Font size
WorksheetsLatih Tubi Bab 1 hingga 3 Sains Tingkatan Empat KSSM
Total questions: 50
Worksheet time: 13hrs 30mins
Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan muulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?
Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?
Alat pemadam kebakaran air
Alat pemadam kebakaran buih
Alat pemadam kebakaran serbuk kering
Alat pemadam kebakaran karbon dioksida
Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?
Jalankan Heimlich Manoeuvre
Hentak belakang individu tersebut
Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)
Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans
Apakah fungsi alat dalam gambar ini?
Menentukan suhu badan
Menentukan tekanan darah
Mendapatkan bacaan indeks jisim badan
Mendapatkan suhu dan tekanan bilik
Apakah nama alat ini?
Sfigmomanometer
Barometer
Termometer
Anemometer
Termometer jenis apakah ini?
Termometer klinik
Termometer makmal
Termometer inframerah
Termometer rektal
Apakah termometer yang paling sesuai untuk mendapatkan suhu bayi?
Termometer klinik
Termometer makmal
Termometer rektal
Termometer inframerah
Seorang pelajar baru sahaja selesai berlari. Apakah kemungkinan bacaan nadi pelajar ini?
45 per minit
65 per minit
85 per minit
105 per minit
Indeks Jisim Badan (BMI) dihitung menggunakan formula Tinggi2 (m2 )Jisim (kg) . Seorang pelajar mempunyai jisim 50 kg dan tinggi 1.60 m. Hitung BMI pelajar ini.
1.95
2.56
19.53
31.25
Salah satu simptom bagi pesakit COVID19 (2019 Novel Coronavirus) ialah demam melebihi 3 hari. Oleh sebab itu, saringan kesihatan dibuat bagi mengelakkan penularan virus COVID19 dengan cara mengambil suhu badan pesakit di kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Antara termometer berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk membuat saringan suhu badan manusia bagi mengelakkan penularan penyakit ini?
Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?
(Tandakan SEMUA jawapan yang BETUL)
Umur
Jantina
Aktiviti
Cuaca
Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?
(Tandakan DUA jawapan)
Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari
Mengurangkan makanan bergoreng
Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja
Yang manakah merupakan kepentingan Teknolgi Hijau?
(Tandakan DUA jawapan sahaja)
Menambahkan masalah kemusnahan alam sekitar
Mengurangkan pengeluaran karbon
Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia
Menggunakan bahan api fosil dengan lebih baik
Farhana ingin mengaplikasikan konsep Teknologi Hijau di rumah. Antara berikut yang manakah langkah yang boleh dilakukan? (Tanda semua jawapan yang BETUL)
Tidak menggunakan telefon bimbit semasa ianya dicas
Membawa bakul sendiri semasa membeli sayur-sayuran di pasar
Buang sampah ke dalam tong kitar semula
Tidur selalu untuk menjimatkan tenaga dalam badan
Omar membeli barangan elektrik yang mempunyai label 5 bintang cekap tenaga. Pada pendapat anda, sektor apakah dalam Teknologi Hijau yang cuba diutamakan oleh Omar?
Sektor Tenaga
Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa
Sektor Perindustrian dan Pembuatan
Sektor Pengangkutan
Bilakah kita perlu menjalankan Kadiopulmonari Resusitasi (CPR)? (Tandakan DUA jawapan sahaja)
Apabila melihat seseorang tercekik makanan
Apabila seseorang tidak bernafas selepas diselamatkan dari lemas
Apabila orang itu dipanah petir dan jantungnya tidak berdegup
Apabila kawan anda tidak memberikan respon kepada anda kerana marahkan anda
Antara yang berikut yang manakah merupakan peralatan perlindungan untuk badan
Gogal
Sarung tangan
Topeng muka
Baju makmal
Antara yang berikut, yang manakah fungsi kebuk wasap
Perlindungan terhadap wasap toksik dan wap
Tempat menyimpan bahan kimia
Tempat menyimpan radas kaca yang mahal
Perlindungan terhadap haba tinggi
Antara yang berikut yang manakah digunakan untuk menyekat tumpahan merkuri
Pasir
Air
Garam
Serbuk sulfur
Antara yang berikut yang manakah kebakaran Kelas api C
Logam
Gas
Bahan pepejal
Bahan mudah terbakar
Apakah jenis pemadam api yang boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan jenis logam
Air
Buih
Serbuk kering
Karbon dioksida
Antara yang berikut , yang manakah tidak sesuai menggunakan alat kebakaran jenis ini
Pepejal mudah terbakar seperti kertas dan kayu
Api memasak melibatkan minyak dan gris
Cecair mudah terbakar seperti petroleum
Api melibatkan peralatan elektrik
Antara peralatan berikut yang manakah digunakan untuk melindungi mata semasa menjalankan eksperimen
cermin mata
gogal
kacamata hitam
kanta lekap
Antara yang berikut, peralatan manakah sesuai digunakan jika murid terkena bahan kimia pada kulit atau mata
Pembilas mata
Gogal
Kebuk wasap
Baju makmal
Pernyataan di bawah merujuk kepada bahan sisa buangan X
Cara pelupusan
. Dibungkus dan dimasukkan ke dalam bag plastik biobahaya
. Perlu dinyahkontaminasi secara autoklaf
Apakah bahan X
Bahan buangan organ
Bahan buangan pepejal
Bahan buangan biologi
Bahan buangan cecair
Berikut adalah satu pernyataan
Bahan buangan kimia merupakan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki
Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas
Bahan buangan kimia akan menyebabkan pencemaran air
Bahan buang kimia akan meletup
Bahan buang kimia akan menyerap dalam tanah
Bahan buang kimia akan bertindakbalas dengan bahan-bahan lain
Apakah tindakan awal yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan semasa menjalankan uji kaji
Kendalikan bahan tumpahan kimia menggunakan tangan
Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan
Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang kemalangan
Apakah kelebihan alat pemadam api jenis serbuk kering
Boleh memadam semua jenis kebakaran
Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh elektrik
Hanya memadam kebakaran yang disebabkan oleh pepejal
Boleh memadam kebakaran jenis cecair
Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina selimut kebakaran
Dua lapisan gentian kaca
Beberapa lapisan bulu biri-biri
Kain kapas yang disulam tebal
Plastik tebal yang diperbuat daripada polimer
Apakah nombor talian kecemasan di Malaysia?
