wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MESIN RINGKAS TAHUN 6

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan satu situasi. Berdasarkan situasi tersebut, apakah maksud yang paling tepat bagi mesin ringkas?

a)

Alat yang mudah digunakan

b)

Alat kecil yang mempunyai pelbagai fungsi

c)

Alat yang terdiri daripada beberapa mesin ringkas

d)

Alat yang membantu memudahkan dan mempercepat kerja

2.

Rajah menunjukkan seorang pekerja sedang memotong papan. Apakah mesin ringkas yang digunakan oleh pekerja itu?

a)

Gear

b)

Skru

c)

Baji

d)

Satah Condong

3.

Rajah menunjukkan dua orang pekerja sedang mengangkat sebuah almari ke atas lori. Antara mesin berikut, yang manakah dapat mempercepat kerja mereka?

a)

Tuas

b)

Takal

c)

Satah condong

d)

Roda dan gandar

4.

Mesin ringkas ini berfungsi untuk menyatukan dan mengetatkan papan atau besi. Apakah jenis mesin ringkas ini?

a)

Baji

b)

Satah condong

c)

Gear

d)

Skru

5.

Rajah menunjukkan satu kejadian di jalan raya. Antara berikut, objek yang manakah paling sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam rajah ini?

a)

Bongkah batu dan sebatang rod besi yang panjang

b)

Takal dan tali

c)

Sebatang kayu dan roda

d)

Sebilah kapak dan skru

6.

Mesin ringkas ini berfungsi untuk menyatukan dan mengetatkan papan atau besi. Apakah jenis mesin ringkas ini?

a)

Baji

b)

Satah condong

c)

Gear

d)

Skru

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan mesin kompleks?

a)

Alat yang sukar dikendalikan

b)

Alat yang berfungsi berasaskan sistem komputer

c)

Alat yang boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kerja

d)

Alat yang terdiri lebih daripada gabungan dua atau lebih mesin ringkas

8.

Seorang pekerja binaan telah menggunakan kren untuk mengangkat beban yang sangat berat. Apakah mesin ringkas yang terdapat pada kren tersebut?

a)

Roda dan gandar

b)

Tuas dan gear

c)

Tuas dan takal

d)

Roda dan takal

9.

Rajah menunjukkan satu alat. Antara berikut, prinsip mesin ringkas yang manakah terdapat pada alat ini?

a)

Baji dan takal

b)

Baji dan tuas

c)

Skru dan gear

d)

Roda dan gandar serta tuas

10.

Rajah menunjukkan penggunaan satu mesin kompleks. Apakah jenis mesin ringkas yang terdapat pada mesin kompleks ini?

a)

Gear dan skru

b)

Skru dan tuas

c)

Tuas dan roda dan gandar

d)

Roda dan gandar dan gear

11.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan mesin lestari?

a)

Mesin yang canggih dan tidak akan rosak

b)

Mesin yang mampu dimiliki dan menjimatkan masa

c)

Mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan, mesra alam, mudah dan selamat

d)

Mesin yang tahan lasak, menjimatkan, selamat dan mampu dimiliki

12.

Rajah menunjukkan sebuah mesin menuai padi yang digunakan oleh petani di sawah padi. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kelebihan menggunakan mesin tersebut?

a)

Kerja penuaian menjadi lebih kompleks

b)

Hasil tuaian petani semakin bertambah

c)

Memerlukan masa yang panjang untuk menuai padi

d)

Memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk menyelesaikan kerja-kerja penuaian

13.

Apakah fungsi baji dalam penyendal pintu?

a)

Memotong objek

b)

Mengangkat objek

c)

Memutarkan objek

d)

Memberhentikan objek

14.

Pernyataan manakah benar tentang pergerakan gear dalam sebuah mesin?

a)

Gear besar berputar lebih laju daripada gear kecil

b)

Gear besar berputar lebih perlahan daripada gear kecil.

15.

Bagaimanakah pengasah pensil mekanikal boleh membantu murid?

a)

Lebih selamat digunakan.

b)

Menjimatkan petroleum

c)

Mencegah pencemaran udara

d)

Kerja dapat dilakukan dengan cepat dan mudah