Worksheets7.3 Aplikasi Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas
Total questions: 15
Worksheet time: 21mins
Tindak balas yang manakah mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?
Respirasi
Pengaratan paku besi
Menyalakan mancis
Fotosintesis
Antara yang berikut, yang manakah perubahan yang tidak boleh diperhatikan dan diukur semasa tindak balas?
Pengurangan jisim bahan tindak balas
Penambahan hasil tindak balas
Pengurangan jisim hasil tindak balas
Pembentukan mendakan
Rajah ialah graf yang menunjukkan isipadu gas karbon dioksida melawan masa bagi tindak balas antara asid sulfurik dan ketulan marmar berlebihan.
Berapakah kadar tindak balas purata bagi tindak balas tersebut?
1.0 cm3 s-1
1.5 cm3 s-1
2.0 cm3 s-1
2.5 cm3 s-1
Jadual menunjukkan isipadu gas hidrogen yang terkumpul dalam satu eksperimen.
Berapakah kadar tindak balas purata?
0.14 cm3 s-1
0.15 cm3 s-1
0.20 cm3 s-1
0.23 cm3 s-1
Eksperimen I: Serpihan kalsium karbonat berlebihan + 50 cm3 asid nitrik 0.5 mol dm-3
Eksperimen II: Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 50 cm3 asid nitrik 0.5 mol dm-3
Graf yang manakah menunjukkan lengkung yang betul bagi eksperimen I dan eksperimen II
Asid hidroklorik cair bertindak balas dengan zink dan isipadu gas hidrogen yang terbebas diukur pada 80 s pertama seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
0.5 cm3 s-1
0.6 cm3 s-1
0.7 cm3 s-1
0.8 cm3 s-1
Unit yang manakah betul untuk kuantiti bahan atau hasil tindak balas?
g min-1
dm3
kg
mol dm-3
Tablet antasid digunakan untuk merawat gastrik. Doktor menggalakkan pesakit mengunyah tablet berbanding dengan cara menelan. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas tersebut?
Kepekatan
Saiz
Suhu
Mangkin
Antara berikut yang manakah merupakan gas pencemar dalam ekzos kereta?
CO
CO2
N2
O2
Buah durian merupakan buah yang digemari oleh ramai orang.
Pengeksportan buah durian ke negara China mengambil masa selama seminggu.
Apakah cara yang sesuai untuk memastikan semua buah durian berada dalam keadaan baik apabila sampai ke destinasinya?
Sembur durian dengan bahan kimia supaya segar lebih lama.
Bungkus durian di dalam bekas berwarna hitam.
Keringkan durian dalam ketuhar gelombang mikro.
Simpan bekas durian dalam bekas pada suhu 4 oC
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri mangkin?
Mangkin meningkatkan amaun hasil tindak balas.
Mangkin akan dijana semula pada akhir tindak balas.
Mangkin yang digunakan adalam dalam bentuk pepejal sahaja.
Keadaan fizik mangkin berubah semasa tindak balas berlaku.
Semasa musim perayaan, Shafinaz menghidang lauk daging kepada para tetamu.
Antara berikut, cara yang manakah dapat membantu Shafinaz memasak daging dengan lebih cepat?
Sentiasa kacau daging di dalam periuk.
Potong daging kepada saiz yang lebih kecil.
Masak daging menggunakan periuk.
Masak daging menggunakan periuk tekanan.
Tapai ialah beras yang menjalani proses penapaian, mempunyai rasa manis dan masam seperti alkohol.
Antara yang berikut, yang manakah membantu penapaian tapai?
Menambah yis.
Meningkatkan jumlah beras.
Menambah gula.
Menambah etanol.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepekatan mempengaruhi kadar tindak balas?
Kakisan besi berhampiran kawasan industri adalah disebabkan oleh pembebasan sulfur dioksida yang banyak.
Pembakaran dalam enjin kereta adalah disebabkan oleh petrol dan udara yang dimampatkan.
Doktor menasihati pesakit supaya mengunyah tablet antasid dan bukan menelannya.
Mmebasuh pakaian dengan serbuk detergen pada suhu tinggi meningkatkan kadar tindak balas.
Apakah maksud kadar tindak balas?
Peningkatan kuantiti bahan tindak balas
Pengurangan kuantiti bahan tindak balas
Peningkatan kuantiti hasil tindak balas melawan masa
Pengurangan kuantiti hasil tindak balas melawan masa
