Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

9.1 dan 9.2 bab 9

Total questions: 21

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

9.1 Latar belakang Dasar Luar

1. Hubungan Luar Sebelum Merdeka.

Sebelum Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan awal seperti P'an-P'an, Langkasuka dan Chih-t'u telah mengadakan hubungan dengan negara ?

a)

Arab

b)

India

c)

China

d)

Barat

2.

2. Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan dengan pelbagai kerajaan di rantau dan di luar Alam Melayu pada abad ke 15&16 melalui dua bentuk hubungan. Apakah bentuk tersebut?

a)

perkahwinan dan perdagangan

b)

diplomatik dan perdagangan

c)

perdagangan dan keselamatan

d)

pertahanan dan perkahwinan

3.

Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan hubungan luar KMM abad ke 15?

i. Menjamin kemakmuran Melaka

ii. Mengekalkan penguasaan perdagangan

iii. Mempercepatkan kekayaan Melaka

iv. Menjamin kehidupan rakyat

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

4.

3. Zaman British

Pada zaman British, hal ehwal luar negeri Melayu, NNS, Sarawak dan Sabah dikawal oleh?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Gabenor

c)

Dewan Senat London

d)

Pejabat Tanah Jajahan

5.

4. Selepas Kemerdekaan

Apakah perkembangan dasar luar yang pertama semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj?

a)

Antibarat dan prokomunis

b)

Probarat dan antikomunis

c)

Probarat dan prokomunis

d)

Antibarat dan antikomunis

6.

Apakah perkembangan dasar luar kedua semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein

a)

Menjalinan hubungan perdagangan dan keselamatan

b)

Bersikap probarat dalam hal ehwal antarabangsa

c)

menjalan pentadbiran autokratik

d)

Menjalinkan hubungan tanpa mengira ideologi

7.

Sebagai warganegara Malaysia, apakah tindakan kita bagi memastikan Malaysia dihormati oleh negara lain?

a)

bekerjasama dengan pemimpin

b)

Bertindak matang dalam mengambil keputusan

c)

Memihak kepada pentadbiran negara sendiri

d)

Tidak terburu-buru dalam tindakan

8.

9.2 Asas Penggubalan Dasar Luar

Penggubalan Dasar Luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan politik, ekonomi dan sosial pada peringkat?

a)

Budaya dan pengukuhan kerjasama

b)

Domestik dan antarabangsa

c)

Import dan eksport

d)

Pertahanan dan kebudayaan

9.

Pada tahun 1966, nama Kementerian Hal Ehwal Luar diubah menjadi?

a)

Kementerian Negeri Luar

b)

Kementerian Ehwal Luar Negeri

c)

Kementerian Luar Negeri

10.

Pada 17 September 2001, Kementerian Luar Negeri telah memulakan operasinya di Wisma Putra. Apakah peranan Wisma Putra?

i. menjaga keselamatan domestik

ii. menjaga hubungan diplomatik

iii. menggubal dasar luar

iv. menjaga kepentingan nasional

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

11.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar?

i. mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

ii. . melindungi kepentingan domestik

iii. menghadapi cabaran keselamatan

iv. memupuk hubungan baik dengan negara luar

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Faktor Penggubalan Dasar Luar

1. Ikatan Sejarah

Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, Mesir, Yaman, dan Turki dipengaruhi oleh ikatan?

a)

Sejarah

b)

Keagamaan

c)

Kebudayaan

d)

Perdagangan

13.

Selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah menyertai satu pertubuhan. Apakah pertubuhan tersebut?

a)

Komanwel

b)

NAM

c)

OIC

d)

Olimpik

14.

masih boleh teruskan ke?

a)

let's go !

b)

so tired >_<

c)

not bad, okay je

15.

2. Keperluan Nasional

Apakah maksud keperluan nasional?

a)

keutamaan kepentingan negara

b)

hubungan diplomatik tunjang persepakatan

c)

kehendak kebangsaan

d)

politik, ekonomi dan sosial

16.

Apakah perkiraan utama dalam membentuk dasar luar dengan negara serantau?

a)

politik, ekonim dan sosial

b)

kedudukan strategik

c)

persempadanan

d)

hasil perdagangan

17.

Malaysia mengamalkan dasar luar yang?

a)

moden dan berteknologi

b)

bersifat demokratik sahaja

c)

menguntungkan

d)

bebas dan berkecuali

18.

3. Kepimpinan

Apakah asas penting dalam penggubalan Dasar Luar Malaysia?

a)

Rakyat yang berdisiplin

b)

Pemimpin yang bijak

c)

Negara luar yang baik

d)

kepentingan keselamatan

19.

4. Persekitaran Luar

Perkembangan politik, ekonomi dan sosial antarabangsa yang sentiasa berubah menyebabkan penggubalan dasar luar Malaysia disesuaikan dengan?

a)

Kedaulatan

b)

Perjanjian yang termeterai

c)

Perubahan semasa

d)

pertukaran duta

20.

Malaysia mengubah dasar daripada probarat kepada _____________ berdasarkan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an.

a)

berkecuali

b)

anti barat

c)

pro komunis

21.

Berapakah peratus yang anda faham akan pembelajaran pada hari ini?

a)

100%

b)

60%

c)

40%

d)

10%

e)

-10%