wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA MAJMUK KIASAN

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Keenakan nasi ayam yang dijual oleh Makcik Zarrah menjadi _________________ penduduk di sekitarnya.

a)

buah mulut

b)

buah mata

c)

buah hati

d)

buah otak

2.

Kejayaan Amri dalam perniagaan emas telah menjadikannya _______________ dan hanya memilih kawan yang berada sahaja

a)

hidung panjang

b)

hidung tinggi

c)

hidung mancung

d)

hidung bulat

3.

Sudah empat tahun Melissa ___________ sebagai kerani di kilang membuat sabun itu.

a)

makan gaji

b)

makan hati

c)

makan-makan

d)

makan malam

4.

Penat lelah Syukri mem__________ mencari rezeki telah membuahkan hasil hingga dia berjaya membeli sebuah banglo.

a)

putih tulang

b)

ringan tulang

c)

banting tulang

d)

berat tulang

5.

Alisya Lim masih ___________ untuk menjadi seorang penyanyi walaupun keinginannya dihalang oleh keluarganya.

a)

ada hati

b)

makan hati

c)

jauh hati

d)

susah hati

6.

Terence tidak suka bergaul dengan rakan-rakannya kerana sikapnya yang ____________ dan pemalu.

a)

pandang rendah

b)

rendah diri

c)

rendah badan

d)

rendah suara

7.

Perniagaan atas talian yang dijalankan Amira menjadi __________ untuk dia memperkenalkan baju rekaannya.

a)

batu hati

b)

batu api

c)

batu meloncat

d)

batu loncatan

8.

Sikap Azura yang ______________ itu sangat disenangi oleh orang lain.

a)

putih tulang

b)

ringan tulang

c)

berat tulang

d)

tulang reput

9.

Mak Noni ber______________ mengusahakan ladang sayur-sayurannya pada setiap hari.

a)

berat tulang

b)

putih mata

c)

sengkang mata

d)

mandi peluh

10.

Walaupun sudah menjadi artis terkenal, Jannah tidak pernah bersikap ________________

a)

berat mulut

b)

buaya darat

c)

hidung tinggi

d)

beri muka

11.

Sudah lama Maisarah tidak berjumpa dengan __________nya yang merantau ke kota untuk mencari rezeki

a)

buta hati

b)

cahaya mata

c)

buah hati

d)

bapa ayam

12.

Akil memendamkan hasratnya untuk menyertai Kelab Bola Sepak Sekolah kerana dia ________________.

a)

tangan panjang

b)

kaki bangku

c)

kaki emas

d)

muka tebal

13.

Azlina menjawab semua soalan kuiz teka silang kata dengan tepat kerana dia _____________________.

a)

otak cair

b)

otak beku

c)

otak kuning

d)

otak-otak

14.

Maya mudah mendapat kawan kerana dia seorang yang ________________________.

a)

berat mulut

b)

mulut murai

c)

mulut tempayan

d)

ringan mulut

15.

Mashitah membawa ___________ ketika melawat Rafifi di hospital.

a)

buah muda

b)

buah fikiran

c)

buah hati

d)

buah tangan

16.

Kok Seng digelar ___________ kerana dia suka menyendiri di sekolah.

a)

kera seberang

b)

kera sumbang

c)

kera sembang

d)

kera sebatang

17.

Pengadil yang mengadili perlawanan pertandingan badminton itu dicemuh oleh penonton kerana _________.

a)

ringan tulang

b)

ada hati

c)

berat sebelah

d)

buah hati

18.

Suasana di dalam restoran itu sangat damai sambil para pengunjungnya diperdengarkan dengan lagu irama asli Melayu sebagai __________.

a)

buah hati

b)

anak watan

c)

halwa telinga

d)

anak emas

19.

Pak Abu _______________________ membina semula kandang lembunya yang runtuh akibat ribut kelmarin.

a)

mulut murai

b)

anak angkat

c)

membanting tulang

d)

goyang kaki

20.

Saya telah _________ pada keindahan Gunung Lang ini.

a)

jatuh hati

b)

halwa telinga

c)

atas angin

d)

langkah kanan

21.

Kicauan unggas menjadi ___________________ yang amat menghiburkan.

a)

atas angin

b)

jatuh hati

c)

halwa telinga

d)

tanda mata

22.

Zali ________________ kerana berpeluang melihat bunga Rafflesia yang unik semasa menerokai hutan di Maliau Basin.

a)

langkah kanan

b)

alas perut

c)

halwa telinga

d)

tanda mata

23.

Zali telah membeli sehelai baju dan rantai kunci sebagai _______________ di kedai cenderamata Maliau Basin.

a)

langkah kanan

b)

alas perut

c)

halwa telinga

d)

tanda mata

24.

Amran tidak pandai bermain bola sepak. Dia __________________.

a)

Kaki tipu

b)

Kaki ayam

c)

Kaki bangku

d)

kaki panjang

25.

Mahmud dan Maimun sering _________ kerana tidak bersependapat dalam banyak perkara.

a)

mengadu domba

b)

bertikam lidah

c)

bertikam mulut

d)

perang saudara

26.

Karimah tidak _______ meninggalkan neneknya yang telah tua dan uzur itu untuk bekerja di bandar.

a)

sagu hati

b)

sakit hati

c)

makan hati

d)

sampai hati

27.

Rumah Encik Alif hangus dalam suatu kebakaran. Beliau dan keluarganya tinggal____________ .

a)

sehelai sepinggang

b)

sebatang kara

c)

anak yatim

d)

seribu langkah

28.

Cikgu Melah tidak dapat membaca nota yang tertulis di atas kerta itu keran tulisan penulisnya yang _____________

a)

kaki ayam

b)

cakar ayam

c)

sabung ayam

d)

ayam telur

29.

Aina membawa ____________ ketika menziarahi sahabat karibnya di hospital.

a)

buah mulut

b)

buah hati

c)

buah tangan

d)

buah fikiran

30.

Adik terjaga daripada tidur apabila ayah cuba memetik suis kipas. Adik saya memang ___________.

a)

telinga kuali

b)

pekak badak

c)

telinga lintah

d)

panas telinga

31.

Pada cuti sekolah, ayah dan ibu sering membawa kami ___________ untuk menikmati keindahan alam.

a)

kaki ayam

b)

kutu embun

c)

makan angin

d)

kaki bangku

32.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
33.

Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Jepun dengan ___________ .

a)

bekas tangan

b)

tangan terbuka

c)

buah tangan

d)

panjang tangan

34.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
35.

Anak-anak Wak Jelan _________ kerana rajin mengemas rumah.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

ringan mulut

d)

ayam tambatan

36.
Kawan-kawannya tidak suka akan perangai Intan yang  __________ kerana dia selalu mengada-ngada.
a)
buruk makan
b)
banyak lemak
c)
hati batu
d)
lipas kudung
37.

Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana tidak mempunyai pelanggan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

a)

goyang kaki

b)

langkah bendul

c)

hutang darah

d)

gulung tikar

38.

Maksud: Penglihatan kurang jelas.

a)

Mata air

b)

Rabun ayam

c)

Cahaya mata

d)

Mata-mata

39.

Maksud: Bercakap besar tanpa ilmu.

a)

Batu api

b)

Buah fikiran

c)

Mulut tempayan

d)

Tin kosong

40.

Maksud: Kuat bercakap

a)

Mulut murai

b)

Kaki bangku

c)

Mulut tempayan

d)

Hidung tinggi