Font size
WorksheetsNovel: JMJ
Total questions: 25
Worksheet time: 17mins
Lili diminta pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
Apakah perwatakan Lili dalam situasi ini?
Lili sorang anak yang taat kepada ibu bapa
Lili seorang anak yang patuh kepada kehendak ibu bapa
Lili seorang anak yang akur akan perintah ibu bapa
Dalam perjalanan menuju ke Dungun, Terengganu selama 8 jam, Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Perbuatan Lili ini bersesuaian dengan nilai?
Kerajinan
Kegigihan
Kebijaksanaan
Sesampainya di Pekan Sentosa, Lili menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan itu, Lili disapa oleh pemuda Cina yang menyerahkan buku penjagaan kesihatannya yang telah tertinggal.
Apakah nilai yang ada pada pemuda Cina itu dalam situasi ini?
Tanggungjawab
Baik hati
Amanah
Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu berjaya sebagai cara memberikan alternatif untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Nyatakan nilai yang tepat bagi menggambarkan sikap datuk.
Baik hati
Kebijaksanaan
Siapakah Danel?
Anak sulung Willian Ng
Anak bongsu William Ng
Isu kubah surau menjadi topik bualan hangat penduduk Kampung Sentosa. Apakah pilihan golongan tua penduduk kampung itu berkaitan isu kubah surau?
membina sebuah masjid baharu
membina kubah baharu di atas surau lama
Watak datuk digambarkan sebagai seorang yang rajin bersolat, berzikir, dan membaca kitab.
Apakah persoalan yang sesuai dengan pernyataan ini?
Persoalan tentang ketaatan kepada perintah agama
Persoalan tentang kerajinan menunaikan perintah agama
Datuk yang menjadi sumber rujukan masyarakat tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
Persoalan yang sesuai ialah Persoalan tentang masa depan perubatan (a)
Apakah judul artikel berkaitan pisang yang ditulis oleh Danel?
Segala Tentang Pisang
Segalanya Tentang Kelebihan Pisang
Mengikut kajian perubatan, apakah kelebihan pisang?
mendatangkan pulangan yang tinggi
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh
menyembuhkan pelbagai penyakit
menyembuhkan bintat
menyembuhkan gatal akibat gigitan nyamuk.
Menurut Lili, dia tidak makan makanan segera dan minuman berkarbohidrat kerana ...
boleh mengundang penyakit darah tinggi
tidak baik untuk kesihatan
Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Walaupun penduduk kampung menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
Latar masyarakat yang sesuai ialah masyarakat yang (a) terhadap masalah orang lain.
Mengapakah Abang Rashid dan Lili lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut?
sebagai tanda pembangunan
sebagai tanda kemajuan
sebagai tanda perubahan
Menurut pendapat Lili, tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel. Mengapakah Lili berpendapat sedemikian?
... kerana Danel ialah penduduk tetap kampung itu
... Danel perlu berjuang untuk pembangunan kampungnya sendiri
Pada pendapat anda, mengapakah akhirnya Che Jah meminta supaya dia diceraikan oleh suaminya, Seman?
... kerana Che Jah tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
... kerana Che Jah sudah tidak mampu lagi menanggung rasa malu akibat karenah suaminya
Sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, apakah bidang tugas Puan Hamimah?
...berkaitan dengan keganasan rumahtangga
... berkaitan dengan penganiayaan kanak-kanak
... berkaitan dengan pengabaian warga tua
Siapakah sebenarnya yang telah melarikan kubah surau kampung?
Haziq
Rafiq
Seman
Sugi
Menurut Puan Hamimah, mengapakah Che Jah perlu membuat laporan polis tentang jenayah yang dilakukan oleh suaminya?
... supaya tindakan mahkamah boleh diambil
... supaya kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
... supaya mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat
... supaya dapat membiayai kos rawatan pemulihan akidah Seman
... supaya Seman dapat ditangkap dan dihukum
Akhirnya, di manakah suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung?
di pondok hujung kampung
di belakang pondok dusun
di belakang bangsal buluh
Menurut datuk, mengapakah jendela di kebanyakan rumah penduduk kampung itu dibina menghadap jalan?
... bagi memudahkan penduduk kampung memerhatikan kedatangan komunis
... bagi memudahkan penduduk kampung melarikan diri
... bagi memudahkan penduduk kampung melihat jalan
Apakah nama sebenar nenek Lili?
Hajah Aisyah Abdullah
Hajah Aisyah Abdullah Tan
Hajah Aisyah Tan Abdullah
Seman seorang suami yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan dan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq sering didera.
Persoalan tentang (a) rumah tangga
Latar masyarakat kampung yang buruk sangka.
Contoh yang tepat bagi menggambarkan latar masyarakat ini ialah tuduhan orang kampung terhadap......
... datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
... Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau
... Sugi yang merayu penjualan tanah orang kampung
.... datuk yang melindungi anak-anak Che Jah menculik Lili
Apakah amalan tradisional yang masih diamalkan oleh nenek di rumahnya?
terbalikkan semua cermin untuk terbalikkan mata kilat
membakar kulit bawang putih untuk mengharumkan bau di dalam rumah
Pembaca menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.
Nyatakan teknik plot bagi peristiwa ini.
teknik kejutan
teknik saspens
