wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains : Kelestarian Alam Sekitar

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah perlu dipertimbangkan dalam peringkat pengangkutan dalam kitar hayat produk bagi memastikan kurang pelepasan gas rumah hijau ?

a)

Jenis kenderaan

b)

Jarak perjalanan

c)

Kos penghantaran

d)

Kelajuan kenderaan

2.

Penggunaan bahan api fosil pada kereta menyebabkan peningkatan jejak kaki karbon.

Kaedah manakah yang dapat mengurangkan masalah ini ?

a)

Mengurangkan petrol berplumbum

b)

Membersihkan paip ekzos secara berkala

c)

Memasang penyenyap dalam paip ekzos

d)

Memasang pengubah bermangkin dalam paip ekzos

3.

Antara kaedah berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk mengawal pencemaran yang disebabkan oleh bahan sisa plastik ?

a)

Kitar semula bahan

b)

Membuang bahan-bahan dalam kawasan terbuka

c)

Menanam bahan-bahan dalam tanah

d)

Penguraian bahan-bahan kepada gas metana

4.

Antara aktiviti berikut, yang manakah menyebabkan pencemaran alam sekitar ?

a)

Menggunakan petrol tanpa plumbum

b)

Menggunakan kawalan biologi

c)

Menanam sisa makanan dalam tanah

d)

Membuang plastik ke dalam sungai

5.

Antara jenis pencemaran berikut, yang manakah disebabkan oleh tumpahan minyak dari kapal ?

a)

Pencemaran tanah

b)

Pencemaran udara

c)

Pencemaran terma

d)

Pencemaran air

6.

Rajah 1 menunjukkan aktiviti manusia yang menyumbang kepada suatu pencemaran.

Apakah jenis pencemaran itu ?

a)

Pencemaran tanah

b)

Pencemaran udara

c)

Pencemaran terma

d)

Pencemaran air

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca pencemaran air ?

i. Bahan buangan pertanian

ii. Pembakaran sampah

iii. Bahan buangan perindustrian

iv. Penggunaan penyaman udara

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

8.

Apakah kesan pencemaran terma ?

a)

Peningkatan jumlah oksigen terlarut

b)

Peningkatan pertumbuhan alga

c)

Penurunan nilai B.O.D

d)

Penurunan kadar kematian organisma akuatik

9.

Rajah 2 menunjukkan suatu aktiviti manusia.

Apakah kesan aktiviti di atas terhadap ekosistem ?

a)

Eutrofikasi

b)

Hujan asid

c)

Kesan rumah hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

10.

Antara gas yang berikut, yang manakah gas utama rumahn hijau ?

a)

Karbon monoksida

b)

Metana

c)

Klorofluorokarbon

d)

Karbon dioksida

11.

Antara yang berikut, yang manakah akibat daripada kesan rumah hijau ?

a)

Malnutrisi

b)

Peningkatan aras laut

c)

Penyebaran penyakit

d)

Kemusnahan hutan

12.

Rajah 3 menunjukkan satu fenomena semula jadi, X.

Apakah fenomena X ?

a)

Jerebu

b)

Kesan rumah hijau

c)

Hujan asid

d)

Letusan gunung berapi

13.

Pernyataan berikut menunjukkan peringkat yang berlaku semasa eutrofikasi tasik.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul ?

a)

V, W, X, Z, Y

b)

V, Z, W, X, Y

c)

V, X, W, Y, Z

d)

V, Z, W, Y, X

14.

Rajah 4 menunjukkan masa yang diperlukan oleh larutan metilena biru untuk diluntur dalam penentuan nilai Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D) bagi tiga sampel air.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai nilai B.O.D dan kuantiti air setiap sampel air ?

a)

Sampel air P mempunyai oksigen terlarut yang lebih tinggi berbanding sampel air R

b)

Sampel air Q adalah paling bersih

c)

Sampel air R mempunyai mikroorganisma yang paling kurang

d)

Sampel air R mempunyai nilai B.O.D yang tinggi

15.

Kaedah manakah yang sesuai digunakan oleh para nelayan untuk menangkap ikan secara terancang ?

a)

Menggalakkan penggunaan pukat tunda

b)

Menggunakan bahan beracun untuk menangkap ikan

c)

Menghadkan pendapatan nelayan

d)

Menangkap ikan yang matang sahaja

16.

Apakah kelebihan kereta hibrid ?

a)

Tidak menggunakan bahan api fosil

b)

Menjimatkan penggunaan minyak petrol

c)

Menggunakan tenaga elektrik

d)

Tidak membebaskan gas karbon dioksida

17.

Rajah 5 menunjukkan panel solar.

Apakah kegunaan panel solar tersebut ?

a)

Memanaskan makanan

b)

Pemanasan bangunan

c)

Menghasilkan tenaga elektrik

d)

Mengurangkan pembebasan karbon dioksida