991
999
191
111
Apakah yang dimaksudkan dengan CPR?
Cardiopulmunary resuscitation
Cardiopulmunary rescue
Cardiopulmunaryt respond
Cardiopulmunary recharged
CPR melibatkan gabungan teknik...
hembusan ke dalam hidung
tekanan di bahagian dada
hembusan ke dalam mulut
menepuk bahu
Situasi manakah yang memerlukan CPR?
Jika seseorang individu tidak bernafas
Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi
Jika seseorang tercekik semasa makan
Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan
Apakah kepentingan hembusan mulut ke mulut?
Menghasilkan peredaran darah secara buatan dalam badan mangsa.
Mangsa dapat menerima udara beroksigen ke dalam peparunya.
Oksigen dapat diangkut ke seluruh badan mangsa.
Dapat mengelakkan kerosakan otak mangsa.
Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...
lemas
terkena renjatan elektrik
pengsan
tercekik
Apakah ciri-ciri individu yang memerlukan bantuan dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre?
Memegang leher dengan kedua-dua tangan
Tidak boleh bercakap atau batuk
Sukar bernafas
Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman
Apakah kepentingan Heimlich Manoeuvre?
Membenarkan oksigen disedut masuk ke dalam peparu.
Membenarkan makanan masuk ke dalam perut.
Menyebabkan mangsa memuntahkan semua makanan.
Menyebabkan seseorang merasa kenyang.
I: Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan.
II: Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam.
III: Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat.
IV: Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan.
Yang manakah merupakan urutan yang betul semasa melakukan bantuan kaedah Heimlich Manoeuvre?
I, II, III, IV
II, III, IV, I
III, IV, I, II
IV, I, II, III
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda berseorangan semasa tercekik?
Meletakkan tangan di antara pusat dengan bawah rusuk.
Menepuk atau memukul dada dengan kuat.
Membongkokkan badan.
Membongkok dan menolak badan kepada objek separas pinggang.
Berapakah suhu badan normal manusia?
35.9 'c
36.9 'c
37.9 'c
38.9 'c
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal?
Makan makanan pedas
Keletihan
Jangkitan bakteria
Tidak cukup tidur
Suhu badan juga boleh kurang daripada normal. Apakah masalah yang boleh disebabkan oleh suhu badan yang kurang?
Badan berpeluh dengan banyak
Maut
Bibir kering dan kebiruan
Kurang selera makan
Apakah unit yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
milimeter merkuri
meter merkuri
kilometer merkuri
nanometer merkuri
Dalam bacaan tekanan darah, nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut. Apakah nombor ini?
Sistolik
Diastolik
Sistertolik
Duostalik
Rajah di bawah menunjukkan satu jenis termometer
Termometer klinik
Termometer makmal
Termometer rektal
Termometer inframerah
Antara berikut yang manakah kegunaan alat ini?
Menghasilkan imej organ dalam badan
Mengukur suhu pada jarak jauh
Digunakan semasa sesak nafas
Mengukur tekanan darah
Antara berikut, individu yang manakah mempunyai kadar denyutan nadi yang paling rendah?
Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
Termometer
Stetoskop
Sfigmomanometer
Sonografmeter
Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara mengawal berat badan?
Makan sehingga betul-betul kenyang
Mengambil pemakanan yang sihat dengan mengamalkan konsep suku suku separuh
Makan apabila sangat lapar dengan kuantiti yang banyak
Makan semua makanan yang telah dihidangkan
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga hijau?
Tenaga bersih yang tidak boleh dijana semula
Tenaga bersih yang boleh dijana semula
Tenaga semulajadi yang tidak boleh dijana semula
Tenaga semulajadi yang tidak boleh diperbaharui
