Font size
Worksheetssistem bahasa dan pemahaman teks
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
Ayah sangat gemar _________ kari ikan patin yang dimasak oleh nenek.
akan
tentang
terhadap
kepada
Mereka berlagak ________ apabila disoal oleh guru disiplin tentang kes pergaduhan itu.
kemalu-maluan
kepura-puraan
kebodoh-bodohan
kemarah-marahan
Suasana di pasar malam tu ________ selepas pukul 11.00 malam.
ceria
sibuk
bising
lengang
Murid-murid akan (A) didenda jika sekiranya (B) mereka tidak menghadiri kelas tambahan pada (C) petang ini. Tiada kesalahan. (D)
A
B
C
D
Perabot yang (A) terdapat di rumah Datin Ani sangat mahal kerana ianya (B) diimport dari (C) Australia. Tiada kesalahan. (D)
A
B
C
D
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Azmi segera menyandang begnya apabila terlihat sebuah teksi menghampirinya.
Encik Hamid menyandang jawatan sebagai guru kokurikulum di sekolah baharu itu.
Dia sedang menyandang di dinding itu sambil bercakap dengan kawannya.
Pemain itu berjaya menyandang bola masuk ke dalam gol.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Saya mendapat berita kemalangan ngeri itu melalui media sosial.
Dia melalui usia remajanya dengan tinggal di pusat tahanan akibat kesalahan menagih dadah.
Kami melalui denai itu pergi ke rumh atuk.
Abang tidak berani untuk melalui larangan ayah untuk keluar pada waktu malam.
Antara faktor-faktor kempen anti dadah dilancarkan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang keburukan menagih dadah.
Antara faktor-faktor kempen antidadah
Antara faktor kempen anti-dadah
Antara faktor kempen antidadah
Antara faktor-faktor kempen anti dadah
"Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan orang yang lebih tua," nasihat ibu kepada anak-anaknya.
Jangan sekali meninggikan suara apabila
Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
Jangan sekali-kali meninggikan suara bila
Jangan sekali meninggikan suara bila
Pilih ayat-ayat yang betul.
Penggunaan dadah dalam semua jenis sukan adalah tidak dibenarkan.
Para guru akan membincangkan hal-hal lain berkaitan program peningkatan prestasi dalam mesyuarat itu.
Oleh kerana lapar, bayi itu menangis dengan kuat.
Mak Joyah tidak dapat bekerja kerana perlu menemani suaminya yang terlantar pada hospital.
2.Ketika ditemu ramah, artis lagendaitu menceritakan sejarah ___________ awalnya dalam bidang seni.
penyertaan
pembabitan
pengalaman
pengurusan
4.Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus __________ bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
dialu-alukan
diwar-warkan
diagih-agihkan
diapi-apikan
5.Ahli-ahli jawatankuasa sepakat _________ mesyuarat ke suatu tempoh bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
membatalkan
menamatkan
menangguhkan
mengadakan
Untuk soalan 6 hingga 8 : Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, sila pilih antara jawapan yang diberikan. Jika tiada kesalahan, sila pilih(Tiada Kesalahan)
6.Cikgu Jaslina mengarahkan Adi supaya berdiri antara Alesya Yasmin dengan Faiz.
(Tiada Kesalahan)
mengarahkan
supaya
antara
Tiada kesalahan
8.Encik Abdul Rahman memperlahankan kenderaannya lalu memberikan isyarat untuk membelok apabila sampai ke simpang.
(Tiada kesalahan)
memperlahankan
lalu
ke
Tiada kesalahan
Soalan 9 dan 10 : Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
i ) Majlis hari jadi yang eksklusif itu diadakan secara tertutup.
ii) Peluang untuk Lia menyertai acara perbarisan sudah tertutup.
iii) Dila tidak menjumpai kasutnya kerana tertutup di dalam rak itu.
iv) Sila pastikan pintu bilik air itu tertutup rapat.
i dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
i,ii dan iv sahaja
ii,iii dan iv sahaja.
10.i) Ziyad belum sempat membalas emel daripada Danial.
ii) Humaira langsung tidak membalas pertanyaan saya.
iii) Murid-murid hendaklah membalas seruan kerajaan supaya menjauhi dadah.
iv) Pengetua naik ke pentas lalu membalas ucapan ringkas.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
i,ii dan iv sahaja
Soalan 11 : Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Sila pilih jawapan anda.
11.Ujian lisan itu berlangsung selama satu jam setengah.
jam satu setengah
satu setengah jam
setengah satu jam
satu jam setengah
Soalan 12 dan 13 : Pilih ayat-ayat yang betul.
12.i) Anim masuk ke dalam biliknya sambal menutup pintu biliknya rapat-rapat.
ii) Kemalangan jalan raya itu telah meragut satu nyawa.
iii) Saya melihat beberapa tompok darah di atas lantai.
iv) Zira memotong kek itu pada tetamu yang hadir.
i dan ii sahaja
ii dan iii sahaja
iii dan iv sahaja
ii,iii dan iv sahaja
13.i) Tuan Pengetua memukul gong bagi merasmikan majlis Hari Seni Budaya.
ii) Latihan sukan sedang berlangsung di padang semalam.
iii) Nasihat itu langsung tidak melekat di dalam hatinya.
iv) Munir keluar ke taman di waktu pagi untuk bersenam.
i dan iii sahaja
ii dan iv sahaja
i,ii dan iii sahaja
ii,iii dan iv sahaja
Soalan 15 : Pilih peribahasa yang paling sesuai.
15.Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Haris tetap cekal menuntut ilmu sehingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut, kecuali...
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Oleh sebab wang simpanannya belum masih cukup, Azmi berasa sangat kecewa sekali kerana tidak dapat membeli kereta idamannya.
masih belum
simpanannya wang
kecewa sekali
berasa sangat
Nelayan yang hilang di laut beberapa hari lalu telah ___________ mati lemas
bertemu
menemukan
ditemukan
penemuan
cikgu Siti menasihati saya supaya menggunakan ____________ semasa mengacarakan pertandingan pidato peringkat negeri tersebut.
bahasa baku
bahasa pasar
bahasa istana
bahasa isyarat
