

Rajah di bawah menunjukkan Michael Faraday. Apakah sumbangan beliau dalam dunia keelektrikan dan kemagnetan?

a)

Menghasilkan medan magnet

b)

Menghasilkan kaedah yang boleh menghasilkan arus elektrik

c)

Mencipta generator di stesen jana kuasa

d)

Menemui medan magnet

9.

Rajah di bawah menunjukkan kincir angin. Mengapakah sumber tenaga angin tidak sesuai dijana di Malaysia?

a)

Purata angin yang sangat laju menyebabkan kincir angin rosak

b)

Purata angin di Malaysia rendah

c)

Dibantah oleh NGO kerana pencemaran bunyi akibat bilah kincir yang bising

d)

Risiko kepada burung yang terbang

10.

Solar panel yang dipasang oleh LSS di Sepang memakan ruang tanah yang sangat besar. Apakah kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah ini?

a)

Mengurangkan saiz solar panel

b)

Memasang solar panel secara menegak bagi menjimatkan ruang

c)

Memasang solar panel di dalam kawasan perumahan

d)

Memasang solar panel di atas permukaan laut

11.

Antara berikut yang manakah penjana elektrik yang tidak terdapat di Malaysia

a)

Penjana elektrik hidro

b)

Penjana elektrik diesel

c)

Penjana elektrik nuklear

d)

Penjana elektrik terma

12.

Rajah menunjukkan sebuah untuk menyalakan LED. Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku.

a)

Tenaga keupayaan kepada tenaga elektrik

b)

Tenaga cahaya kepada tenaga elektrik

c)

Tenaga haba kepada tenaga elektrik

d)

Tenaga kinetik kepada tenaga elektrik

13.

Berdasarkan pada Rajah, cadangkan dua cara untuk membolehkan mentol LED itu menyala dengan terang.

a)

Menambahkan bilangan lilitan dawai kuprum

b)

Menambahkan bilangan rod logam

c)

Mengurangkan bilangan lilitan dawai

d)

Mengurangkan kelajuan putaran rod logam

14.

Apakah nama penjana kuasa elektrik berikut?

a)

Penjana elektrik turbin gas

b)

Penjana elektrik hidro

c)

Penjana elektrik nuklear

d)

Penjana elektrik terma

15.

Mana satukah penjana elektrik diesel?

a)
b)
c)
d)
16.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

a)

Kayu api

b)

Bahan radioaktif

c)

Matahari

d)

Biojisim

17.

Stesen janakuasa yang manakah menggunakan kayu api sebagai sumber tenaga?

a)

Biojisim

b)

Nuklear

c)

Terma

d)

Hidroelektrik

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan tenaga boleh baharu?

a)

Nuklear

b)

Arang batu

c)

Solar

d)

Petroleum

19.

Alat yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik ialah _______

a)

Galvanometer

b)

Solenoid

c)

Magnet

d)

Generator

20.

Dua komponen utama yang menjana arus dalam model generator ialah ______ dan _______

a)

Magnet

b)

Mentol

c)

Solenoid (dawai penyambung)

d)

Transformer

21.

Antara penjana berikut, yang manakah tidak menggunakan turbin untuk menghasilkan elektrik?

a)

Penjana nuklear

b)

Penjana solar

c)

Penjana hidroelektrik

d)

Penjana terma

22.

Stesen jana kuasa yang menggunakan sumber tenaga tidak boleh baharu seperti diesel dan arang batu, dikenali sebagai _______

a)

Stesen jana kuasa terma

b)

Stesen jana kuasa hidroelektrik

c)

Stesen jana kuasa biojisim

d)

Stesen jana kuasa solar

23.

Uranium dan plutonium adalah sumber tenaga _______

a)

Hidroelektrik

b)

Nuklear

c)

Terma

d)

Solar

24.

Alat elektronik yang boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan bentuk graf, arah arus dan perubahan voltan ialah ___________

a)

Generator

b)

Turbin

c)

Osiloskop Sinar Katod

d)

Transformer

25.

Antara berikut, yang manakah benar tentang arus terus?

a)

Dijanakan di stesen jana kuasa

b)

Mengalir dalam dua arah

c)

Voltannya boleh diturun dan dinaikkan

d)

Dihasilkan oleh sel suria