Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesalahan Bahasa Tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

A. menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

b)

B. menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali

c)

C. menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

d)

D. menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

2.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.

a)

A. berhijrah

b)

B. berhasrat

c)

C. berkahwinkan

d)

D. Tiada kesalahan

3.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika Tiada kesalahan.


Saya berasa seram apabila berada di banglo yang besar itu kerana ada peristiwa ajaib pernah berlaku. Tiada kesalahan.

a)

A. seram

b)

B. besar

c)

C. ajaib

d)

D. Tiada kesalahan

4.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


Pesta Wau Antarabangsa kali yang keempat itu disertai oleh berapa buah negara Asean yang mempamerkan pelbagai jenis wau dari Negara mereka.Tiada kesalahan.

a)

A. keempat

b)

B. berapa

c)

C. pelbagai

d)

D. Tiada kesalahan

5.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


9. Izara membentangkan hasil kerjanya dengan tenang kepada rakan-rakan sekelasnya.

a)

membentangkan dengan tenang hasil kerjanya

b)

membentang hasil kerja dengan tenangnya

c)

dibentangkan hasil kerja dengan tenangnya

d)

membentangkan hasil kerjanya dengan tenang

6.

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


8. Aswan memaparkan gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar.

a)

pelbagai jenis kain

b)

berbagai jenis kain

c)

pelbagai jenis kain-kain

d)

pelbagai jenis-jenis kain

7.

Pihak FAMA turut memasarkan segala hasil-hasil pertanian penduduk di kawasan luar bandar.

a)

Semua hasil-hasil pertanian

b)

Segala hasil pertanian-pertanian

c)

Semua hasil pertanian

d)

Segala hasil-hasil pertanian

8.

Wanita tua itu begitu yakin benar bahawa anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.

a)

Wanita tua itu benar yakin sangat

b)

Wanita tua itu sangat yakin benar

c)

Wanita tua itu yakin benar

d)

Wanita tua begitu yakin benar

9.

Baju hujan yang saya pinjam daripada Azimah sudah saya pulangkan kepada adiknya di petang semalam. Tiada kesalahan.

a)

daripada

b)

kepada

c)

di

d)

Tiada kesalahan

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang paling tepat.


Nelayan itu memikul sebidang jala di bahunya sambil membawa sebotol air menuju ke sebuah sampan yang terikat di tepi sungai. Tiada kesalahan.

a)

sebidang

b)

sebotol

c)

sebuah

d)

Tiada kesalahan.

11.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang paling tepat.


Ah Keong menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh gurunya. Tiada kesalahan.

a)

menggaru-garu

b)

menjawab

c)

diajukan

d)

Tiada kesalahan.

12.

Bahagian yang bergaris dalam ayat mungkin mengandungi kesalahan. Pilih jawapan yang paling tepat.


Pemuda itu ditangkap oleh pihak polis setelah beliau cuba merenggut beg tangan ibu saya di Lorong Haji Taib. Tiada kesalahan

a)

ditangkap

b)

beliau

c)

merenggut

d)

Tiada kesalahan

13.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan

ayat yang dicetak tebal.


“Apakah yang diceritakan oleh Zaleha kepada kamu dalam e-mel yang dihantarnya itu?” tanya Nur kepada Salmah.

a)

Salmah bertanya kepada Nur perkara yang diceritakan oleh Zaleha menerusi e-mel yang dihantarnya.

b)

Nur bertanya kepada Salmah perkara yang diceritakan oleh Zaleha melalui emel yang dihantar kepada Salmah.

c)

Zaleha bertanya Nur tentang perkara yang diceritakan oleh Salmah melalui e-mel yang dihantarnya.

d)

Nur bertanya kepada Zaleha tentang isu yang diutarakan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Salmah kepadanya.

14.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Murid-murid tingkatan 1 Bijaksana dikehendaki menghadiri kelas tambahan bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu

a)

Kelas tambahan bahasa Melayu perlu dihadiri oleh murid-murid tingkatan 1 Bijaksana pada setiap hari Sabtu.

b)

Kelas tambahan 1 Bijaksana mestilah dihadiri oleh murid-murid bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu.

c)

Pada setiap hari Sabtu kelas tambahan bahasa Melayu akan diadakan oleh muri-murid tingkatan 1 Bijaksana.

d)

Tingkatan 1 Bijaksana mengadakan kelas tambahan bahasa Melayu pada setiap hari Sabtu untuk penghuninya.

15.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


“Apakah yang diceritakan oleh Zaleha kepada kamu dalam e-mel yang dihantarnya itu?” tanya Nur kepada Salmah.

a)

Salmah bertanya kepada Nur perkara yang diceritakan oleh Zaleha menerusi e-mel yang dihantarnya.

b)

Nur bertanya kepada Salmah perkara yang diceritakan oleh Zaleha melalui emel yang dihantar kepada Salmah.

c)

Zaleha bertanya Nur tentang perkara yang diceritakan oleh Salmah melalui e-mel yang dihantarnya.

d)

Nur bertanya kepada Zaleha tentang isu yang diutarakan dalam e-mel yang dikirimkan oleh Salmah kepadanya.

16.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Kertas kerja ini akan kami bentang dalam mesyuarat pada petang nanti.

II Bentang yang ditarik oleh kerbau Pak Mat sudah reput.

III Lisa bentang sejadah kepada ibunya yang uzur untuk memudahkan ibunya solat.

IV Aini mengalami bentang kerana tidak berpantang dengan betul selepas bersalin.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

17.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I. Ilyas membersihkan kandang kereta milik ayahnya.

II. Kawanan lembu milik Pak Saleh itu pulang semula ke kandang.

III Keadaan ruang tamu rumah yang berserakan dilihat seperti kandang kerbau.

IV Murugan yang berusia 20 tahun itu diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

18.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Kim Yong ke hutan untuk mencari kumbang.

II Ayah tiba-tiba mengalami sesak nafas selepas pulang dari kebun.

III Kumala jatuh terpelanting akibat terpijak paku ketika berjalan pulang ke rumahnya.

IV Pekerja itu memasang alat penghawa dingin di ruang pejabat selepas diarahkan oleh pengurus syarikat itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Pak Wahab mencabut ubi kayu di belakang rumahnya untuk dibuat tapai ubi.

II Emak sedang menggotel kuih onde-onde untuk juadah berbuka puasa nanti.

III Dahi adik bengkak kerana terhantuk pada bucu tangga ketika bermain sorok-sorok.

IV Radzi mengalih sofa diruang tamu rumahnya untuk diganti dengan sofa baharu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II, dan III sahaja

d)

II, III, dan IV sahaja

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I. Jaket kulit itu dari luar negara.

II. Sajak itu sungguh indah bahasanya.

III. Arisya mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam.

IV. Pada setiap petang, bersiar-siar di taman itu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja