WorksheetsP10 AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Maksud ahli sunnah wal jamaah ialah
Kumpulan minoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah
Sebahagian umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah
Sebahagian umat Islam memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat
Berikut adalah nama lain bagi Ahli Sunnah wal Jamaah KECUALI______
Assalafussoleh
Al-Asya'riah
Al-Maturidiyyah
Ahlul Quran
PRINSIP:
Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan ______ dan beramal dengan _______ sebagai bukti kesempurnaan iman.
tulisan, sembunyi
hati, lidah
lidah, perbuatan
kata-kata, hati
PRINSIP:
Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah, namun manusia ________ atau kehendak untuk melakukannya atau tidak serta dihitung baginya pahala dan dosa.
perlu lakukan semuanya
tidak diberi pilihan
dipaksa melakukannya
diberi pilihan
Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah dan merupakan ________ Allah kepada manusia.
azab
rahmat
perutusan
nasihat
Syiah ialah kumpulan yang menuntut supaya ______________ dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW
Abu Bakar Assidiq
Ali bin Abu Talib
Wasil bin Ata'
malaikat
Kumpulan yang berpaling tadah daripada mentaati Saidina Ali bin Abi Talib kerana tidak berpuas hati dengan kepututusan Majlis Tahkim.
Penyataan ini merujuk kepada_____
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Ahlul hadis
Kumpulan yang diasaskan oleh wasil bin Ata' pada awal kurun ke 2 Hijrah.
Penyataan ini merujuk kepada______
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Ahlul hadis
Menyakini bahawa imam-imam mereka maksum.
Penyataan ini merujuk kepada prinsip_____
Syiah
Khawarij
Muktazilah
Ahlul Hadis
Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam prinsip utama golongan syiah ?
beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir
meyakini bahawa imam2 adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar
Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah SAW
Menambah nama Saidina Ali RA dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW
Prinsip utama golongan Khawarij ialah jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada ______
jabatan agama
rakyat
hakim
pemerintah
Golongan Khawarij menyatakan bahawa Saidina Ali RA telah melakukan dosa besar serta kufur kerana ...
mengarahkan untuk mengadakan majlis tahkim
merasmikan majlis tahkim
menolak majlis tahkim
bersetuju mangadakan majlis tahkim
Muktazilah ialah kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata' setelah berlaku perbezaan pendapat dengan _______ Hasan Al-Basri tentang ________.
ibu bapa, didikan agama
guru, pelaku dosa besar
bapa saudaranya, kesalahan besar
sepupunya, halal dan haram
Prinsip utama golongan Muktazilah ialah meyakini manusia _______ sepenuhnya atas perbuatan mereka tanpa ditentukan Allah.
memelihara
mementingkan
bertanggungjawab
menunaikan
Nyatakan pandangan golongan Muktazilah tentang Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalam Allah yang bersifat Qadim
pelaku dosa besar dianggap kafir
Al-quran ialah makhluk yang bersifat hadis
Al-quran ialah panduan hidup
Nyatakan pandangan ahli sunnah wal Jamaah tentang melihat Allah SWT
Allah tidak dapat dilihat dengan mata kasar
seseorang yang beriman dapat melihat Allah pada hari akhirat
mustahil makhluk boleh melihat Allah
Allah dapat dilihat jika beramal soleh
Berikan pendapat golongan Khawarij tentang pelaku dosa besar.
pelaku dosa besar tetap dikira mukmin bukan kafir
pelaku dosa besar kekal di dalam neraka
pelaku dosa besar yang tidak bertaubat akan dihukum fasak
pelaku dosa besar dianggap kafir
Muktazilah mengatakan bahwa qada' dan qadar ialah setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada _______ semata-mata
Allah SWT
Rasulullah SAW
manusia
para pendakwah
Golongan khawarij dan muktazilah menyatakan iman ada apabila melakukan ____ dan hilang apabila melakukan _____
kebaikan, kemungkaran
kejahatan, kebaikan
kejahatan, keburukan
amal ibadah, amalan sunat
Berpegang kepada akidah Ahli Sunah Wal Jamaah penting untuk...
dibenci Allah
mendorong manusia melakukan kejahatan
mengelakkan umat Islam terjebak dengan ajaran sesat
menggalakkan manusia melakukan maksiat
Berpegang kepada akidah Ahli Sunah wal Jamaah penting untuk membersihkan akidah daripada sebarang...
kekotoran
kekeliruan
keburukan
kemaksiatan
