Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

10.3 MEKANISME DENYUTAN JANTUNG

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud miogenik?

a)

Kebolehan peparu untuk mengecut secara beritma dan automatik tanpa kawalan saraf

b)

Kebolehan jantung untuk mengecut secara beritma dan automatik tanpa kawalan saraf

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan perentak jantung?

a)

Gentian Purkinje

b)

Nodus sinoatrium

c)

Nodus atrioventrikel

d)

Berkas His

3.

Apakah otot yang membina struktur jantung?

a)

Otot licin

b)

Otot rangka

c)

Otot kardium

4.

Apakah istilah untuk fasa pengenduran otot jantung

a)

Sistole

b)

Diastole

5.

Urutan yang manakah betul untuk pergerakan impuls elektrik di jantung?

a)

Nodus sinoatrium →Nodus atrioventrikel →Berkas His →Gentian Purkinje

b)

Nodus atrioventrikel →Nodus sinoatrium →berkas His → Gentian Purkinje

c)

Nodus sinoatrium → Berkas His → Gentian Purkinje → Nodus atrioventrikel

d)

Gentian Purkinje → Berkas His → Nodus atrioventrikel → Nodus sinoatrium

6.

Apakah yang menyebabkan bunyi ‘lub-dup’ jantung?

a)

Pembukaan injap di jantung

b)

Penutupan injap di jantung

c)

Pengecutan otot jantung

d)

Pengenduran otot jantung

7.

Rajah menunjukkan struktur yang terlibat dalam proses pengepaman jantung. Apakah P?

a)

Berkas His

b)

Nodus sinoatrium

c)

Gentian Purkinje

d)

Nodus atrioventrikel

8.

Seseorang individu menggunakan perentak tiruan apabila nodus sinoatrium gagal berfungsi dengan baik . Individu ini tidak digalakkan melakukan aktiviti cergas. Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan situasi tersebut?

a)

Denyutan jantung diperlahankan oleh perentak tiruan

b)

Denyutan jantung dikawal oleh perentak tiruan

c)

Perentak tiruan menghalang pemindahan impuls elektrik

d)

Perentak tiruan menyebabkan pengenduran atrium dan ventrikel

9.

Apakah istilah untuk fasa pengecutan otot jantung?

a)

Sistole

b)

Diastole

10.

Lengkapkan pernyataan berikut:


Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut ______ lalu menyebabkan injap terbuka untuk membenarkan darah mengalir ke arah jantung.

a)

Arteri

b)

Vena

c)

Kapilari

11.

Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang betul:


Nodus sinoatrium menjana impuls elektrik yang akan merebak kepada kedua-dua dinding ___________

a)

Aorta

b)

Ventrikel

c)

Arteri pulmonari

d)

Atrium

12.

Lengkapkan pernyataan berikut dengan jawapan yang terbaik:


Pergerakan impuls tertangguh di ________ supaya atria mengecut sepenuhnya.

a)

Berkas His

b)

Nodus sinoatrium

c)

Gentian Purkinje

d)

Nodus atrioventrikel

13.

Tekanan darah yang tinggi akan......

a)

Membuka injap

b)

Menutup injap

c)

Menangguhkan pergerakan saraf

d)

Memulakan denyutan jantung

14.

Tekanan darah yang rendah akan......

a)

Membuka injap

b)

Menutup injap

c)

Menangguhkan pergerakan saraf

d)

Memulakan denyutan jantung

15.

Apakah struktur yang menyebabkan kedua-dua ventrikel mengecut?

a)

Nodus sinoatrium

b)

Nodus atrioventrikel

c)

Berkas His

d)

Gentian Purkinje