wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA TUGAS

Total questions: 50

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.
Kenyataan yang diberikan itu _____ tidak benar
a)
akan
b)
di
c)
adalah
d)
ialah
2.
Beberapa orang pelancong dari England ______ ke Singapura esok.
a)
juga
b)
kemudian
c)
akan
d)
tatkala
3.

"______, cantiknya ruang tamu engkau!" kata Farisya kepada Atiqah.

a)

Aduh

b)

Cis

c)

Wah

d)

Eh

4.

Aina _____ turut berasa gembira mendengar berita mengenai pernikahan rakan karibnya itu.

a)

adalah

b)

ialah

c)

tatkala

d)

juga

5.

Bahasa kebangsaan negara kita _____ bahasa Melayu.

a)

ialah

b)

adalah

c)

akan

d)

juga

6.

Setahu kami Izz peserta yang ________________handal dalam kejohanan badminton itu.

a)

nian

b)

benar

c)

sekali

d)

paling

7.

Dahulu, Maisarah _____________belajar menyulam kain daripada ibu saudaranya.

a)

akan

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

8.

________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!

a)

Eh

b)

Aduhai

c)

Cis

d)

Wah

9.

________ murid-muridku, jangan sesekali kamu ingkar perintah cikgu!

a)

Cis

b)

Hai

c)

Wahai

d)

Amboi

10.

“ ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar lagi, kata juruacara itu.

a)

Jangan

b)

Tolong

c)

Minta

d)

Usah

11.

“ _____ main dengan alat-alat yang tajam itu,' tegah emak kepada adik.

a)

Jangan

b)

Harap

c)

Sila

d)

Tolong

12.

_____________ Luqman tidak hadir ke majlis hari jadi kamu semalam ?

a)

Bilakah

b)

Mengapakah

c)

Mengapa

d)

Siapakah

13.

______________,ambil semua barang-barang kamu yang saya pinjam dahulu!

a)

Nah

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

14.

_____________________bermain di kawasan semak itu kerana mungkin ada ular di sana.

a)

Usah

b)

Tolong

c)

Jemput

d)

Jangan

15.

Cara membuat kuih tradisional yang amat sedap ini____________?

a)

siapa

b)

beberapa

c)

mengapa

d)

bagaimana

16.

_________makan dan minum apa-apa sahaja yang terhidang di atas meja ini.

a)

Harap

b)

Minta

c)

Sila

d)

jangan

17.

Encik Asyraf ____________ seorang bapa yang bertanggungjawab dan baik hati.

a)

ialah

b)

adalah

18.
Tuduhan itu ialah palsu.
a)
Betul
b)
Salah
19.

Jawapan yang diberikan oleh Irfan __________ tidak tepat.

a)

adalah

b)

ialah

20.
Makanan kegemaran saya ______ mi goreng.
a)
adalah
b)
ialah
21.

Hari ini ialah hari lahir Farhan.

a)

betul

b)

salah

22.

Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.

a)

betul

b)

salah

23.

Pesalah itu _________ membuat sebarang pengakuan ketika dihadapkan ke mahkamah.

a)

tidak

b)

bukan

24.

Kedatangan pegawai kesihatan itu _________ untuk memeriksa kebersihan di kawasan taman itu.

a)

tidak

b)

bukan

25.

Bandar yang dikunjungi itu _________ sebersih Singapura.

a)

tidak

b)

bukan

26.

Sungai Rejang _________ sungai yang terpanjang di Sarawak.

a)

tidak

b)

bukan

27.

Bola ragbi itu _________ bulat tetapi lonjong.

a)

bukan

b)

tidak

28.

Haiwan yang ___________besar di darat ialah gajah.

a)

betul

b)

benar

c)

sekali

d)

paling

29.

Antara batu permata itu, berlian yang ________mahal.

a)

paling

b)

sekali

c)

benar

d)

betul

30.

Rasa kopi yang dibancuh oleh Nurin _________ manis.

a)

nian

b)

agak

c)

betul

d)

benar

31.

Tulisan Sulaiman _________cantik dan kemas.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

benar

d)

nian

32.

Cerita yang dikarang oleh Balqis itu ________ menarik.

a)

amat

b)

betul

c)

benar

d)

sekali

33.

Sang Kancil merupakan haiwan yang ________ pintar.

a)

paling

b)

sekali

c)

betul

d)

nian

34.

Apa _______ yang berlaku sehingga dia menjerit sekuat hati?

a)

tah

b)

kah

c)

lah

d)

pun

35.

Murid itu boleh menyertai perkhemahan ini, itu _______ jika dia hendak.

a)

tah

b)

lah

c)

kah

d)

pun

36.

Abang ______ yang bekerja keras untuk menyara keluarga kami.

a)

tah

b)

lah

c)

kah

d)

pun

37.

Budak itu ______ yang handal bermain badminton?

a)

lah

b)

tah

c)

kah

d)

pun

38.

Ini ______ hadiah istimewa untuk ibu.

a)

kah

b)

tah

c)

lah

d)

pun

39.

“Apa ______ dayaku yang miskin ini”. Keluh lelaki tua itu.

a)

lah

b)

kah

c)

jua

d)

tah

40.

Kata penguat belakang

a)

begitu, paling, makin

b)

betul, nian, sekali

c)

paling, sekali, sungguh

d)

sungguh, sangat, amat

41.

Wah, cantiknya kasut awak!

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

42.

Siapakah nama awak?

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

43.

Baju itu sangat cantik.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata

44.

Tolong ambilkan buku itu.

a)

ayat tanya

b)

ayat seru

c)

ayat penyata

d)

ayat perintah

45.

Jangan makan ketika cikgu mengajar.

a)

ayat tanya

b)

ayat perintah

c)

ayat seru

d)

ayat penyata.

46.

Para pelajar perlu ingat _______________ pelajaran sangat penting dalam kehidupan mereka.

a)

walaupun

b)

bahawa

c)

yang

d)

supaya

47.

Emak sedang menjemur pakaian _____________________berbual-bual dengan jiran.

a)

agar

b)

tetapi

c)

manakala

d)

sambil

48.

Orang kaya itu baik hati ____________________ suka menderma kepada orang miskin.

a)

tetapi

b)

dan

c)

sementara

d)

yang

49.

Encik Adam membaca surat khabar __________________ menunggu pelanggan tiba.

a)

manakala

b)

kerana

c)

agar

d)

sementara

50.

Hadiah itu dibalut dengan kertas yang berwarna ____________________ kelihatan cantik.

a)

apabila

b)

kerana

c)

kecuali

d)

agar