wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sirah Tahun 2:Nabi Muhammad Sahabat Sejati

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan ciri-ciri sahabat Nabi Muhammad (SAW).

a)

Sempat bertemu dengan Nabi Muhammad(SAW), tidak beriman dengan Baginda serta mati dalam kekufuran.

b)

Sempat bertemu dengan Nabi Muhammad (SAW), beriman dengan Baginda serta mati dalam Islam.

c)

Tidak sempat bertemu dengan Nabi Muhammad(SAW), beriman dengan Baginda,serta mati dalam Islam.

2.

Beliau merupakan Khalifah Islam pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW) dan sahabat terawal yang memeluk Islam. Siapakah nama sahabat Nabi ini?

a)

Bilal Bin Rabah

b)

Sumayyah Bintu Khaiat

c)

Abu Bakar As-Siddiq

3.

Semua kenyataan berikut benar tentang sahabat Nabi bernama Bilal Bin Rabah KECUALI......

a)

muazzin Rasulullah (SAW).

b)

hamba terawal yang memeluk Islam.

c)

dibunuh dengan kejam.

4.

Apakah maksud "muazzin"?

a)

Orang yang bertasbih dan berselawat.

b)

Orang yang melaungkan azan.

c)

Orang yang menjadi imam dalam solat berjamaah.

5.

Beliau adalah wanita pertama yang mati Syahid,suami dan anaknya juga dibunuh dengan kejam.Meninggal dunia sebelum hijrah.Siapakah nama sahabat Nabi ini?

a)

Ali Bin Abi Talib

b)

Bilal Bin Rabah

c)

Sumayyah Bintu Khaiat

6.

Pilih kenyataan yang BENAR tentang sahabat nabi ,iaitu Ali Bin Abi Talib.

a)

Beliau merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad (SAW).

b)

Beliau merupakan Khalifah Islam ke-2 selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW).

c)

Beliau adalah pemuda pertama yang memeluk Islam.

7.

Kenyataan manakah yang BENAR tentang akhlaq Nabi Muhammad (SAW) terhadap sahabat-sahabat Baginda?

a)

Kasar,mengutamakan diri sendiri,menyombong diri.

b)

Prihatin, merendah diri, mengutamakan sahabat.

c)

kedekut, mementingkan diri, pemarah.

8.

Saidina Abu Bakar dipanggil "As-Siddiq" oleh Nabi Muhammad (SAW). Apakah pengajaran daripada akhlaq Nabi Muhammad (SAW) ini kepada kita semua?

a)

Kita hendaklah sentiasa memuji sahabat kita.

b)

Kita hendaklah memanggil rakan dengan panggilan yang baik.

c)

Kita hendaklah sentiasa berada di samping sahabat kita.

9.

Seorang rakan kamu tidak sempat menyalin nota pelajaran yang diberikan oleh guru di dalam kelas.Apakah tindakan yang boleh kamu lakukan untuk membantu rakan kamu itu?

a)

Memberi pinjam buku nota untuk disalin oleh rakan.

b)

Mengherdik dan menyakiti hati rakan.

c)

Mentertawakan rakan dan tidak ambil peduli.

10.

Rumah sahabat kamu musnah akibat bencana banjir. Apa yang patut kamu lakukan?

a)

Menghulurkan bantuan-bantuan mengikut kemampuan.

b)

Menasihati agar berpindah dari tempat bencana.

c)

Tidak ambil peduli dan menyerahkan pada pihak berkuasa.