Қаріп өлшемі
Жұмыс парақтарыLATIHAN ULANGKAJI - BAB HADIS 1
Total сұрақ: 20
Worksheet time: 10mins
KEMUNGKARAN dari segi Bahasa ialah
Perbuatan atau perkataan Yang dianggap buruk oleh manusia
Perbuatan atau perkataan Yang buruk atau jelek
Perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh akal yang sihat
Perbuatan atau perkataan yang ganas Dan kasar
Hukum mencegah kemungkaran
Harus
Wajib
Sunat
Sunat muakkad
Hadis tersebut menerangkan tentang........
hendaklah manusia berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan
kewajipan kepada semua manusia mukalaf untuk mencegah kemungkaran
kewajipan kepada setiap manusia mencari kesalahan orang lain
kewajipan ke atas setiap manusia untuk berusaha untuk akhirat
مَنْ رَاَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ
Nyatakan maksud perkataan bergaris.
kejahatan
kehinaan
kemungkaran
kezaliman
Berikut merupakan cara mencegah kemungkaran, kecuali
mencegah dengan hati
mencegah dengan senjata
mencegah dengan lidah
mencegah dengan tangan
Mungkar ialah perbuatan atau.............................yang ditegah oleh syarak atau melanggar perintah Allah
sifat
perkataan
pengakuan
tabiat
Berikut merupakan golongan yang termasuk dalam mencegah kemungkaran dengan tangan kecuali......
pengetua
polis
penjenayah
peguam
Mencegah kemungkaran dengan lidah boleh dilakukan melalui.........
lisan
dendaan
tulisan
kebencian kepada kemungkaran
Terangkan hikmah menangani kemungkaran dalam masyarakat.
negara akan maju dan makmur kerana tiada jenayah berleluasa
masyarakat hidup dalam keadaan harmoni kerana bersikap prihatin
hidup akan mendapat keberkatan kerana melakukan ajaran Rasulullah
mendapat balasan syurga kerana melaksanakan perintah Allah
Pengajaran daripada hadis mencegah kemungkaran tersebut ialah...........
umat Islam hendaklah berlumba-lumba mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat
ajaran Islam menyuruh kita supaya sentiasa melakukan kebaikan untuk mendapat keredaan Allah
umat Islam hendaklah menangani kemungkaran secara lisan atau tulisan seperti nasihat dan teguran yang membina
umat Islam hendaklah mendiamkan diri sekiranya melihat kemungkaran yang berlaku di hadapan mata.
Umat Muhammad adalah sebaik-baik umat kerana
mengajak melakukan kebaikan
menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada segala perkara mungkar
menyuruh mentaati Allah SWt
melarang perbuatan mungkar
berikut merupakan cara menangani kemungkaran yang disebut dalam hadis kecuali
dengan tangan
dengan lisan
dengan hati
dengan sabar
Cara menangani kemungkaran dengan lisan ialah
menasihati
melontarkan kata-kata tidak elok kepada si pelaku
memalukan pelaku depan orang ramai
bertekak dengan si pelaku
Menegur dan menasihati kawan yang meninggalkan solat adalah cara mencegah kemungkaran menggunakan
Tangan
Hati
Lidah
Fatimah menasihati kawannya yang ponteng sekolah sebelum membawanya pergi ke bilik guru disiplin adalah mencegah dengan cara
Lisan
Tangan
Hati
Ahmad hanya mampu berdoa dan menasihati diri sendiri apabila ternampak kawannya yang meninggalkan solat adalah merupakan cara mencegah menggunakan
Hati
Tangan
Lisan
Mata
Sebagai ketua kelas, haziq menegur dan menyuruh Aira dan dayah agar menjalankan tugas mereka adalah mencegah kemungkaran dengan
Tangan
Lidah
Hati
Berdasarkan hadis, فبلسانه bermaksud?
Hati
Tangan
Lisan
Berdasarkan hadis, أضعف الإيمان bermaksud?
Selemah-lemah iman
Melihat sesuatu kemungkaran
Mengubah dengan hati
منكارا bermaksud
Kebencian
Kemungkaran
Kebaikan
