NEW
Font size
Worksheetsbahasa melayu
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
"Bilakah __________akan berangkat ke Indonesia?" tanya Hamdan kepada Raju
dia
kami
kamu
dikau
Apabila Zakiah sampai, ibu terus ________________air untuk membuat minuman.
menanak
menjerang
mengukus
merebus
Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________
tengik
lembik
empuk
lemau
Samad rajin belajar ______________ abangnya malas
tetapi
dan
sejak
kecuali
Betulkan frasa yang bergaris bagi ayat berikut :
Tiap warganegara Malaysia perlu menguasai bahasa kebangsaan.
Tiap-tiap warganegara-warganegara
Tiap-tiap warganegara
Setiap orang warganegara
Tiap warganegara
Barang-barang antik yang mereka temui itu berusia kira-kira 100 tahun.
yang ditemukan oleh mereka itu
yang ditemui oleh mereka itu
yang mereka temukan itu
yang mereka temui itu
Apabila berjanji, kita hendaklah tunai janji itu.
hendaklah tunaikan janji itu
mestilah tunai janji itu
hendaklah menunaikan janji itu
hendaklah tunai janji itu
Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud peribahasa "kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"?
orang yang berketurunan baik, ke mana-mana dia pergi akan baik juga jadinya
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
orang miskin yang mendapat pertolongan
Apakah maksud peribahasa "umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Apakah maksud " alah bisa tegal biasa"?
orang yang malas tidak akan maju
kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
rajin dan cepat bekerja
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Pilih jawapan yang betul.
Setiap ahli kumpulan _____ pandangan hagi menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada minggu hadapan.
berbantah-bantah
berbalas-balas
berubah-ubah
bertukar-tukar
Pilih jawapan yang betul.
Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
genggam ..... segerombolan
batang ..... sekumpulan
ketul ..... sekawan
kepal ..... seekor
Ibu sedang menyiram bunga.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Dia menangis kerana sakit perut.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Cikgu Amar membeli Samsung S9
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Eugene dan Megat bersekolah di SMK Horley Methodist.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Kavi Raj membaca buku cerita sambil mendengar radio.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Mereka berjalan kaki ke sekolah.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Rizal membuka begnya lalu memasukkan beberapa buah buku.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
Peserta yang pengsan itu bernama Farhan.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Adik saya suka menonton rancangan kartun.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
