wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Daya dan Gerakan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah daya?

a)

Tarikan atau regangan yang dikenakan ke atas suatu objek

b)

Tarikan atau tolakan yang dikenakan ke atas suatu objek

c)

Tolakan atau regangan yang dikenakan ke atas suatu objek

d)

Tarikan atau hayunan yang dikenakan ke atas suatu objek

2.

Unit S.I bagi daya ialah

a)

gram, g

b)

newton, N

c)

kilogram, kg

d)

miligram, mg

3.

Berikut adalah benar tentang kesan daya kecuali

a)

Daya menggerakkan objek yang pegun

b)

Daya mengubah arah gerakan sesuatu objek

c)

Daya menambah kelajuan objek yang bergerak

d)

Daya tidak dapat mengubah bentuk sesuatu objek

4.

Rajah menunjukkan perjalanan Iskandar bermula dari Pulau Pinang ke Baling dan berakhir di Kuala Lumpur.

Berapakah sesaran Iskandar?

a)

300 km

b)

500 km

c)

750 km

d)

1550 km

5.

Rajah menunjukkan sekeping kadbod ditarik dengan cepat, duit syiling 50 sen jatuh ke dalam gelas disebabkan oleh kesan inersia.

Situasi yang manakah dapat mengurangkan inersia?

a)

Gunakan kadbod yang lebih licin.

b)

Gunakan kepingan kadbod yang lebih besar.

c)

Menarik kadbod dengan daya lebih kecil.

d)

Gunakan duit syiling 5 sen.

6.

Jisim kereta ialah 750 kg. Berapakah pecutan kereta itu?

a)

2 ms-²

b)

1 ms-²

c)

0.5 ms-²

d)

0.1 ms-²

7.

Kereta yang bergerak dengan halaju seragam mengalami pecutan ......

a)

bertambah

b)

berkurang

c)

seragam

d)

sifar

8.

Pernyataan manakah tidak benar tentang perlanggaran kenyal?

a)

Jumlah momentum diabadikan.

b)

Jumlah tenaga diabadikan.

c)

Tenaga kinetik diabadikan.

d)

Dua objek bercantum selepas perlanggaran.

9.

TP 3 - Rajah menunjukkan seorang ahli payung terjun membengkokkan kakinya ketika mendarat. Penerjun itu membengkokkan kakinya untuk mengurangkan

a)

masa hentaman dengan tanah.

b)

daya impuls ke atas kakinya.

c)

halaju ketika mendarat.

d)

momentum ketika mendarat.

10.

TP 4 - Rajah menunjukkan daya F1 dan F2 dikenakan ke atas sebuah blok berjisim 2 kg, diletakkan di atas satah mengufuk. Jika geseran di antara blok dengan satah ialah 4 N, cari pecutan blok itu apabila blok itu bergerak?

a)

0.5 ms-2

b)

1.0 ms-2

c)

1.5 ms-2

d)

2.0 ms-2

11.

Satu detik bersamaan dengan

a)

50 Hz

b)

0.2s

c)

0.02s

d)

2s

12.

Mengapakah tali pinggang keledar penting kepada penumpang?

a)

menambahkan impuls sewaktu kemalangan

b)

mengurangkan masa tindakbalas sewaktu kemalangan

c)

mengurangkan kesan negatif inersia sewaktu kemalangan

d)

meningkatkan daya impuls kepada penumpang

13.

Graf yang manakah menunjukkan pecutan serangam?

a)
b)
c)
d)
14.

Seorang pemain sofbol menggerakkan tangannya ke belakang semasa manangkap bola yang laju. Pergerakkan tangan adalah untuk

a)

menambah daya implus bola

b)

memanjangkan masa bola berhenti

c)

mengawal bola supaya tidak jatuh

d)

mengelakkan tangan daripada sakit

15.

Sebuah kereta yang bergerak dengan halaju 30 ms-1 dinyahpecutkan secara seragam sehingga berhenti selepas 5 s. Berapakah nyahpecutan yang dialami oleh kereta itu?

a)

-6 m s-2

b)

-150 m s-2

c)

6 m s-2

d)

150 m s-2

16.

Sebuah kapal minyak besar seperti di rajah 5 mesti menyongsangkan putaran enginnya untuk melambatkan pergerakannya pada jarak beberapa kilometer sebelum kapal minyak tersebut dapat dihentikan. Mengapakah kapal minyak sukar dihentikan?

a)

Inersia kapal minyak adalah besar.

b)

Daya tujahan enjin kapal minyak adalah kuat.

c)

Kapten kapal minyak ternampak kapal lain di hadapannya.

d)

Rintangan air yang menentang pergerakan kapal minyak tidak mencukupi.

17.

Rajah menunjukkan satu belon dengan udara meluru keluar dari muncung belon itu.


Situasi ini diterangkan oleh

a)

Inersia

b)

Impuls

c)

Daya Impuls

d)

Hukum Newton Ketiga

18.

Rajah menunjukkan satu carta pita yang dihasilkan oleh sebuah troli yang bergerak. Frekuensi jangkamasa detik ialah 50 Hz dan setiap keratan pita detik mengandungi 5 detik. Berapakah pecutan troli tersebut?

a)

20 cm s-2

b)

200 cm s-2

c)

240 cm s-2

d)

400 cm s-2

19.

Graf di bawah mewakili pergerakan sebuah kenderaan.

Apakah pecutan kenderaan tersebut?

a)

-12 m s-2

b)

40 m s-2

c)

12 m s-2

d)

10 m s-2

20.

Rajah menunjukkan sebuah lori yang berjisim 8000 kg bergerak dengan 20 m s-1 berlanggar dengan sebuah kereta berjisim 1000 kg yang sedang berhenti di tepi jalanraya.

Hitung halaju lori dan kereta jika kedua-dua bergerak bersama-sama selepas perlanggaran

a)

18.78 m s-1

b)

18.88 m s-1

c)

17.78 m s-1

d)

17.88 m s-1