NEW
Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 1 Bab 13
Total questions: 12
Worksheet time: 3600secs
Antara berikut, penyataan yang manakah benar tentang sisa domestik?
I. Terdiri daripada pepejal dan cecair
II. Sisa makanan dan botol plastik sahaja
III. Sisa harian yang dihasilkan di kawasan perindustrian
IV. Dikategorikan sebagai bahan organik dan bukan organik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan sisa domestik bahan organik?
A. Kertas
B. Botol kaca
C. Besi buruk
D. Tin aluminium
Antara berikut, yang manakah merupakan sisa cecair?
I. Minyak masak
II. Sisa kumbahan
III. Botol air mineral
IV. Lampin pakai buang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Rajah berikut berkaitan dengan sisa domestik. Apakah X?
A. Sisa bukan organik
B. Sisa organik
C. Sisa pepejal
D. Sisa cecair
Antara berikut, yang manakah contoh sisa pepejal?
I. Logam
II. Perabot
III. Kumbahan
IV. Minyak masak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Foto berikut menunjukkan beberapa contoh sisa domestik. Apakah kategori sisa domestik tersebut?
A. Sisa cecair
B. Sisa pepejal
C. Sisa organik
D. Sisa bukan organik
Apakah kesan pengurusan sisa domestik yang tidak cekap terhadap alam sekitar?
A. Pencemaran udara
B. Kerosakan harta benda
C. Penularan wabak penyakit
D. Peningkatan kos penyelenggaraan
Rumah Nadia terletak berhampiran dengan tapak pembuangan sampah yang terbiar. Antara berikut, penyakit yang manakah mungkin akan menjangkiti Nadia
A. Demam kuning
B. Demam kepialu
C. Demam campak
D. Demam dementia
Antara berikut, penyataan yang manakah benar tentang pencemaran bau yang disebabkan oleh pengurusan sisa domestik yang tidak cekap?
A. Penanaman sisa domestik
B. Pembakaran sisa tanaman
C. Timbunan sisa domestik yang tidak diurus
D. Timbunan sisa pelepah kelapa sawit di ladang
Antara berikut, yang manakah fungsi loji Waste to Energy (WtE)?
I. Mengurangkan sisa pelupusan
II. Mengurangkan pencemaran bau
III. Menghasilkan barangan baharu
IV. Menggunakan semula bekas makanan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Bagaimanakah kesan pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan?
A. Membazirkan makanan
B. Membuka tapak pelupusan sampah baharu
C. Menanam sisa domestik di kawasan perumahan
D. Menggunakan pinggan yang diperbuat daripada ubi kayu
Bagaimanakah amalan 3R dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik?
A. Mengitar semuka bateri
B. Menggunakan semula picagari
C. Menggunakan semula bekas minuman
D. Mengurangkan penggunaan pinggan plastik
