wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU 2 OGOS 2021

Total questions: 60

Worksheet time: 5hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

"Banyak maklumat yang berguna dapat _____________ diperoleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu," jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

2.

Beliau seorang tokoh ______________yang disegani kerana mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat dan kesenian negara.

a)

karyawan

b)

budayawan

c)

usahawan

d)

dermawan

3.

Tiga orang ____________ asing ditahan oleh pihak berkuasa maritim dan hasil tangkapan mereka dirampas kerana menceroboh perairan negara.

a)

nakhoda

b)

pekerja

c)

nelayan

d)

pengawal

4.

Bangunan lama yang bersejarah itu sedang ___________ tanpa mengubah bentuk asalnya sebagai khazanah warisan negara.

a)

dibaik pulih

b)

diambil alih

c)

diubah suai

d)

dikitar semula

5.

Projek pembinaan kompleks sukan itu _____________ sehingga sekarang kerana kekurangan dana.

a)

terbantut

b)

terganggu

c)

tersekat

d)

terbengkalai

6.

Lelaki itu digelar ______________ kerana suka bercakap besar tetapi tidak peka akan isu-isu semasa.

a)

alim-alim kucing

b)

muka tembok

c)

patah kandar

d)

tin kosong

7.

Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.

a)

berhijrah

b)

berhasrat

c)

berkahwinkan

d)

tiada kesalahan

8.

Apakah tema yang bersesuaian dengan Sajak Senja Di Palang Besi ?

a)

Kemiskinan banduan

b)

Kepayahan hidup banduan

c)

Kesengsaraan hidup banduan

d)

Kehidupan sedih seorang banduan

9.

Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen Legasi Tapai Ubi ialah _______________________

a)

Kita mestilah menanamkan sikap ingin membantu ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.

b)

Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membantu kita memperoleh kejayaan.

c)

Kita mestilah berusaha untuk menjadi pakar penyelidik di samping memperkenalkan produk tempatan.

d)

Kita mestilah bijak mengatur strategi perniagaan untuk melariskan barang yang dijual.

10.

Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Aku dalam cerpen Legasi Tapai Ubi, kecuali

a)

Seorang anak yang taat kepada perintah kedua-dua ibu bapanya.

b)

Seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas dan penyelidikannya.

c)

Seorang yang mengenang budi akan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.

d)

Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan sering menerima pujian daripada pelbagai pihak.

11.

Bagaimanakah perasaan banduan yang diluahkan di dalam rangkap ke-2 Sajak Senja Di Palang Besi?

a)

kisah hidupnya yang dahulu bahagia namun kini terpinggir, sengsara dan terbuang di penjara.

b)

kisah dirinya yang semakin dipinggirkan kerana atas perbuatannya

yang melakukan kesalahan yang berat.

c)

kisah dirinya yang telah dipenjarakan kerana dianiayai oleh perbuatan rakan dan saudaranya sendiri.

d)

kisah dirinya yang mengalami kesengsaraan sedangkan hukuman

tersebut bukan kesalahan yang dilakukan.

12.

Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.

a)

sejak di bangku sekolah lagi

b)

sejak bangku sekolah lagi

c)

sejak daripada bangku sekolah lagi

d)

sejak dari bangku sekolah lagi

13.

Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

b)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

c)

menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

d)

menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

14.

Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.


Situasi di atas sesuai dengan peribahasa

a)

cacing hendak menjadi naga

b)

kaduk naik junjung

c)

kera mendapat bunga

d)

anak kucing menjadi harimau

15.

Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha _____________ sistem pendidikan vokasional.

a)

kolaboratif

b)

kolaborasi

c)

koperasi

d)

koperal

16.

Ibu saudara saya membeli _________ petai untuk dijadikan ulam ketika makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

17.

Pendayung itu tidak dapat digunakan lagi kerana sudah _______________.

a)

luluh

b)

koyak

c)

kemik

d)

sompek

18.

Perahu-perahu yang tertambat di tepi jeti itu __________ apabila dilambung ombak besar.

a)

terolang-aling

b)

terkedip-kedip

c)

terhuyung-hayang

d)

terpontang-panting

19.

Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama, kecuali

a)

seperti aur dengan tebing

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

enau dalam belukar, melepaskan pucung masing-masing

20.

Peribahasa seperti melukut di tepi gantang membawa maksud

a)

orang yang tidak berilmu pengetahuan

b)

orang yang disisihkan oleh masyarakat

c)

orang yang hanya bekerja jika diarahkan

d)

orang yang menurut segala kemahuan orang lain

21.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

a)

bersikap tamak haloba

b)

melakukan pekerjaan yang sia-sia

c)

bertindak di luar kemampuan kita

d)

mengambil tindakan dengan terburu-buru

22.

Mei Ling hanya membeli barangan yang sesuai dengan kemampuannya agar tidak menghadapi kesempitan wang pada masa depan.


