Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hijrah

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bilangan bulan dalam kalendar Islam adalah _____ bulan.

a)

10

b)

11

c)

12

d)

13

2.

Bulan pertama dalam kalendar Islam ialah ___________, dan bulan terakhir ialah ____________.

a)

Muharram, Disember

b)

Muharram, Zulhijjah

c)

Januari, Zulhijjah

d)

Januari, Disember

3.

Hijrah ialah usaha seseorang untuk ____________________ berbanding sebelum ini.

a)

menjadi lebih baik

b)

menjadi lebih jahat

c)

menjadi lebih kaya

d)

menjadi lebih cantik

4.

Rasulullah s.a.w telah berhijrah (berpindah) dari __________ ke __________ untuk menyebarkan Islam.

a)

Kota Madinah, Kota Makkah

b)

Kota Makkah, Kota Madinah

c)

Kota Makkah, Baitulmaqdis

d)

Kota Makkah, Malaysia

5.

Sarah seorang gadis yang cantik tetapi suka mengumpat. Namun begitu, dia berazam untuk berhijrah (memperbaiki dirinya).

Jadi, apakah hasil yang sepatutnya dari hijrahnya?

a)

Hanya memfitnah orang sahaja.

b)

Lebih gemar membuli.

c)

Bertambah seronok mengejek.

d)

Menjaga percakapan dari hal yang buruk.

6.

Imran selalu bercakap kasar dengan ibunya. Satu hari, dia mendapat berita bahawa ibunya telah meninggal dunia. Dia menyesal kerana tidak sempat memohon maaf daripada ibunya atas kesilapannya selama ini.

Apakah tindakan yang wajar untuk dia lakukan?

a)

Imran harus melupakan sahaja ibunya.

b)

Imran perlu meminta maaf di kubur ibunya.

c)

Imran perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibunya.

d)

Imran perlu menyalahkan dirinya buat selamanya.

7.

Bulan Muharram dipilih sebagai bulan pertama bagi kalendar Islam kerana mengambil semangat kepulangan jemaah haji pada Bulan Zulhijjah.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Dalam Bulan Muharram terdapat satu hari penting yang disunatkan untuk berpuasa. Hari tersebut mencatat sejarah Nabi Musa a.s telah diselamatkan oleh Allah s.w.t dari Raja Firaun & tenteranya yang zalim.

Hari itu adalah __________

a)

1 Muharram

b)

10 Muharram

c)

9 Muharram

d)

11 Muharram

9.

Dalam peristiwa Hijrah, Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan persaudaraan di antara dua kumpulan iaitu kaum Muhajirin dan kaum __________.

a)

Ansar

b)

Muhajirin

c)

Quraisy

d)

Munafik

10.

Salleh berusaha untuk memperbaiki dirinya agar menjadi murid yang lebih cemerlang. Tetapi rakan-rakannya mengejek dan menghina usahanya.

Apakah pengajaran di sebalik kenyataan ini?

a)

Rakan-rakannya memang jahat.

b)

Salleh seorang yang patut diejek.

c)

Hijrah memperbaiki diri pasti ada cabaran.

d)

Salleh perlu berhenti dari usahanya.

11.

Sila pilih susunan bulan yang betul dalam kalendar Islam.

a)

Muharram - Safar - Rabiul Awwal - Rabiul Akhir

b)

Safar - Muharram - Rabiul Awwal - Rabiul Akhir

c)

Rabiul Awwal - Rabiul Akhir - Safar - Muharram

d)

Muharram - Safar - Rabiul Akhir - Rabiul Awwal

12.

Selama 30 tahun Makcik Salmah bersikap kasar dengan jirannya. Dia berfikir : "Takpelah, dah tua nanti aku minta maaf lah".

Ditakdirkan dia meninggal dunia keesokannya. Apakah pengajaran dari kisah ini?

a)

Perbaikilah diri pada saat usia di warga emas.

b)

Tinggalkan wasiat sebelum meninggal dunia.

c)

Perbaikilah diri secepat mungkin.

d)

Mati hanya pada hari tua.

13.

Rasulullah s.a.w mengesyorkan agar umat Islam berpuasa pada hari ke 9 Muharram bagi mendampingi hari ke 10 Muharram.

Ini kerana ____________________

a)

baginda mahu menambahkan pahala umatnya.

b)

baginda mahu membezakan identiti umatnya dengan umat lain

c)

hari ke 9 adalah hari yang bersejarah.

d)

berpuasa pada hari ke 10 tidak sah jika tidak didampingi dengan hari ke 9.

14.

Mana satukah usaha Rasulullah s.a.w dalam mewujudkan identiti tersendiri bagi umat Islam?

a)

Umat Islam lelaki digalakkan melebatkan janggut dan menipiskan misai.

b)

Umat Islam lelaki digalakkan melebatkan misai dan mencukur janggut.

c)

Umat Islam tidak dibenarkan solat sambil berkasut.

d)

Umat Islam digalakkan memakai songkok.

15.

Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah untuk _________

a)

melarikan diri.

b)

menambahkan pendapatan.

c)

menyebarkan ajaran Islam.

d)

berperang dengan musuh.