Tindakannya bersesuaian dengan peribahasa

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

23.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tangisan adik sungguh kuat.

b)

Cikgu Siti indah nian.

c)

Bunga kekwa harum paling.

d)

Bau kambing itu sangat busuk sekali.

24.

Nasi yang dimasak nenek _________ lembik.

a)

betul

b)

benar sungguh

c)

terlalu

d)

tepat sekali

25.

Yang berikut merupakan peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib penyajak dalam sajak di atas, kecuali

a)

nasi sudah menjadi bubur

b)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

c)

indah khabar dari rupa

d)

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

26.

Perasaan yang berikut dirasai oleh penyajak tatkala malam di dalam sel tahanan, kecuali

a)

sayu dan sepi

b)

resah dan marah

c)

sedih dan kesal

d)

sunyi dan terkongkong

27.

Yang berikut merupakan peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas, kecuali

a)

bagai menjaga intan dicanai

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

seperti labah-labah kasihkan telurnya

d)

kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

28.

Yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam sajak, kecuali

a)

masyarakat yang jujur

b)

masyarakat yang hidup bahagia

c)

masyarakat yang penyayang

d)

masyarakat yang mengenang jasa

29.

Nilai yang paling tepat dengan baris pertama rangkap ketiga petikan cerpen di atas ialah

a)

pemurah

b)

penyayang

c)

prihatin

d)

tanggungjawab

30.

Keadaan angin kencang menyebabkan api _________dengan pantas di rumah yang sedang terbakar itu.

a)

menular

b)

merebak

c)

berkembang

d)

bertambah

31.

Demi kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran, Pak Salam bukan sahaja sanggup berkorban tenaga, __________ lebih daripada itu.

a)

padahal

b)

bahkan

c)

mahupun

d)

sekalipun

32.

Ketua pasukan sepak takraw itu sedang ________ piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.

a)

memikul

b)

membawa

c)

menjulang

d)

mengheret

33.

Rendang ayam yang dimasak oleh Afifa __________ kerana api terlalu besar.

a)

garing

b)

rangup

c)

rentung

d)

hangus

34.

Tindakan Sakira yang menceritakan keburukan ahli keluarganya samalah seperti

a)

besar pasak dari tiang

b)

membuka pekung di dada

c)

lebih sudu dari kuah

d)

mendukung biawak hidup

35.

Fakhrul hanya menyusun buku yang berselerak di atas meja itu setelah disuruh oleh ibunya. Sikapnya ini sama seperti

a)

duri dalam daging

b)

bertemu buku dengan ruas

c)

katak di bawah tempurung

d)

pahat dengan penukul

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya cepat sembuh.

b)

Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh.

37.

Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ______________ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.

a)

dan

b)

lantas

c)

manakala

d)

bagaimanapun

38.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.

Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.

Awak hendak beli baju ini atau baju itu?

Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya.

Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.

a)

Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.

b)

Awak hendak beli baju ini atau baju itu?

c)

Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya.

d)

Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.

39.

Dia bersiap-siap lebih awal ……………………. tidak lewat tiba di sekolah.

(a)  

40.

Encik Raihan memandu keretanya setiap hari ……………………. pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya.

(a)  

41.

Jalil didenda oleh pengetua ……………………. berkelahi dengan Osman.

(a)  

42.

Bolehkan saya meminjam buku anda …………………….. anda tidak keberatan ?

(a)  

43.

Ucapan yang disampaikan oleh pengetua (a)   terlalu panjang.

44.

Mengapakah rakan-rakan Parjo kehairanan apabila dia terkejut dan menjerit kecil setelah mendengar projek baharu yang dinyatakan oleh Profesor Haidar?

a)

Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana Parjo orang asli yang miskin.

b)

Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana Parjo orang miskin dan tidak tahu hubungan Parjo dengan tapai.

c)

Rakan-rakan Parjo kehairanan kerana mereka tidak tahu latar belakang hidupnya dan tidak tahu hubungan Parjo dengan tapai.

45.

Cerpen Sekeping Tanah

Apakah usaha segera yang dilakukan oleh Hisyam dan kakaknya agar kerja-kerja membina kondo mewah dapat dijalankan?

a)

Usaha yang dilakukan ialah tanah pusaka itu dijual kepada syarikat Binajaya lalu wang yang diperoleh didermakan. Seterusnya, minggu itu juga papan tanda yang menunjukkan bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 27 tingkat ditegakkan untuk tempahan.

b)

Usaha yang dilakukan ialah tanah pusaka itu dijual kepada syarikat Binajaya lalu wang yang diperoleh dibahagikan. Seterusnya, minggu itu juga papan tanda yang menunjukkan bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat ditegakkan untuk tempahan.

c)

Usaha yang dilakukan ialah tanah pusaka itu dijual kepada syarikat Binaan lalu wang yang diperoleh dibahagikan. Seterusnya, minggu itu juga papan tanda yang menunjukkan bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah hotel setinggi 5 tingkat ditegakkan untuk tempahan.

46.

Cerpen Sekeping Tanah

Perancangan Hisyam dan kakaknya seolah-olah disedari oleh Harun. Berikan bukti yang menunjukkan Harun seolah-olah mengetahui rancangan adik-adiknya itu.

a)

Harun seolah-olah mengetahui rancangan adik-adiknya apabila hatinya terdetik melihat nama adiknya sebagai pengurus Binajaya Sdn.Bhd. Seterusnya, Harun merenung nama adiknya pada papan kenyataan tapak kondo itu sambil menggelengkan kepala.

b)

Harun seolah-olah mengetahui rancangan adik-adiknya apabila hatinya terdetik melihat nama adiknya sebagai pengurus Binaan Sdn.Bhd. Seterusnya, Harun merenung nama adiknya pada papan kenyataan tapak hotel itu sambil menggelengkan kepala.

c)

Harun seolah-olah mengetahui rancangan adik-adiknya apabila hatinya terdetik melihat nama adiknya sebagai kontraktor Binajaya Sdn.Bhd. Seterusnya, Harun merenung nama adiknya pada papan kenyataan kondo.

47.

Novel Justeru Impian di Jaring

Siapakah watak utama dalam novel ini?

a)

Syahir, Kak Uda, Haji Marzuki, Wan Najlah

b)

Syahir, Kak Uda, Haji Maruki, Wan Najwan

c)

Syahir, Hajah Uda, Haji Marzuki, Wan Najlah

48.

Nilai-nilai tersebut terdapat dalam novel Justeru Impian di Jaring, kecuali?

a)

kasih sayang

b)

hormat - menghormati

c)

kerajinan

d)

semangat bermasyarakat

49.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam Novel Justeru Impian di Jaring, kecuali

a)

Kita perlu mempunyai perasaan kasih sayang terhadap ibu.

b)

Kita hendaklah memiliki perasaan hormat terhadap orang yang lebih berpengalaman.

c)

Kita haruslah membalas dendam terhadap pihak lawan kita.

d)

Kita mestilah rajin untuk meningkatkan prestasi.

50.

antara 3 latar masyarakat yang terdapat di dalam novel ini ialah...

a)

masyarakat yang insaf

b)

masyarakat yang tidak berputus asa

c)

masyarakat yang tindas menindas

d)

masyarakat yang suka meminta

51.

berikut merupakan nilai-nilai yang terdapat dalam novel ini Kecuali....

a)

Kasih sayang

b)

Hormat-menghormati

c)

Semangat Patriotisme

d)

Cinta - mencintai

52.

watak Antogonis dalam novel ini ialah

a)

Laiman

b)

Syahir

c)

Engku Aiman

d)

Wan Najlah

53.

Siapakah watak utama novel Justeru Impian di Jaring?

(a)  

54.

Apakah tema novel Justeru Impian di Jaring?

a)

Perjuangan seorang anak muda yang ingin mencapai impiannya meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

b)

Pengorbanan anak muda dalam pelajaran untuk mencapai cita-citanya

c)

Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya yang sakit dan ahli keluarga yang mengambil berat

55.

Kak Ngah Syamilah (akauntan di Johor) tidak menyokong penglibatan Syahir dalam sukan tersebut.


Apakah sukan yang diceburi oleh Syahir?

(a)  

56.

Sejak dahulu lagi Syed Amiri tidak menyenangi Syahir dan sering mengambil peluang menyakiti hatinya. Tetapi Syahir tetap bertahan kerana prinsipnya sukan wasilah memupuk semangat ukhwah.


Nyatakan nilai yang diperoleh daripada penyataan di atas?

(a)  

57.

Aktiviti diteruskan dengan latihan di bawah latihan jurulatih masing-masing. Bernard dan Syahir di bawah bimbingan Haji Marzuki. Haji Marzuki sempat memberitahu bahawa Syahir akan bertemu dengan Syed Amiri dalam kejohanan______________

a)

Terbuka Johor.

b)

Jakarta

c)

Kelantan

58.

Sejak dua hari ini Engku Aiman sering mengkritik cara permainan Syahir dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Namun Syahir masih dapat bersabar. Rakan-rakannya juga menyedari sikap Engku Aiman terhadap Syahir.


Apakah pengajaran daripada petikan tersebut.

a)

Kita hendaklah berani menempuh cabaran

b)

Kita hendaklah bersabar dengan kerenah rakan sepasukan

c)

Kita hendaklah berkorban cita-cita dalam bidang yang kita gemari

59.

Apakah peleraian pada akhir cerita novel Jalan ke Puncak?

a)

Syahir berjaya menentang pemain Indonesia dan dinobatkan sebagai juara kategori lelaki.

b)

Syahir tidak dapat menahan kesakitannya dan rebah di atas podium.

c)

Syahir dan Wan Najhan singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam

60.

1. Siapakah nama pengarang Novel Justeru Impian di Jaring?

a)

a. Zaid Mokhtar

b)

b. Zaid Akhtar